Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, January 31, 2018

TANAH TUDM SUNGAI BESI: BILA SI BEBAL YANG HANYA TAHU MENYALAK, TIBA-TIBA BERTUKAR MAHU MENJADI PATRIOTIK!!!



Tahun lepas, isu yang sama menukarkan golongan yang bertepuk tangan apabila Mahathir meminta bantuan negara-negara asing campurtangan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan Malaysia demi menumbangkan Najib Abdul Razak, menjadi golongan yang sangat patriotik yang tidak sanggup melihat walau seinci tanah negara ini dipijak apatah lagi dimiliki oleh pihak asing. 

Penjelasan dan penerangan telah diberikan. Bahkan beberapa perkara tentang perjanjian jual beli tanah melibatkan tanah pangkalan udara Sungai Besi yang terletak berhampiran dua batang lebuhraya yang sangat sibuk di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur itu, turut didedahkan bagi memperjelaskan keadaan. 

Rupa-rupanya, golongan berkenaan, bebalnya bukan dibuat-buat. Mereka memang semulajadi bebal!

Benarkah tanah TUDM Sungai Besi tergadai kepada China?

Apa yang dibenci sangat puak-puak Pakatan ni dengan rancangan pembinaan Bandar Malaysia yang bakal menjadi bandar bawah tanah terbesar dunia lengkap dengan stesen keretapi laju dan sebagainya? Nostalgia apa sangat yang membuatkan mereka terlalu 'sayangkan' tapak tersebut sedangkan dari zaman Mahathir lagi, telah disebutkan bahawa pangkalan udara tersebut akan dipindahkan kerana kedudukannya sudah tidak sesuai untuk dijadikan pangkalan udara dan kem tentera.

Sekali lagi, siapakah sebenarnya yang memiliki tanah TUDM tersebut? Benarkah ianya sudah menjadi milik China sepertimana yang dikatakan oleh para penyokong Mahathir yang barangkali terlebih mengelamun.

Dalam bahasa bodoh untuk golongan bodoh yang percaya tanah tergadai kepada China...

Jika anda jual tanah ini kepada negara bangsa apa pun, seandainya tanah ini masih dalam Malaysia, ia akan kekal tanah Malaysia. Hak milik tanah hanya untuk kegunaan bukan untuk ditukar kedaulatan atau sempadan negara. 

Begitu juga, sekiranya satu Kuala Lumpur dijual kepada China sekalipun, ia tidak akan menukar Kuala Lumpur menjadi milik atau kedaulatan Negara China, sebaliknya ia hanya akan memberi hak kepada China untuk membangunkan dan menggunakan tanah tersebut selagi tidak melanggar undang-undang Malaysia. 

Kanun Tanah Negara merupakan undang-undang tertinggi di Semenanjung Malaysia mengenai urusan pentadbiran tanah. Bagaimanapun ia tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki kanun tanah tersendiri. Tiada apa-apa juga di dalam Akta ini boleh menyentuh apa-apa pelaksanaan lampau atau apa-apa yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu, setakat mana ianya mengenai tanah, peruntukan mana-mana undang-undang lain yang diluluskan sebelum bermulanya kuatkuasa Akta ini.

Dengan kata lain Kerajaan Malaysia boleh pada bila-bila masa mengambil semula mana-mana tanah ini atau tanah sesiapa pun di dalam negara ini dengan menggunakan Kanun Tanah Negara. 

Jadi, terlalu banganglah apabila menjadikan pelaburan China di tapak tersebut atau lebih tepat lagi dalam pembangunan Bandar Malaysia sebagai retorik politik. Sama bangang seperti seorang tua yang kata kerajaan gadai kedaulatan negara kerana dia tidak boleh masuk satu kawasan perindustrian milik syarikat dari China di Pahang baru-baru ini.

Elok juga kita imbas kembali pecahan pemilikan tanah berkenaan: 

(a) 40% tapak tersebut adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. 

(b) 22% adalah milik Credence Resource Sdn. Bhd, sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia. 

(c) 14% adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd (KPRJ)

(d) 24% milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminal High-Speed Rail di situ iaitu laluan untuk keretapi laju yang akan memendekkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit. 

Dengan kata lain, 54% tapak berkenaan adalah milik SYARIKAT-SYARIKAT KERAJAAN!

Manakala 46% pula milik swasta dengan 22% milik swasta Malaysia dan 24 milik swasta China.

Tanah berkenaan dibeli oleh 1MDB - sebuah lagi syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia - dengan harga RM400 juta. Dan sebagai gantinya, 1MDB perlu membina sebuah pangkalan udara baru untuk unit-unit TUDM dari pangkalan udara lama Sungai Besi. 

Selain pengkalan udara baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH BUAH LAGI pangkalan tentera menjadikan jumlah keseluruhannya LAPAN BUAH PANGKALAN TENTERA berjumlah sekitar RM1.6 bilion. 

Dalam matematik yang lebih mudah untuk golongan bebal lebih mudah faham: 

Jumlah keseluruhan = RM2 bilion iaitu RM400 juta nilai tanah yang diambilalih + RM1.6 bilion kos pembinaan 8 buah pangkalan tentera baru. 

3 comments:

Anonymous said...

Kalau dah buta perut cerita le apa pun. Pembangkang bebal ni tetap akan cerita macam-macam yg memgarut. Tahniah 1MDB disebalik tekanan yg dihadapi masih berjaya menyiapkan Pengkalan TUDM yg baru.

Anonymous said...

Puak2 ni terkilan projek tak di beri billionaire cina2 kroni mugadey..klu dibagi taklah ada komen2 bodoh rekaan mereka..

Anonymous said...



Puak2 proTun menyangka Mahathir tu masih lagi berkuasa kut... Pada hal YB pun belum tentu dapat lagi.

 
Blogger Templates