Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 26, 2018

HARI PERTAMA LIM GUAN ENG DIBICARAKAN KERANA RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA, DIA SUDAH MAIN POLITIK!!!



Hari ini, Lim Guan Eng tidak dapat mengelak lagi. Hari ini, Lim Guan Eng bersama-sama 'rakan kongsi'nya, Phang Li Koon dihadapkan ke mahkamah untuk berhadapan dengan pertuduhan rasuah dan seleweng kuasa. Hari ini, Lim Guan Eng telah gagal sepenuhnya daripada tidak dibicarakan atas kes rasuah walaupun dia telah berjaya menunda dan cuba meminda undang-undang bagi membolehkannya meloloskan diri.

Walaupun cuba untuk mempertahankan dirinya menerusi ceramah dan kempen, Lim Guan Eng jelas ketakutan untuk berhadapan dengan mahkamah. Dia telah cuba menggagalkan perbicaraannya dengan pelbagai cara undang-undang, namun setakat ini telah gagal. Malahan, walaupun mahkamah telah menetapkan perbicaraannya akan berlangsung selama 23 hari bermula hari ini, Lim Guan Eng masih cuba mewujudkan persepsi, SPRM sedang ketakutan berhadapan dengannya walaupun sebenarnya dia yang ketakutan.


Menerusi status yang dimuatnaik di FBnya, Lim Guan Eng atau admin page tersebut, bangga menceritakan bagaimana peguambela Lim Guan Eng mengasak saksi dan cuba menimbulkan rasa bersalah kerana membuat aduan kepada SPRM hanya berdasarkan laporan WhatsApp dan berita TV3. (RUJUK SINI dan SINI)

Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Georgetown untuk menghadiri perbicaraan hari pertama kes rasuahnya bersama-sama ahli perniagaan Phang Li Koon. Prosiding dijadualkan selama 23 hari di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail ini akan memanggil sekurang-kurangnya 40 orang saksi pendakwaan.

Menerusi prosiding pengurusan kes sebelum ini, Timbalan Pendakwaraya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan melakukan pindaan kecil dalam kertas pertuduhan.

Pertuduhan baharu itu telah dibacakan di hadapan kedua-dua tertuduh pada hari ini.


Guan Eng diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo, manakala Li Koon diwakili Datuk V Sitham-baram.

Pada 30 Jun 2016, Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran.

Bagi dua pertuduhan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 23, Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Li Koon pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun yang sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.


No comments:

 
Blogger Templates