Daripada bercakap bongkak dan angkuh untuk memecat pegawai-pegawai tinggi kerajaan, Mukhriz u-turn dengan menyatakan bahawa kenyataannya telah dibuat di luar konteks oleh media-media pro-Najib Abdul Razak.
Seperti Azmin Ali yang cuba berdalih kononnya Selangor tidak berhadapan dengan krisis air kerana takungan air di Selangor masih banyak, Mukhriz Mahathir turut melakukan pembohongan yang serupa.
Mukhriz sentiasa menekankan perkataan KLEPTOKRAT bagi menunjukkan dia adalah seorang yang naif, zuhud dan baik.
Hakikatnya, Mukhriz dan adik-beradiknya sehingga ke hari ini masih tidak dapat menerangkan dari mana sumber kekayaan mereka dan bagaimana mereka boleh menjadi terlalu berjaya dalam perniagaan terutama dalam mendapatkan konsesi dan kontrak-kontrak kerajaan terutama pada zaman bapanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Begitu juga dengan gaya hidup mewah isteri dan anak-anaknya yang terpapar menerusi media-media sosial. Tidak didedahkan oleh pihak musuh, sebaliknya yang mendedahkan kehidupan mewah mereka termasuklah bercuti sekeluarga di London untuk menyambut Hari Raya Puasa adalah keluarga Mukhriz sendiri.
Mukhriz yang bergantung hidup kepada bapanya, sebenarnya sudah pun mempamerkan kedangkalannya tetapi terlalu berdendam kerana dia telah dipecat oleh Exco dan ADUN Kedah setelah 3 tahun menjadi Menteri Besar Kedah.
Terdapat undang-undang dan klausa yang menghalang penjawat awam daripada dibuang kerja semata-mata kerana menyokong atau menentang kerajaan. Disebabkan itulah, kerajaan di bawah Najib Abdul Razak tidak membuang atau memecat mana-mana pegawai kerajaan meskipun pegawai-pegawai kerajaan tersebut jelas menentang kerajaan. Mereka sebaliknya hanya dikenakan tindakan tatatertib berdasarkan kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang, bukannya dibuang kerana kecenderungan politik mereka.
Institut pemikiran DAP iaitu Penang Institute pula menyatakan Malaysia hanya memerlukan 430,000 orang kakitangan awam walaupun pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng secara peribadi memperbanyakkan kakitangan di bawahnya untuk menjawab bagi pihaknya, sama ada mereka dilantik atas dasar politik mahupun atas dasar kroni. (RUJUK SINI)
Menurut Penang Institute, kakitangan awam merupakan satu bebanan dan jumlah tersebut perlu dikurangkan.
Selepas dikecam teruk, DAP tidak lagi mempopularkan hasrat mereka untuk membuang sebahagian besar penjawat awam. Pun begitu, mengenali DAP, mereka tidak pernah berundur daripada kenyataan mereka sebelum ini. DAP mungkin tidak bersuara lagi tentang penjawat awam dan keinginan untuk memecat mereka, tetapi menggunakan mulut-mulut pemimpin tolol seperti Mukhriz Mahathir, hasrat DAP akan tetap terlaksana.
Sama ada mereka nafi atau tidak, DAP awal-awal lagi telah menyatakan penjawat awam adalah membebankan dan kalau DAP mahu mereka dipecat, apa yang boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu seperti Mukhriz melainkan akur dan patuh!!!
1 comment:
Si botak haramjadah.
Post a Comment