Mahathir dalam sebuah forum di Kuala Lumpur 2 hari lepas berkata, pembangunan di Sabah dan Sarawak ketinggalan berbanding Semenanjung kerana sikap tamak pemimpin kedua-dua negeri itu yang lebih mementingkan diri sendiri. Katanya lagi, Sabah dan Sarawak telah dibelit oleh pentadbiran yang melakukan kerosakan kerana mahukan duit cepat.
Sebahagian daripada kata-kata Mahathir itu, besar kemungkinan merujuk kepada Shafie Apdal didakwa telah menggelapkan peruntukan dari Kerajaan Pusat ketika menjadi Menteri KKLW untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Shafie Apdal sekarang ini sedang berhadapan dengan siasatan SPRM berhubung skandal tersebut.
Menurut Mahathir lagi, para pemimpin Sabah dan Sarawak mencari jalan mudah dengan menebang pokok dan akhirnya banyak kawasan botak. Sedangkan Sabah dan Sarawak banyak hasil serta berpotensi untuk maju.
Kata Mahathir lagi dalam Forum Cabaran Ekonomi Anak Muda yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu, umum tahu Sabah dan Sarawak akan lebih maju jikalau segala hasil negeri diurus dengan baik oleh pemimpin yang mengutamakan rakyat.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir itu dikecam oleh rata-rata pemimpin dari Sabah dan Sarawak. Mereka SEPAKAT menyatakan, Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memundurkan Sabah dan Sarawak menerusi dasar-dasar pentadbirannya yang mengenepikan Sabah dan Sarawak.
Madius juga mendakwa Mahathir memberi justifikasi untuk projek IC di Sabah.
"Bertambah parah, Tun Mahathir turut memberi justifikasi untuk meneruskan projek IC dan tidak pernah atau tidak akan meminta maaf terhadap episod itu yang menyebabkan banyak masalah sosio ekonomi kepada Sabah." (RUJUK SINI)
Menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah pula menuduh Mahathir telah melayan kedua-dua negeri di Borneo itu seperti 'anak tiri' sepanjang 22 tahun pentadbirannya. Menurutnya, Mahathir menyumbang kepada kemunduran kedua-dua negeri tersebut berbanding Semenanjung dengan 'ahli-ahli politik tamak' dan orang-orang yang berasa selesa.
Menurutnya lagi, Mahathir hanya mahu menjarah sumber-sumber bumi dari kedua-dua negeri itu untuk menyokong projek-projek meganya di Semenanjung. Permohonan untuk mendapatkan jalanraya yang lebih baik atau lebuhraya yang menghubungkan kedua-dua negeri, lebih banyak hospital, sekolah-sekolah yang lebih baik dan lapangan terbang yang lebih terurus, telah ditolak dengan alasan-alasan yang tidak munasabah, kononnya tidak ekonomikal memandangkan jumlah populasi yang kecil dan saiz kedua-dua negeri.
Sebaliknya, sumber-sumber kekayaan dari Sabah dan Sarawak diambil untuk membina projek-projek infrastruktur dan fasiliti di Semenanjung seperti Putrajaya, Litar Antarabangsa Sepang, selain banyak lagi projek yang hanya mengkayakan segelintir orang yang rapat dengannya. (RUJUK SINI)
Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Presiden PBS, Pairin Kitingan turut membidas Mahathir dan bertanya, apa yang telah Mahathir berikan kepada Sabah sepanjang dia menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun?
"Kalau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dia tak bagi apa-apa, apakah dia akan mula memberi ketika dia berusia 93 tahun?" tanya Pairin dalam satu kenyataan. (RUJUK SINI)
"Kalau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dia tak bagi apa-apa, apakah dia akan mula memberi ketika dia berusia 93 tahun?" tanya Pairin dalam satu kenyataan. (RUJUK SINI)
Pairin turut merujuk kepada rayuan Mahathir agar Pakatan Harapan diberikan kemenangan untuk mengambilalih kerajaan negeri dan Pusat bagi membolehkan mereka menaikkan taraf infrastruktur di Sabah dan Sarawak.
"Kalau dia benar-benar ambil berat, dia sepatutnya melihat banyak jajaran jalan-jalanraya baru, penempatan semula, pemilikan tanah, perkampungan dengan bekalan tenaga elektrik dan bekalan air bersih di Sabah sebarang. Kesemua pembangunan ini hanya datang dan wujud lama selepas dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Dia patutnya sedar siapa yang punya kerja semua tu, tapi dia masih tamak," kata Pairin.
Pairin turut menambah, pemerkasaan terhadap kakitangan awam tempatan dan pengembalian hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 sedang dilakukan sekarang, sedangkan semasa pentadbiran Mahathir, ianya diabaikan dan tidak dipedulikan.
Kata Pairin lagi, selepas Mahathir meletakkan jawatan pada 2003, Sabah dan Sarawak terus mengecap kemajuan kerana peruntukan daripada Kerajaan Pusat yang jauh lebih besar berbanding ketika zaman pentadbiran Mahathir.
"Ketika kita sudah menghampiri Rancangan Malaysia Ke-11, hampir RM15 bilion telah diperuntukkan kepada Sabah oleh Kerajaan Persekutuan. Tahun ini sahaja, jumlahnya adalah RM3.87 bilion. Berbanding semasa Rancangan Malaysia Ke-7, (1996-2000), hanya RM6.93 bilion sahaja diperuntukkan.
"Di bawah RMK-8, jumlah tersebut telah digandakan kepada RM13.2 bilion. Di bawah RMK-9, jumlahnya meningkat kepada RM17.7 bilion dan akhir sekali pada RMK-10, Sabah telah diberikan RM21.96 bilion."
1 comment:
Sarawak & Sabah juga sebahagian drpd Malaysia. Kita mahu mereka berdiri sama bahu brsama negeri2 di Semenanjung
Post a Comment