Sebelum ini terdengar ura-ura kuat dari dalam lingkungan PKR sendiri, ketidakyakinan tentang kedudukan Nurul Izzah di Lembah Pantai kerana banyak perkara, termasuklah kegagalan dan ketidakfungsiannya selaku wakil rakyat di kawasan terbabit.
Sepanjang dua penggal menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, tiada suatu kebaikan pun yang dilakukan oleh Nurul Izzah terutama membabitkan kawasan-kawasan Melayu-Bumiputera yang sebelum dibangunkan perumahan pangsa, merupakan tapak perkampungan setinggan terbesar di Kuala Lumpur.
Sebaliknya apa yang dilakukan oleh Nurul Izzah adalah mempersoalkan tentang usaha-usaha Kerajaan Pusat untuk menaiktaraf kebajikan penduduk termasuklah memindahkan mereka ke kediaman yang lebih selesa sepertimana yang berlaku di Kampung Kerinchi yang akhirnya menyaksikan, 34 orang penduduk Flat Kerinchi yang termakan hasutan Nurul Izzah terlepas peluang untuk memiliki kediaman bernilai RM500,000 berbanding rumah asal mereka yang hanya bernilai RM50,000 dengan kemudahan yang lebih selesa dan lebih baik dari rumah dahulu yang hanya ada satu atau langsung tidak berbilik, kini tiga bilik. (RUJUK SINI)
Rupa-rupanya Nurul Izzah mempunyai ego yang sama besar dengan bapanya, seorang penjenayah liwat yang sedang menjalani hukuman penjara, tetapi masih mengaku dia adalah banduan politik.
Ura-ura terdengar khabar, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil mungkin akan kembali bertanding di Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini dikatakan akan dipindahkan ke Permatang Pauh, cepat-cepat membuat kenyataan, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Lembah Pantai. Sebaliknya dia bertekad untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya 9 tahun lepas.
Pada PRU-12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil dengan majoriti undi 2,895 undi dalam gelombang besar yang turut menyaksikan BN kehilangan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Manakala pada PRU-13 pula, Nurul Izzah hampir tumbang setelah gagal sebagai wakil rakyat pada penggal pertamanya. Namun FITNAH yang dilakukannya ke atas calon Barisan Nasional, Raja Nong Chik, berjaya membolehkan dia mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai. Ketika di mahkamah dalam proses saman fitnah oleh Raja Nong Chik selepas PRU-13, Nurul Izzah akhirnya mengaku dia menfitnah Raja Nong Chik untuk menang PRU. Untuk mengelakkan daripada membayar saman, Nurul Izzah membuat permohonan maaf di mahkamah terbuka. (RUJUK SINI)
Januari 2015, dalam saman fitnah NFCorp menentang Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui menfitnah Shahrizat Abdul Jalil ketika perbicaraan berjalan.(RUJUK SINI). Bagaimanapun Nurul Izzah bernasib baik kerana yang menyamannya adalah NFCorp dan suami Shahrizat yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp, Mohamad Salleh Ismail, bukannya Shahrizat. Jadi, hakim Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut dan Nurul Izzah terselamat sekalipun dia telah mengakui dia menfitnah Shahrizat. (RUJUK SINI)
Januari 2015, dalam saman fitnah NFCorp menentang Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengakui menfitnah Shahrizat Abdul Jalil ketika perbicaraan berjalan.(RUJUK SINI). Bagaimanapun Nurul Izzah bernasib baik kerana yang menyamannya adalah NFCorp dan suami Shahrizat yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp, Mohamad Salleh Ismail, bukannya Shahrizat. Jadi, hakim Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut dan Nurul Izzah terselamat sekalipun dia telah mengakui dia menfitnah Shahrizat. (RUJUK SINI)
Mungkin Nurul Izzah masih terkenangkan saat-saat manis dia mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil dan yakin, orang ramai khususnya para pengundi di Lembah Pantai sudah melupakan segala fitnah dan ketidakpeduliannya kepada pengundi Lembah Pantai selama ini. Mungkin juga dia sangat yakin, dia boleh mencipta fitnah baru dan menipu lagi.
Beberapa hari lepas, Nurul Izzah bersama-sama Teresa Kok mempersoalkan penjualan tanah 'tidak menguntungkan' kepada pemaju bagi tujuan pembinaan perumahan PRIMA. (RUJUK SINI) Nurul Izzah mahu DBKL menjual tanah tersebut dengan harga pasaran supaya menguntungkan DBKL tanpa peduli harga rumah mampu milik PRIMA yang akan dijual kepada pembeli. Harga rumah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan harga tanah. Semakin tinggi harga dan premium tanah, maka semakin tinggilah harga rumah seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, sehingga akhirnya rumah-rumah yang dikatakan mampu milik sebenarnya hanyalah mampu tengok.
Nurul Izzah turut mempersoalkan tentang keperluan undi pos hampir 7,000 undi dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Lembah Pantai, sedangkan di Lembah Pantai terdapat dua kompleks perumahan PDRM yang dikenali sebagai Desa Aman 1 dan Desa Aman 2 yang rata-ratanya dihuni oleh anggota, pegawai PDRM dan ahli keluarga mereka. Kedua-dua kompleks kediaman tersebut terletak sama ada bertentangan mahupun tidak jauh dari Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai.
No comments:
Post a Comment