Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, February 25, 2018

UPACARA BAKAR BENDERA PPBM DI LUBUK MERBAU SEBAB MARAH, PKR 'RAMPAS' KERUSI!!!



Para penyokong PPBM bahkan pemimpin mereka dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya seringkali menggambarkan Kedah sebagai kubu kuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Parti Cap Bunga itu digambarkan sebagai sebuah raksasa yang baru bangun dari tidur dan tidak boleh dihalang dengan suatu apa pun. Kununnya, rata-rata rakyat dan pengundi Kedah menyokong Cap Bunga dan tertarik untuk berjuang bersama-sama Mukhriz Mahathir merampas kembali jawatan Menteri Besar Kedah bagi membolehkan Mukhriz sekeluarga menikmati kehidupan mewah yang ditanggung sepenuhnya oleh rakyat Kedah.

Dari Bukit Kayu Hitam sehinggalah ke Bandar Baru, yang digambarkan kepada orang ramai ialah, PPBM telah menguasai semua DUN dan Parlimen. Orang-orang PPBM tidak perlu bekerja keras kerana Kedah terlalu menyayangi Dr. Mahathir dan mengasihi Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar Kedah.

Kedah kata mereka adalah HAK MUTLAK KELUARGA MAHATHIR!

Hakikatnya, PPBM tidak ada cengkaman langsung di Kedah. PPBM tidak mempunyai sebarang kuasa dan suara. PPBM juga tidak boleh berbuat apa-apa tanpa restu dan keizinan daripada DAP dan PKR. Kalau DAP dan PKR kata PPBM tidak boleh bertanding, maka parti itu dan para penyokongnya hanya boleh mengundi PKR dan DAP atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi macai kepada PKR dan DAP sebagai pekerja parti menggantikan PAS yang telah diterajang lebih awal pada tahun 2015.

Jangkaan awal para pemimpin dan penyokong PPBM ialah, parti Mahathir-Mukhriz itu akan meletakkan calon di kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Kedah kerana berbanding PKR dan DAP, PPBM lebih kuat. 

Sekurang-kurangnya itulah yang mereka percaya dan dodoikan kepada orang ramai.

Malangnya itu tidak berlaku. 

Pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen di Kedah, tidak menunjukkan langsung DAP dan PKR akan mengurangkan kawasan mereka bertanding bagi memberi laluan kepada PPBM untuk membuktikan parti Mahathir-Mukhriz itu lebih diterima pengundi Kedah. Sebaliknya, PKR dan DAP menambahkan lagi kerusi yang akan mereka bertanding selepas pakatan mereka dengan PAS berkubur. PAN yang diharapkan dapat menggantikan PAS pula, hidup segan mati tak mahu walaupun sama seperti PPBM, seringkali digambarkan lebih hebat berbanding PAS Kedah. 



Semalam, di hadapan Markas PPBM, Jalan Pejabat, Felda Lubuk Merbau, salah seorang ahli PPBM Felda Lubuk Merbau hilang sabar apabila mendapat tahu, PPBM tidak dibenarkan bertanding di DUN Pedu. Sebelum ini, ahli-ahli PPBM Pedu diberitahu, PPBM akan bertanding di situ, bagaimanapun kerusi berkenaan telah diberikan kepada PKR.

Ahli berkenaan benar-benar kecewa. Biarpun sedar, lokaliti Felda Lubuk Merbau merupakan kawasan putih untuk UMNO-BN, tetapi gambaran-gambaran yang diberikan sebelum ini ialah, semua kerusi UMNO-BN akan beralih kepada PPBM dengan mudah. 

Tetapi apa yang berlaku ialah, PKR telah merampas peluang PPBM itu. Ini menyebabkan ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau berasa sangat kecewa setelah mereka berhempas pulas dan bersusah payah demi parti, tetapi yang akhirnya mendapat laba adalah PKR, parti yang langsung tidak bekerja di Kedah apatah lagi di Lubuk Merbau. 


Kekecewaan itu dizahirkan dengan tindakan membakar bendera bagi memberi mesej kepada pucuk pimpinan PPBM yang tidak akan bersama sekiranya DUN Pedu kekal milik PKR mewakili Pakatan Harapan bertanding di DUN Pedu dalam pilihanraya umum akan datang. 

Ia juga merupakan satu gambaran dan mesej kepada pucuk pimpinan PPBM bahawa ahli-ahli PPBM Lubuk Merbau tidak akan bersama-sama Pakatan Harapan sekiranya DUN Pedu kekal ditandingi oleh PKR. Mereka berasakan usaha yang dilakukan untuk menghidupkan PPBM di Felda Lubuk Merbau dan di DUN Pedu khususnya adalah perjuangan yang sia-sia. 


No comments:

 
Blogger Templates