Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 31, 2018

BERSIAP SEDIALAH UNTUK TENGOK PPBM DAN PAN DIMAKI HAMUN DAP DAN PKR TIDAK LAMA LAGI!!!



Setiap kali mesyuarat pucuk pimpinan Pakatan Harapan, keluhan dan kebimbangan tentang PRU-14 akan diperkatakan. Di sebalik cakap-cakap besar dan penuh yakin yang Pakatan Harapan dapat menumbangkan Barisan Nasional kononnya kerana faktor Mahathir dan Mukhriz, khususnya di Kedah dan Johor, kebimbangan lain yang tidak dapat dielakkan adalah tenaga kerja pilihanraya.

Selama dua penggal, PKR dan DAP menyerahkan bulat-bulat kerja-kerja rencam pilihanraya kepada para petugas dari PAS yang bekerja secara sukarela, bahkan sanggup mengeluarkan wang saku sendiri. Dari menggantung dan menaikkan bendera serta poster termasuklah berkempen dari rumah ke rumah mahupun dari mulut ke mulut, semuanya telah diserahkan kepada PAS secara bulat-bulat.

Namun apabila PAS ditendang keluar dari Pakatan kerana PAS enggan patuh kepada kehendak DAP, bermulalah masalah yang sebelum ini dianggap remeh dan boleh diselesaikan dengan penubuhan PAN.


PAN diharapkan dapat menyediakan tenaga kerja percuma dan mudah seperti PAS untuk PKR dan DAP. Apabila PPBM ditubuhkan, DAP mengharapkan PPBM akan membawa ahli-ahli UMNO sepertimana PAN mengeluarkan ahli-ahli PAS. Gabungan bekas ahli-ahli PAS dan UMNO diharap dapat menggantikan kekurangan ahli-ahli PAS.

Bagaimanapun, perancangan yang diatur tidak berjalan selancar yang disangkakan. Sehingga ke hari ini, PAN dan PPBM di sebalik cakap-cakap besar mereka, masih gagal memberikan sumbangan bermakna kepada bekalan logistik dan tenaga kerja untuk Pakatan Harapan. Peranan penting yang dimainkan oleh ahli-ahli PAS sebelum ini, gagal digantikan.

Sekarang ini, Pakatan khususnya PPBM dan PAN saling bergaduh kerana perebutan pembahagian kerusi. Walaupun cuba diminimakan dan disekat daripada disebarkan menerusi media-media massa mahupun sosial, namun 'kebocoran' tetap juga berlaku. Cakap-cakap tidak berpuas hati di kalangan ahli-ahli akar umbi, tidak dapat dihentikan walaupun pucuk pimpinan cuba berlakon yang segala-galanya berjalan lancar.

Berbanding PKR dan DAP yang kerusi-kerusi pembahagian mereka di kawasan-kawasan yang dikira 'selamat', PAN dan PPBM pula diletakkan di kerusi-kerusi yang CONFIRM KALAH. Sekaligus akan menyebabkan seluruh kekuatan kedua-dua parti tersebut ditumpukan untuk pemimpin-pemimpin utama bagi menjaga air muka parti.


PKR dan DAP yang sebelum ini hidup senang lenang sebagai taukeh dengan hanya mengeluarkan arahan kepada PAS, terpaksa mencari tenaga kerja baru dengan kadar upah mengikut projek atau jam. Perbelanjaan untuk PRU-14 kali ini akan menjadi jauh lebih tinggi berbanding dua PRU lalu.

Pakatan cuba melindungi permasalahan ini daripada diperkatakan tetapi kelam-kabut siapa dan pihak mana yang akan menguruskan kerja-kerja propaganda pada PRU-14 nanti, pasti akan membuatkan PPBM dan PAN menjadi kambing hitam PKR dan DAP.


Yang pastinya, PAN dan PPBM perlu bersedia untuk menjawab kepada dua tuan besar mereka, mengapa mereka gagal menyediakan tenaga kerja percuma dan murah berbanding hanya pandai bercakap besar.


2 comments:

Anonymous said...

Bleh menang ka? Kalu dpt undi 1000 tu dah kira cukup baik le... sama2 lihat mn yg bungkuih...

Anonymous said...

Hancur...berkecai akhirnya

 
Blogger Templates