Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 10, 2017

LIM GUAN ENG KEMBALI SALAHKAN ORANG LAIN KERANA BANJIR DI PULAU PINANG!!!



Banjir di Pulau Pinang telah surut. Bantuan dan peruntukan pun telah diluluskan untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dan seperti yang dijangka, apabila segala-galanya kembali pulih, 'pulihlah' juga perangai menyombong Lim Guan Eng dan kepimpinannya. Cakap-cakap besar selain tuduh menuduh mula diatur bagi membolehkan Lim Guan Eng kekal kelihatan seperti Super Hero yang telah menyelamatkan rakyat serta penduduk Pulau Pinang walaupun hakikatnya, tiada apa-apa yang dilakukan oleh Guan Eng, melainkan berlakon menangis memohon bantuan yang telah digerakkan lebih awal sebelum dia mula merintih.

Peruntukan RM1 bilion telah diluluskan oleh Perdana Menteri. Bagaimanapun, rakyat turut mempersoalkan tentang RM2.6 bilion peruntukan sebelum ini yang telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi perparitan dan saliran yang sepatutnya siap untuk berhadapan dengan bencana banjir, masih tidak wujud semenjak tahun 2013.

Pada ketika banjir sedang melanda, DAP dan para penyokong mereka berkata, banjir tidak boleh dipolitikkan kerana mereka sedar, mereka tidak mempunyai kelebihan. Sebarang tekanan dan pendedahan berlebihan akan mendedahkan kelemahan dan salahguna Lim Guan Eng serta DAP sepanjang mentadbir Pulau Pinang. Namun apabila banjir surut, DAP serta para penyokong mereka berlumba-lumba cuba 'memulihkan' tanggapan orang ramai bahawa yang bekerja kuat menyelamatkan rakyat serta penduduk adalah DAP tanpa bantuan daripada Pusat apatah lagi dari UMNO-BN dan PAS.

Hari ini, Lim Guan Eng menyalahkan Kedah kerana limpahan air di Seberang Perai. Dia menyalahkan Sungai Muda dan bertanyakan Kerajaan Negeri Kedah, sanggup atau tidak membayar kerugian kesan banjir yang diakibatkan daripada Sungai Muda. Alasannya, untuk mendapatkan air mentah di Sungai Muda, Kerajaan Negeri Pulau Pinang membayar Kerajaan Negeri Kedah walaupun hakikatnya, tiada satu sen pun yang dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Kedah. Malah, pajakan tanah Seberang Perai dan Pulau Pinang kepada Kedah pun, dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, manakala Lim Guan Eng dan konco-konconya berkeras mengatakan, Pulau Pinang adalah entiti terasing dari Kedah dan tidak mempunyai sebarang ikatan perjanjian dengan Kedah.

Lim Guan Eng juga menyalahkan Jabatan Meteorologi kerana kononnya lambat memberi amaran awal hujan lebat di Pulau Pinang walaupun amaran awal telah dikeluarkan pada 1 November oleh jabatan berkenaan. Lim Guan Eng bagaimanapun tidak menyalahkan tentang lumpur dan selut yang dibawa oleh banjir tersebut yang datang daripada tapak-tapak pembinaan di kawasan-kawasan bukit yang telah digondolkan oleh pentadbirannya untuk mengaut keuntungan besar.

Yang paling menarik, Lim Guan Eng langsung tidak dapat menjawab, ke mana perginya kesemua wang hasil jualan tanah dan mengapa langsung tidak boleh digunakan untuk membantu rakyat ketika dalam bencana banjir sehingga perlu menunggu bantuan daripada Kerajaan Pusat terlebih dahulu, sedangkan banjir adalah masalah dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. (RUJUK SINI)

Ibarat melepaskan anjing tersepit!


1 comment:

Anonymous said...

bukan ibarat anjing tersepit...tetapi bangsa ni memang anjing

 
Blogger Templates