Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 26, 2018

NAK DAPAT PERHATIAN, SEKALI LAGI ROSMAH MANSOR JADI INDIVIDU YANG PERLU DIFITNAH DAN DITOHMAH!!!



Tidak seperti Siti Hasmah mahupun Betty Chew yang terselamat daripada serangan peribadi, Rosmah Mansor pula menjadi figur yang cukup diminati oleh para penyokong dan pemimpin Pakatan seandainya mereka tidak mempunyai isu-isu sensasi untuk diketengahkan. Pelbagai cerita-cerita negatif tentang Rosmah Mansor diuwar-uwarkan dalam pelbagai versi dan al-kisah. Sehinggakan apabila kita kompilasikan kesemua cerita berkenaan, kita boleh gambarkan Rosmah sebagai susuk raksasa bermata merah berkepala botak, berperut buncit, berkulit hijau, berbadan setinggi 12 kaki dan kegemarannya adalah makan budak!

Rosmah adalah figur atau tokoh yang telah dihitam, sehitam-hitamnya oleh para penyokong dan pemimpin pembangkang. Semuanya kerana mahu menyerang Najib Abdul Razak dan kemudian mengaitkannya dengan UMNO serta Kerajaan Barisan Nasional. 

Beberapa isu sebelum ini yang berkaitan Rosmah, telah dibawa ke mahkamah. Orang seperti Rafizi Ramli, Nga Kor Ming, Tian Chua, Tony Pua dan beberapa orang yang lain, telah menyatakan kekesalan mereka dan berjanji tidak akan mengulangi tohmahan terhadap Rosmah Mansor. Mereka disaman tetapi kemudian, mereka dimaafkan oleh Rosmah Mansor setelah menyatakan permohonan maaf dan kekesalan. Malahan Dr. Mahathir ketika diseret ke mahkamah pun, sekadar berkata, dia tidak ada bukti melainkan hanya mendengar cakap orang lain!


Rafizi Ramli sebagai contoh adalah orang yang paling lantang mentohmah dan menfitnah Rosmah Mansor khususnya dalam isu cincin RM24 juta. Akhirnya ketika di mahkamah, dia memberitahu yang dia 'CUMA BERGURAU'. 

Isu menfitnah Rosmah Mansor nampaknya berterusan dan menjadi trend yang paling disukai. Terbaharu adalah pendedahan yang dibuat oleh Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor. Penafian dan penjelasan kemudiannya dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). 

Fitnah berkenaan diedarkan dalam klip audio WhatsApp mengenai dakwaan perbelanjaan kerajaan yang melampau untuk Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. 

Dalam rakaman berkenaan, seorang individu telah membuat tuduhan tidak berasas dan liar tentang perbelanjaan kerajaan yang membabitkan Rosmah. Menurutnya, perbelanjaan yang amat tinggi dibuat oleh kerajaan bagi kek sambutan harijadi isteri Perdana Menteri dan kos pemasangan dua buah kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Rosmah di Putrajaya. 

Kononnya, sumber berita berkenaan datangnya daripada seorang rakannya yang bertugas di Kementerian Kewangan. Dia juga mendakwa kononnya kutipan GST berjumlah RM70.1 juta sehari telah habis dicuri dan tidak ditemui dalam Perbendaharaan Negara.


Turut menjawab tuduhan tersebut, Rizal Mansor mencabar pembuat fitnah tersebut menunjukkan di mana kek berharga RM75 ribu itu dibeli. 

Menurut Rizal lagi, Rosmah bukanlah isteri Perdana Menteri pertama yang ada pejabat di Putrajaya. Sebaliknya dia adalah isteri Perdana Menteri pertama yang tidak mempunyai pejabat di Putrajaya. Ruang pejabat yang disediakan untuk isteri Perdana Menteri yang pernah digunakan oleh Siti Hasmah dahulu, kini telah diubahsuai untuk dijadikan ruang kerja pegawai.

Menjawab tuduhan tentang 2 buah CCTV berharga RM7 juta, Rizal menyifatkan tuduhan tersebut sebagai memperkecil-kecilkan kebijaksanaan dan akal rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang masih waras menurutnya, pasti sedar, bahawa ia adalah perkara yang langsung tidak masuk akal. Apatah lagi, Rosmah sendiri tidak mempunyai pejabat di MOF mahupun di PMO, di manakah dua CCTV tersebut dipasang. 

Wang kutipan GST dimasukkan ke Kumpulan Wang Disatukan. Semua perbelanjaan dan pengurusan negara menggunakan wang itu. Tuduhan mengatakan wang GST telah habis dicuri dalam tempoh sehari, adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal memandangkan pengeluaran wang negara bukanlah seperti mengeluarkan wang dari tabung gajah. 



Sebenarnya si penfitnah itu cuba untuk menggambarkan kononnya negara sudah kehabisan wang kerana terpaksa digunakan untuk menampung perbelanjaan boros Rosmah Mansor. Namun pelbagai data dan fakta kewangan negara menunjukkan yang sebaliknya, sehinggakan pelbagai bentuk pembangunan infrastruktur seperti lebuhraya TANPA TOL di Kelantan yang dikenali sebagai Lebuhraya CSR (Merapoh-Kubang Rusa) selain Lebuhraya Pan Borneo yang juga dibina TANPA TOL.

Difahamkan, PMO telah membuat laporan kepada polis dan SKMM berhubung fitnah berkenaan. Individu yang terlibat dalam pembuatan dan penyebaran berita palsu ini boleh disiasat di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.


No comments:

 
Blogger Templates