Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 27, 2018

'JANGAN SOROK MASALAH 1MDB DALAM KELAMBU KAABAH'... TIDAK HAIRANLAH MAHFUZ OMAR PANAS DALAM PAS!!!



Yang bercakap secara bodoh dan sembrono adalah Mahfuz Omar.

Mahfuz mengeluarkan kenyataan yang kemudiannya dipetik oleh beberapa portal termasuklah Malaysian Insight dan Malaysiakini dengan tajuk, 'JANGAN SOROK MASALAH 1MDB DALAM KELAMBU KAABAH'.

Dan sama seperti masalah yang dihadapi oleh wartawan serta editor Sinar Harian yang bukan sahaja tidak faham Bahasa Inggeris tetapi bebal serta buta Bahasa Inggeris, yang mengambil secara terus daripada portal yang cukup terkenal dengan putar belit berita daripada landasan sebenar, Free Malaysia Today, Mahfuz Omar menambahkan lagi elemen-elemen bodoh yang boleh membuatkan seluruh keturunannya tidak punya muka kerana malu dengan aibnya. (RUJUK SINI)

Mahfuz dalam kenyataannya itu berkata, 'pengakuan Najib tentang kegagalan 1MDB' sudah pasti tidak tahu dan tidak faham tentang perbezaan antara perkataan 'GOVERNANCE' dengan 'GOVERNMENT' yang dituturkan oleh Najib.

Dalam ucapannya semasa Invest Malaysia 2018, Najib mengakui tentang 'KEGAGALAN URUSTADBIR 1MDB' tetapi Free Malaysia Today telah mengalihbahasakan sebagai 'KEGAGALAN KERAJAAN' yang kemudian dipetik oleh Sinar Harian dan seterusnya, golongan yang buta Bahasa Inggeris seperti Mahfuz Omar mempercayai pembohongan tersebut.

Teori Mahfuz sangat mudah... kalau benar Najib tidak bersalah dan kalau benar Sarawak Report serta Wall Street Journal telah melakukan fitnah terhadap 1MDB serta dirinya, mengapa tiada sebarang tindakan saman terhadap entiti-entiti tersebut.

Dan seperti si bebal-si bebal lain yang hanya membaca tajuk tetapi tidak faham isi, Mahfuz turut mempersoalkan tentang ketiadaan tindakan terhadap DOJ walaupun DOJ Amerika Syarikat telah pun 'menggugurkan' kes 1MDB walaupun pada peringkat awal,Mahfuz menyertai golongan subversif lain bersorak sakan apabila ada ura-ura DOJ mahu mengenakan tindakan terhadap 1MDB dan Najib Abdul Razak.

Kata Mahfuz lagi, beberapa negara telah pun mengenakan tindakan terhadap 1MDB walaupun sebenarnya sama seperti si bebal lain, Mahfuz tidak faham perkataan 'syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB' berbanding 1MDB.

Mungkin disebabkan kebebalannya, ketidakfahamannya tentang dasar serta polisi undang-undang membabitkan media yang berbeza di Malaysia dan Amerika Syarikat, terlalu bodoh untuk faham bagaimana takutnya Clare Rewcastle-Brown untuk datang menyerah diri di Malaysia bagi dikenakan tindakan dan berhadapan dengan undang-undang anti-fitnah Malaysia selain di Amerika Syarikat sendiri, terlalu jarang kes-kes membabitkan saman ke atas media walaupun terang-terang menfitnah kononnya atas dasar keterbukaan dan kebebasan bermaklumat melainkan atas isu-isu hakcipta dan paten, Mahfuz Omar memilih sesuatu yang lebih signifikan dengan orang Islam, sekaligus mendedahkan kejahilan dan kemurakabannya hanya semata-mata untuk menghentam musuh politiknya iaitu Najib Abdul Razak.

Atas sebab itulah Mahfuz tanpa rasa bersalah dan konon-kononnya berlagak sinis, menuturkan kata-kata jahil, 'JANGAN SOROK MASALAH 1MDB DALAM KELAMBU KAABAH'.

4 comments:

Anonymous said...

Ya Allah..berbelitnya kau cakap..1mdb tu hak kerajaan..government dan governance memang dua perkataan berbeza tapi ia lebih merujuk kepada kerajaan. Pls..cukup putak sana putar sini spin sana sini..mana ada syarikat guna good governance dlm M&A atau SOP..kerajaan je guna tu bro..

Anonymous said...

tgk muka mahfuz ni mcm satu keturunan dgn madey je jd tak pelik lah perangai mcm tu..

Anonymous said...

Demi kuasa pembangkang terdesak

Anonymous said...

Najib ke mekah..buat umrah
Yg di malaysia melompat2 mcm berok buat fitnah...cukup2lah
Hormati privasi Najib dgn Allah...
jgn di hina2 krn kamu juga akan mengadap Allah...

 
Blogger Templates