Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, November 7, 2017

NYAWA DAN NASIB RAKYAT? PI MAMPUSLAH... YANG LEBIH PENTING ADALAH MEMPERINGATI ANWAR IBRAHIM!!!



Tiada yang lebih penting walaupun nyawa orang ramai berbanding rengekan Anwar Ibrahim!

Selepas babak bergambar melambai-lambaikan tangan dari dalam kereta pacuan empat roda meredah banjir ke arah motosikal, kemudian babak beraksi menggayakan kipas dengan dikelilingi oleh anggota-anggota tentera yang dikerah oleh Kerajaan Pusat menyelamatkan penduduk yang dilanda musibah banjir, Wan Azizah bergegas balik ke Kuala Lumpur.



Pergi melawat orang banjir tetapi hujung kasut dia pun tak basah!

Rupa-rupanya ada program yang lebih utama berbanding marhein mangsa banjir di Pulau Pinang. Program tersebut adalah program memperingati 1000 hari Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kesalahan jenayah liwat.

Bagaimanapun, untuk menyedapkan cerita, Wan Azizah yang ditemani oleh anak perempuannya yang juga merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata, dia telah menerima panggilan telefon daripada Anwar Ibrahim. 

Anwar Ibrahim dibenarkan membuat satu panggilan telefon sekali seminggu. 


Menurutnya, Anwar mengadu sakit sehinggakan hendak menulis atau memberus gigi pun tidak mampu kerana terlalu sakit. Kesakitan itu kata Wan Azizah, merupakan pengorbanan untuk masa hadapan rakyat yang lebih cerah. 

Nurul Izzah pula berkata, walaupun Anwar dipenjarakan, dia sentiasa mengingatkan keluarganya untuk mempertahankan rakyat dan membangkitkan isu-isu tentang ekonomi negara. Dan sekalipun diancam dengan penjara, Anwar Ibrahim tidak pernah lari dari Malaysia. Sebaliknya, mereka yang memenjarakan Anwar sepatutnya berasa malu kerana bacul akibat terlalu takut dengan kebenaran. 

Pemimpin Pakatan lain yang turut berucap termasuklah Khalid Samad, Tian Chua, R.Sivarasa dan Shaari Sungip. Turut hadir termasuklah Lim Kit Siang, Mahfuz Omar, Anthony Loke dan Khairuddin Abu Hassan. 

Jumlah kehadiran hanyalah 150 orang yang gila bergambar di luar pekarangan Parlimen dan kemudian berarak ke Dataran Merdeka. 


Bagi Pakatan, berkumpul memperingati hari ke-1000 pemenjaraan Anwar Ibrahim jauh lebih penting berbanding membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang, Selatan Kedah dan Utara Perak. 

Sekaligus menunjukkan DAP dan ahli-ahli politik Pakatan yang lain sebenarnya tidak pernah peduli dengan nasib rakyat yang menyokong mereka sebaliknya menggunakan rakyat semata-mata untuk berkuasa sekaligus membolehkan mereka menjadi Maharaja Kecil di negara ini yang bebas berbuat apa-apa sahaja seperti yang dikatakan oleh Khalid Samad. 

"Kalau kita tidak memenangi PRU akan datang, kita semua akan dipenjarakan. Itulah sebabnya mengapa kita harus memenangi PRU nanti." (RUJUK SINI



Keadaan sudah pasti akan berbeza sama sekali apabila DAP akan menjadikan video serta gambar keranda ditarik di atas permukaan air sebagai modal politik menghentam Kerajaan Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak. Bagaimanapun, memandangkan situasi tersebut berlaku di Pulau Pinang, jangan gambar keranda di atas air, orang bukan Melayu yang tidak berbaju dan terpaksa berlindung di sebuah surau pun, selagi boleh cuba ditutup dan rakyat perlu melupakannya. 

Mungkin usaha besar dan bersungguh-sungguh mereka adalah merayu memohon derma daripada orang ramai. Memandangkan Kerajaan Pusat telah mengambilalih operasi memberi bantuan makanan, mereka pula begitu seronok berlagak seperti BANGSAT yang menunggu wang untuk dijoli. 


Lebih menarik ialah apabila di Parlimen, DAP menuduh Jabatan Meteorologi tidak memberi amaran tentang hujan lebat, walhal amaran tersebut telah pun disiarkan menerusi semua saluran televisyen pada 1 November. 

Berapa banyak nyawa lagi yang akan hilang akibat tanah runtuh dan banjir angkara DAP dan Pakatan yang gila kuasa serta haloba wang ringgit sedangkan memang ketara jelas, mereka tidak peduli langsung dengan nasib rakyat.


No comments:

 
Blogger Templates