Tony Pua dalam satu kenyataannya, meminta agar Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Pertama tidak menyebut tentang Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang jauh meningkat berbanding pembohongan-pembohongan dan tohmahan yang dilakukan oleh Tony Pua dan gerombolan DAP sendiri. Alasan Tony Pua, walaupun KDNK meningkat, ianya tidak memberikan kesan secara langsung kepada rakyat negara ini (RUJUK SINI)
Sebaliknya Tony Pua menuntut Najib bercakap dan membentangkan tentang inflasi yang menurutnya telah meningkat dengan pantas ekoran kejatuhan ekonomi negara, walaupun satu dunia sedang mengalami pemulihan ekoran krisis ekonomi global yang kritikal pada pertengahan 2009. Tony Pua selagi boleh enggan rakyat Malaysia tahu dan sedar, kehidupan di negara ini masih lagi selesa berbanding negara-negara lain walaupun Malaysia mengalami kesan krisis ekonomi global itu menerusi kejatuhan mata wang, pengurangan nilai eksport dan kenaikan kos import dan sebagainya.
Berbohong menggunakan manipulasi angka merupakan kemahiran Tony Pua. Bagaimanapun, sudah berulang-ulang kali dia disanggah dan dimalukan. Malah dia telah dicabar berdebat oleh Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-Toh dalam beberapa isu kewangan dan ekonomi. Bagaimanapun, Tony Pua memilih untuk menjadi pengecut dan kemudian berkata, dia tidak akan berdebat dengan Eric See-To yang 'bukan siapa-siapa' sebagai cara untuk menutup malunya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mengalihkan tumpuan dan perhatian seluruh dunia terhadap tragedi tanah runtuh yang berlaku di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir oleh DAP.
DAP di Pulau Pinang sedang sibuk mencari-cari salah pihak lain tanpa sedikit pun mahu menyalahkan diri sendiri berhubung tragedi tersebut. Chow Kon Yeow yang dilihat telah dipaksa oleh Lim Guan Eng untuk bercakap bagi pihaknya walaupun jawatan Exco Kemajuan Tanah dipegang oleh Lim Guan Eng selain pembabitan Betty Chew, isteri Guan Eng secara tidak langsung dalam urusan hartanah di Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang terpaksa menghadap media.
Dan seperti biasa, Chow Kon Yeow mempertahankan sikap pengecut dan tidak bertanggungjawab Lim Guan Eng dan berkata, desakan agar Lim Guan Eng meletakkan jawatan adalah 'tidak adil'.
Menurutnya, tragedi yang berlaku pada pagi Sabtu itu, mempunyai kaitan dengan pengurusan tapak pembinaan berbanding pembangunan haram lereng bukit atau mana-mana isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang.
Pelbagai pihak telah menggesa agar diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat tragedi tersebut, malahan mengancam akan menarik sokongan mereka terhadap DAP pada PRU-14 nanti.
Chow Kon Yeow berkata, adalah tidak adil untuk mendesak Lim Guan Eng meletak jawatan sedangkan kemalangan di tapak pembinaan berlaku hampir setiap hari di seluruh negara. Walau bagaimanapun, pembelaan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow itu segera disanggah memandangkan kelulusan tapak pembinaan tersebut telah dibuat oleh PBT dan Kerajaan Negeri walaupun tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Kerajaan Negeri DAP cuba menyalahkan pemaju. Bahkan ADUN Seri Delima yang diketahui amat anti dengan Melayu dan Islam bertanya mengapa Perdana Menteri atau menteri-menteri tertentu tidak meletak jawatan apabila Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua orang guru. (RUJUK SINI)
1 comment:
Adoii.. lawak la lu dap... pemilihan parti pun kabut kelam.. ade hati nak bentang bajet... kihkihkih
Post a Comment