Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 7, 2018

70,000 ORANG TAHUN 2013 DI LOKASI YANG SAMA, TAK JADI TSUNAMI MELAYU... 4,000 ORANG TAHUN 2018 PULA BOLEH JADI TSUNAMI MELAYU? LAWAK DAP!!!



Sepatutnya dengan laungan TSUNAMI MELAYU oleh DAP, lebih ramai Melayu yang datang ke majlis pelancaran logo Pakatan Harapan di Pasir Gudang malam tadi yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. Apatah lagi, Pakatan Harapan membariskan dan menampilkan hampir kesemua pemimpin utama dalam majlis tersebut.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Penurunan besar berbanding tahun 2013 ketika ceramah Pakatan di lokasi yang sama yang menarik kedatangan sehingga 70,000 orang, malam tadi hanya mampu menarik 4,000 orang sahaja untuk melihat muka dan penampilan Mahathir dalam barisan yang kuat mengutuk dan mengancam untuk memenjarakan serta merampas setiap kekayaannya.

Itu yang dikatakan TSUNAMI MELAYU?

Rafizi Ramli sendiri tidak yakin dengan TSUNAMI MELAYU. Katanya, berdasarkan kajian dan kajiselidiknya, tsunami tersebut tidak akan berlaku biarpun pada masa yang sama, media pro-pembangkang dan para pemimpin Pakatan pulun sakan mempromosikan idea TSUNAMI MELAYU. Malah, hampir kesemua penganalisa politik juga berpendapat, ianya tidak akan berlaku.

Persepsi TSUNAMI MELAYU telah dicipta oleh DAP memandangkan DAP sedang dilanda kebimbangan apabila pengundi-pengundi mereka yang sebelum ini menderu-deru pulang dari luar negara pada PRU-12 dan PRU-13 masih belum menampakkan bayangan. Di kalangan pengundi-pengundi Cina sendiri pun, semangat yang ditunjukkan pada PRU-12 dan PRU-13 untuk UBAH, tidak lagi ketara. UBAH sebaliknya telah mengurangkan sokongan dan minat politik di kalangan kaum Cina.

DAP sendiri mengakui bahawa orang Cina tidak lagi berminat untuk membuang undi sebagaimana yang mereka lakukan pada PRU-12 dan PRU-13 apabila ramai daripada mereka yang percaya dan melihat perubahan sikap DAP khususnya Lim Guan Eng yang semakin sombong, bongkak, terlalu rasuah dan mempunyai skandal kewangan yang teruk walaupun Setiausaha Agung DAP itu dan konco-konconya cuba membersihkan imej Lim Guan Eng.

Media yang pro-pembangkang cuba memutarbelitkan majlis pelancaran manifesto Pakatan Johor di Pasir Gudang oleh Mahathir, Muhyiddin, Wan Azizah, Mat Sabu, Lim Guan Eng dan para pemimpin Pakatan kononnya majlis tersebut berjaya dengan kehadiran 4,000 orang. 4,000 orang yang kononnya akan mewujudkan TSUNAMI MELAYU.

Dalam majlis yang sama jugalah, mereka turut mengumumkan yang kesemua komponen Pakatan akan menggunakan logo PKR dalam PRU-14 dan bukannya logo parti masing-masing.

Bagaimanapun, hakikat sebenar ialah, dalam kempen PRU-13 lalu di lokasi yang sama pada tahun 2013, jumlah kehadirannya jauh lebih besar iaitu 70,000 orang.

Ironi sungguh kalau dalam pelancaran manifesto di mana pemimpin-pemimpin utama termasuklah calon Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar Johor datang, hanya mampu menarik sekelompok kecil orang yang pastinya datang mengikut parti masing-masing. Sedangkan dalam tempoh sebulan lagi PRU pula akan diadakan...


1 comment:

Anonymous said...

Waima logo tunggul yg diguna PH... undi PH tidak sekali... undi PH bermakna undi DAP... jgn tertipu!

 
Blogger Templates