Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, May 8, 2018

KERANA CERCAAN DAN CACI MAKI KAUM PARASIT PAN KE ATAS ALLAHYARHAM BAPANYA, ANAK USTAZ AZIZAN PILIH UMNO-BN!!!



Semasa Allahyarham bapanya masih menjadi Menteri Besar, musuh sebenar Allahyarham dan PAS Kedah, bukanlah UMNO dan Barisan Nasional Kedah sebaliknya PARASIT-PARASIT dalam PAS Kedah yang kini telah melompat masuk PAN setelah meninggalkan PAS apabila saf kepimpinan PARASIT dalam PAS, gagal merebut kepimpinan utama PAS dalam pemilihan 2015.

Malahan semasa PRU-13, ketika Phahrol Zawawi yang mengetuai kumpulan PARASIT mahu merampas kuasa daripada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, pelbagai fitnah dan caci nista dilemparkan kepada Menteri Besar Kedah itu. Dan akhirnya, PAS Kedah kehilangan penguasaan di Kedah gara-gara serangan dalaman PARASIT walaupun pada masa yang sama, pengundi-pengundi di Kedah semakin bosan dengan pentadbiran PAS Kedah yang kelam-kabut dan caca marba. 

Faktor itulah yang membuatkan salah seorang anak bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Ahmad Faiz Azizan mengumumkan secara rasmi menyertai UMNO hari ini. 

Faiq, 31, adalah seorang peguam. Katanya, dia memilih untuk menyertai UMNO setelah membuat pertimbangan semasak-masaknya dan setelah bersama-sama PAS, PAN dan PKR. Hasil daripada pemerhatiannya, akhirnya dia memilih UMNO-BN memandangkan parti itu yang banyak membantu rakyat dan tidak banyak beretorik. 

Dia sebelum ini pernah menyertai PAS semenjak usianya 18 tahun. Keputusannya untuk menyertai UMNO mendapat restu daripada ibunya, Tok Puan Faekah Sheikh Hamzah. 

"Saya minta pandangan daripada ibu sebelum buat keputusan menyertai mana-mana parti. Kata ibu saya, saya bebas memilih parti apa pun yang saya nak sertai. Tapi jangan sesekali PAN sebab PAN lawan ayah saya dulu.

"Kata mak saya lagi, itu hak saya untuk pilih parti mana pun. Kalau DAP datang lebih awal pun, mungkin saya masuk DAP tapi yang datang secara baik adalah Barisan Nasional (BN)," katanya. (RUJUK SINI

Faiq ditemui dalam majlis perhimpunan jentera pilihanraya BN Parlimen Jerai tadi. Turut hadir adalah calon BN Parlimen Jerai, Jamil Khir Baharom, calon BN DUN Guar Chempedak, Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, calon BN DUN Sungai Limau Nor Awang dan calon BN DUN Gurun Boey Chin Gan. 

Allahyarham Tan Sri Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Kedah yang berjaya memimpin parti itu pada PRU-12 sehingga berjaya merampas Kedah dari BN.

"Kita negara demokrasi. Ada hak nak pilih (parti) dan (saya) guna hak itu untuk pilih," katanya.


5 comments:

Anonymous said...

kpd org melayu yg beragama islam(shj) undilah sesapa saja asalkan bukan PH.. Apa yg org islam blh harapkan dr guan eng utk membela agama yg suci ini adakah islam akan lebih hebat di bwh lim kit siang.. dr dulu lg niat mrk tak penah berubah.. kalimah Allah utk agama lain.. menentang ruu355 itu adlh sbhgn yg Allah bg petunjuk utk kita buat keputusan.. apapun alasan mrk utk menghalalkan perbuatan mrk itu tdk blh kita benarkan.. so bg yg sayang agama yg suci ini undilah dgn bijak bkn dgn emosi pikirkan apa yg kita pangkah itu nanti akan dipertanggungjawabkan jika kita tak blh nak berdakwah kesana kemari spt yg para sahabat lakukan jgnlah kita jd pemusnah kpd agama suci yg dibw oleh nabi Muhammad saw. negara ini sedang menuju perancangan Allah kearah negara yg aman makmur dan mendapat pengampunan dr Allah apabila 2 parti melayu Islam yg hebat blh bekerjasama.. ini amat ditakuti oleh puak2 kafir n munafikin

Anonymous said...

Tahniah!!! Anjakan pradigma
yg begini negara perlukan.

Anonymous said...

pas telah di ingatkan berkali2 bahwa ujud nye parasit pembelot didalam parti ttp tidak di endahkan oleh pemimpin pas.

Anonymous said...

Umno kau dah mampos bai. Tukarlah blog kau ni jadi blog jual tudung. Raya dah dekat ni bahlol

Anonymous said...

oiii... takde post lagi ka

 
Blogger Templates