Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 17, 2017

TEAM KARTEL VS TEAM PORNOROGO DI SELANGOR BIKIN KEPALA LIM KIT SIANG MIGRAIN!!!!



Kalau ikutkan kepada akar umbi, memang parti-parti yang membentuk Pakatan Harapan kecuali PAN, berada dalam keadaan yang sangat kuat. Ini adalah kerana kebanyakan ahli dan penyokong akar umbi sudah terlalu lama didakyah dan didoktrinkan agar membenci UMNO dan Barisan Nasional. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO dan Barisan Nasional akan dianggap sebagai penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa. Jadi tidak hairanlah jikalau mereka mempunyai pemikiran, 'SEMUA SALAH UMNO'.

Namun bukan juga rahsia bila mana pertelingkahan dalaman melibatkan PKR, PPBM, DAP dan PAN sedang meruncing. Pertelingkahan tersebut berpunca daripada perebutan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen antara parti-parti berkenaan. Sehingga ke hari ini, pembahagian kerusi-kerusi antara parti-parti berkenaan masih belum selesai.

PPBM yang dipengerusikan atau lebih tepat lagi diketuai oleh Dr. Mahathir mahu menjadi dominan dengan menguasai Pakatan Harapan dengan matlamat sekiranya Pakatan menjadi penguasa Putrajaya pada PRU-14 nanti, PPBM yang akan menjadi tulang belakang sepertimana UMNO di dalam Barisan Nasional. Dengan kata lain, jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan beberapa jawatan Menteri Kabinet kanan selain kedudukan dalam GLC akan dipegang oleh orang-orang dari PPBM.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada keadaan semasa, PPBM sendiri sedang bergelut untuk menempatkan calon-calon mereka di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen. Yang pasti, PPBM akan bertanding di kerusi UMNO. Pada masa yang sama, mereka juga bakal berhadapan dengan PAS kerana sudah menjadi tradisi, di mana UMNO meletakkan calonnya, pencabarnya adalah PAS.

Sedangkan pada masa yang sama, PAN yang ditubuhkan lebih dahulu berbanding PPBM sudah berikrar, mereka akan meletakkan calon di mana PAS akan bertanding. Dengan kata-kata lain, akan wujud sekurang-kurangnya tiga penjuru dengan UMNO mewakili BN, PAS dan PAN merebut kerusi DUN dan Parlimen. Seandainya PPBM juga campurtangan bermakna akan berlaku pertandingan empat penjuru. Sekaligus peluang untuk Pakatan Harapan menang amat tipis.

DAP dan PKR sudah pasti tidak akan sama sekali merundingkan kerusi-kerusi yang mereka tandingi untuk ditawarkan kepada PAN dan PPBM yang dilihat hanya wujud di atas kertas tetapi tidak mempunyai kekuatan.

Sementara itu, Team Kartel yang diketuai oleh Azmin Ali di Selangor sedang giat mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan dengan PAS menerusi Gagasan Sejahtera bagi merundingkan tentang agihan kerusi dan bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru di Selangor yang bakal mengakibatkan PKR akan kehilangan lebih banyak kerusi majoriti Melayu.

Rundingan yang dilakukan oleh Team Kartel telah menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan Team Ponorogo yang diketuai oleh Rafizi Ramli. Team Ponorogo buat kali pertama 'diperkenalkan' oleh Latheefa Koya ketika tercetus polemik antaranya dengan Rafizi Ramli. Latheefa Koya secara berterus-terang menuduh Rafizi Ramli merupakan anasir parasit yang sedang menyalahgunakan PKR untuk tujuan peribadinya, terutama menerusi penubuhan INVOKE yang merupakan entiti berasingan dan pesaing kepada AMK dan PKR sendiri.

Team Pornorogo seperti yang diketahui merupakan pro-DAP dan PAN. Team tersebut dikatakan mahu meletakkan alon dan proksi mereka di beberapa kerusi DUN Selangor, sekaligus bakal menyebabkan perpecahan di kalangan kepimpinan PKR.

Kebetulan pula, Azmin Ali sendiri terbabit dalam skandal penyalahgunaan kuasa dan rasuah terutama selepas anak saudara, ipar dan saudara-saudaranya ditahan SPRM kerana skandal pasir Selangor, selain beberapa skandal tanah dan penyelewengan serta rasuah yang lain, yang didedahkan oleh kem PKR sendiri.


Sementara itu, di Kedah, PPBM dilihat cuba merapati dan berkawan dengan PAS Kedah dan telah mengadakan beberapa pertemuan sulit bagi tujuan yang sama. PAS Kedah merupakan kuasa politik kedua terbesar dan terkuat selepas UMNO malah pernah menjadi Kerajaan Negeri pada tahun 2008 selepas berjaya mengalahkan UMNO-BN dalam PRU-12. Bagaimanapun, pada PRU-13, setelah pelbagai skandal dan salahlaku melibatkan kepimpinan negeri yang diterajui oleh PAS, selain kelemahan-kelemahan yang tidak diperbaiki oleh PAS, akhirnya PAS Kedah menerima kekalahan pada tahun 2013 dan kembali menjadi pembangkang sebelum berpecah kepada dua kumpulan utama iaitu PAN dan PASMA.

Pertembungan 3 penjuru di Kedah, sudah pasti tidak akan memihak kepada PPBM, walaupun mereka mungkin dapat mengurangkan majoriti kemenangan sama ada calon PAS atau UMNO. Sebaliknya, PPBM akan gagal menawan mana-mana kerusi serta pengaruh seandainya mereka gagal meraih kemenangan yang meyakinkan pada PRU-14 selepas bercakap besar dan sangat yakin, boleh menumpaskan UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, difahamkan siri-siri pertemuan dan rundingan tersebut, tidak mendapat restu daripada DAP dan PAN. Perbalahan pada peringkat kepimpinan Pakatan Harapan mulai tercetus. Team Pro-Mahathir mahukan kerusi DUN di Kedah ditandingi oleh mereka sepenuhnya tetapi Team Pro-Muhyiddin yang turut mahu meletakkan kroni dan proksi mereka setelah mereka 'kalah' dalam percaturan kuasa di Perak.

Seperti yang diperkatakan awal-awal tadi, walaupun perpecahan pada peringkat atasan Pakatan Harapan amat teruk, mereka masih bernasib baik kerana penyokong-penyokong mereka mempunyai satu persamaan iaitu 'SEMUA SALAH UMNO'. Perpecahan dan pergaduhan pada peringkat kepimpinan setakat ini tidak memberikan banyak impak negatif kepada sokongan penyokong kepada Pakatan Harapan.

Justeru, UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh terlalu gembira dan meraikan 'kejayaan' itu kerana yang bakal mengundi nanti adalah akar umbi yang jumlah mereka jauh lebih ramai berbanding jumlah pemimpin yang akan bercakar sesama sendiri!!!


1 comment:

Unknown said...

Pbm bila nk setel mesyuarat kawasan??
Pm 22 thn.. benda kecik pun tak leh setel.. ke sbb mmg tader org nak mesyuarat..

 
Blogger Templates