Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 13, 2018

PAN KEDAH SEDIAKAN TIGA CALON PARLIMEN UNTUK DISEMBELIH PUAK-PUAK PAS!!!



PAN akan meletakkan tiga calonnya di kerusi Parlimen Kedah. Manakala 10 calon yang lain akan diletakkan di DUN seluruh Kedah.

Tiga kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PAN adalah Pokok Sena, Padang Terap dan Sik. PAN akan mencagarkan semula penyandang Parlimen Pokok Sena iaitu Mahfuz di kerusi berkenaan. Mahfuz menang kerusi Parlimen Pokok Sena atas tiket PAS.

Ketua Pemuda PAN Kedah, Mohd Khairizal Khazali pula dicalonkan di kerusi Padang Terap manakala Azli Che Uda yang merupakan AJK PAN Sik, akan bertanding di Sik, sekaligus 'mengalahkan' calon pupular yang beria-ia mahu menjadi calon PAN di Sik iaitu Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak, bekas penjual ubat kuat dan juga peserta Raja Lawak.

Seorang lagi yang dilihat gagal menempatkan diri ADUN Kubang Rotan yang menang atas tiket PAS pada PRU lepas, tetapi kemudian bersikap 'pepat di luar, rencong di dalam' atau lebih tepat lagi, bersikap seperti HARUM MANIS, hijau di luar, oren di dalam.

PAN yang akan bertanding dengan menggunakan logo PKR, bagaimanapun, bakal berdepan dengan jalan sukar memandangkan PKR bukanlah parti yang popular di Kedah. PKR hanya menang 4 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen sahaja.

Lebih daripada itu, PAN yang akan bertanding dengan logo PKR, bukan sahaja akan berdepan dengan BN yang telah memenangi 21 kerusi DUN pada PRU lepas, tetapi juga PAS yang merupakan pesaing utama BN di Kedah.

Perpecahan PAS Kedah selepas PRU-13 yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi yang kemudian mendorong kepada kewujudan PASMA dan kemudian PAN, tidak banyak memberi kesan kepada PAS apatah lagi kepada BN walaupun PAN sentiasa cuba mendabik dada kononnya, mereka mampu menawan Kedah dengan bantuan Dr. Mahathir.

PPBM yang juga akan bertanding dengan menggunakan logo PKR juga sedang menghadapi masalah apabila ketiadaan calon-calon yang berwibawa untuk diketengahkan. Pertembungan di beberapa kerusi dengan PKR TULEN pula bakal menyaksikan tindakan sabotaj yang akan dilakukan oleh sesetengah pemimpin PPBM yang kecewa. Antara kawasan yang dijangka bakal menyaksikan sabotaj sesama sendiri adalah Kulim-Bandar Baru, Sungai Petani dan Merbok.

PKR TULEN telah mengesahkan bahawa mereka akan meletakkan calon paling ramai di Kedah berbanding parti-parti lain. Manakala DAP pula telah 'merampas' dua DUN yang sebelum ini ditandingi dan ingin ditandingi oleh PKR.

PAS dan BN Kedah sehingga artikel ini ditulis, masih belum lagi menamakan calon-calon mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Geng yang gila nak jadi MB, fakhrolrazi = kantoi, husamusa = kantoi, sydazman = kantoi.
Yang gila nak jadi PM , nuarbrahim = kantoi, dan madey yg nak jadi PM lagi pun insya'Allah kantoi bersama Puakatan Haprakatun mereka.

 
Blogger Templates