Menurutnya, UMNO terutama sekali UMNO Selangor telah dicemari dengan reputasi buruk dan langsung tidak menarik minat generasi baru pengundi.
Untuk tujuan tersebut menurutnya, calon-calon kali pertama haruslah terdiri daripada golongan profesional seperti ahli perniagaan, doktor, jurutera dan sebagainya untuk dibawa masuk bagi menarik minat pengundi sekaligus membantu memulihkan semula imej UMNO.
"Kita perlu memulihkan UMNO dari luar. Kita perlukan profesional untuk memperbaiki UMNO. Kita perlukan ikon-ikon dari luar untuk disuntik ke dalam parti. Kita perlu memberikan peluang kepada mereka sekarang. Ini sahajalah cara yang ada untuk memulihkan UMNO sekarang," kata Dr. Khir Toyo. (RUJUK SINI)
Cadangan yang diberikan oleh Khir Toyo itu sudah pasti akan menaikkan kemarahan sesetengah pemimpin dalam UMNO terutama sekali di Bahagian-Bahagian memandangkan Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan dipilih dari kalangan akar umbi. Ditambah pula dengan budaya pemilihan dalam UMNO sendiri yang seolah-olah menutup ruang kepada golongan terbabit untuk turut menyumbang kepada parti biarpun pada masa yang sama, Bahagian dan Cawangan gagal dalam membantu kemenangan Parlimen, mahupun PDM masing-masing.

"Hakikatnya, kita memang memerlukan muka-muka baru, agenda baru untuk Selangor dan kita tidak boleh terus bersikap seperti sebelum ini."
Sebelum ini, Dr. Khir telah menggesa Barisan Nasional untuk menyenaraikan calon-calon berpotensi untuk jawatan Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kepada orang ramai, bukan sahaja sebagai iltizam dan azam penuh Barisan Nasional untuk memperbaiki pentadbiran negeri yang menjunam prestasinya di bawah Azmin Ali, bahkan untuk membuktikan UMNO-BN benar-benar serius untuk memenangi kembali Selangor dari tangan Pakatan yang diketuai oleh DAP dan berproksikan Azmin Ali, PKR.
Bekas Menteri Besar Selangor itu juga berkata, persepsi umum bahawa BN kekurangan pemimpin-pemimpin yang kuat di Selangor adalah disebabkan sehingga ke hari ini, BN masih 'malu-malu' untuk menampilkan calon-calon mereka, apatah lagi menamakan calon Menteri Besar.

1 comment:
Selangor tumbang pun ketika profesional muda seperti KT meneraju Selangor.Yg penting buka prfesional ,tapi individu yg mendekati rakyat ,tidak bemewah-mewah dan tidak gila dunia.Ini yg rakyat mahu.
Post a Comment