Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, April 24, 2018

PENYANDANG DUA PENGGAL KERUSI DUN RAWANG DARI PKR, GAN PEI NEI DIGUGURKAN KERANA DITUDUH SONGLAP DANA PERUNTUKAN!!!



Senarai nama calon-calon PKR telah pun dikeluarkan kalau berdasarkan tular di WhatsApp. Walaupun nama Hasniza Talha (Taman Medan) dikatakan telah dicantas oleh Wan Azizah, tetapi berdasarkan senarai terbaharu, Hasniza Talha dicalonkan untuk bertanding di DUN Lembah Jaya. Manakala pegawai khas Azmin Ali yang sebelum ini didakwa terlibat dalam skandal rasuah selain mengumpulkan kekayaan luar biasa dalam masa terdekat, Hilman Idham pula dicalonkan di Gombak Setia.

Yang betul-betul tercicir daripada senarai pencalonan adalah ADUN Rawang selama dua penggal, Gan Pei Nei, Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Mohd Razlan Jalaluddin (Kota Damansara).


Malang bagi Gan Pei Nei. Antara alasan yang diberikan mengapa dia digugurkan daripada pencalonan untuk PRU-14 adalah dakwaan menyalahgunakan dana.

Sebelum ini, Malaysiakini telah melaporkan, Gan sambil menangis mendakwa dia telah menjadi mangsa surat layang dan dia langsung tidak diberikan peluang untuk membalas tuduhan-tuduhan tersebut. Menurutnya, dia akan membuat laporan kepada SPRM dan akan menghantar bukti-bukti perlu bagi membersihkan namanya. 

Bagaimanapun, difahamkan, tuduhan tersebut tidak terdapat di dalam surat layang berkenaan. Sebaliknya rungutan telah dibuat dan bukti-bukti yang disertakan sekali membangkitkan persoalan penting yang perlu dijawab oleh Gan.

Sumber juga berkata, tiada sebarang keputusan dibuat berdasarkan tuduhan-tuduhan berkenaan dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan Gan memperolehi faedah daripada sebarang salahlaku. (RUJUK SINI)


Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata, berbanding Wan Azizah, Azmin lebih tahu tentang keupayaan setiap calon PKR di Selangor. Justeru, tindakan Wan Azizah mencantas calon-calon yang telah dikemukakan oleh Azmin Ali, amat mengejutkannya sedangkan pemilihan tersebut dibuat sendiri oleh Azmin. 

Pada masa yang sama, Johari Abdul turut mengesahkan wujud ketegangan di kalangan pucuk pimpinan PKR berhubung isu pencalonan di Selangor. 

Ramai yang melihat perebutan kuasa tersebut adalah antara fraksi Azmin Ali dan fraksi Wan Azizah yang diketuai oleh Rafizi Ramli. Dua hari lepas, ketika pelancaran jentera PKR di Bukit Mertajam, Wan Azizah terburu-buru meninggalkan majlis apabila pengacara menjemput Azmin Ali untuk berucap.


No comments:

 
Blogger Templates