Petikan video yang anda saksikan di atas merupakan satu lagi insiden yang memaparkan sifat biadap penyokong-penyokong PKR yang tidak mengira tempat walaupun di dalam sebuah masjid.
Penceramah yang dimarahi dan cuba diserang oleh penyokong PKR di dalam video tersebut adalah Subri Md. Arshad yang pernah menjadi calon PAS di Parlimen Kepala Batas pada tahun 2008.
Dalam ceramahnya di Masjid Sungai Seluang, Subri telah membacakan Ayat 23 Surah At-Taubah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."
Penceramah yang dimarahi dan cuba diserang oleh penyokong PKR di dalam video tersebut adalah Subri Md. Arshad yang pernah menjadi calon PAS di Parlimen Kepala Batas pada tahun 2008.
Dalam ceramahnya di Masjid Sungai Seluang, Subri telah membacakan Ayat 23 Surah At-Taubah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."
Ketika Subri membacakan tafsir ayat tersebut, beberapa orang penyokong PKR yang dikatakan merupakan penduduk tempatan telah bertindak bangun dan menyerangnya.
"Mereka mengatakan saya menuduh mereka kafir. Saya menjawab, saya tidak menuduh tuan-tuan kafir. Saya mengulas ayat tersebut tetapi mereka mungkin salah faham terhadap kupasan saya. Mereka tidak tahan, jadi mereka serbu ke dalam masjid," kata Subri Md Arshad menerusi Facebook hari ini.
Beberapa ayat-ayat al Quran yang melarang umat Islam mengambil bukan Islam sebagai kepimpinan, seringkali menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati kepada para penyokong Pakatan.
Lim Kit Siang pada Februari 2014 telah mempertikaikan Ayat 120 Surah Al Baqarah yang dibacakan di dalam khutbah Jumaat JAKIM dan menyifatkannya sebagai menghalang integrasi dan sengaja meniup api persengketaan antara kaum serta agama. (RUJUK SINI dan SINI)
Sementara itu, satu surat terbuka yang ditularkan menerusi group WhatsApp berhubung insiden di Masjid Sungai Seluang, Lunas, Kedah itu telah berjaya dikesan. Ternyata, penulis - berdasarkan 'alamatnya' - yang merupakan anak tempatan, tidak berpuas hati dengan sikap biadap yang ditunjukkan oleh penyokong PKR.
Sungai Seluang merupakan salah satu kawasan mengundi di Parlimen Padang Serai dan terletak berhampiran dengan Kulim Hi-Tech Technology Park. Secara tidak langsung, apa yang berlaku di Sungai Seluang, sebenarnya turut tersebar di Parlimen Kulim-Bandar Baru memandangkan bandar yang terhampir dengan Sungai Seluang adalah Kulim yang jaraknya hanya lebih kurang 10 kilometer.
Calon PKR untuk kerusi Parlimen Padang Serai pada PRU-14 kali ini adalah KARUPAIYYAH MURUSAMY
Baca isi hati penduduk tempatan tentang insiden berkenaan:
Hari ini seluruh masyarakat islam daerah Kulim bercakap mengenai kejadian yang berlaku di Masjid Sg Seluang, Lunas malam tadi sepertimana video yang disertakan ini.
Hampir semua umat islam termasuk saya sendiri tidak bersetuju dengan aktiviti atau ceramah berbentuk politik dalam masjid. Kerana institusi masjid adalah satu tempat yang mulia dan tempat menyatu padukan ummah.
Jika sekiranya hendak menegur atau membantah, di dalam masjid ada adab yang perlu dipatuhi. Apa salahnya datang tegur dengan baik ? Jika tidak puas hati boleh diajak berunding di luar masjid.
Anda boleh lihat dalam video ini di minit 0.30 bagaimana dua orang jemaah yang memahami adab masjid. Mereka datang menegur dan menenangkan lelaki yang sedang marah dengan penuh adab dan tertib.
Jika kita berkunjung ke rumah orang dengan membawa anak. Sekiranya anak kita tidak memahami adab ketika bertandang ke rumah orang atau anak kita jenis yang aktif, maka kita akan tegur anak kita dengan baik dan lembut. Kerana apa ? Kerana kita menghormati tuan rumah, kita faham adab bertandang ke rumah orang. Kemudian apabila memasuki kenderaan atau sampai di rumah, kita bebas untuk jentik telinga atau merotannya.
Bertandang ke rumah orang pun ada adab dan tertib yang perlu kita hormati, apatah lagi di Masjid iaitu Rumah Allah ? Susah tentu adab dan tertibnya jauh lebih tinggi. Perlu langkah masuk dengan kaki kanan. Betapa tingginya darjat masjid itu, Rasulallah pun berpesan sekiranya memasuki masjid janganlah kamu duduk sehingga kamu solat dua rakaat. Begitulah mulianya Rumah Allah. Bukannya masuk dengan cara yang samseng dan ala-ala mafia.
Tetapi itulah PKR sebuah parti yang dilahirkan melalui keganasan jalan raya. Diasuh dan dididik dengan keganasan dan sikap kurang ajar. Maka itulah jadinya sepertimana acuan yang membentuk kuih.
Oleh yang demikian berfikirlah secara waras wahai rakyat Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya sebelum anda membuang undi nanti. Jangan biarkan masyarakat dan anak cucu kita dipimpin oleh sebuah organisasi yang ganas dan biadab. Jika Rumah Allah pun mereka tidak hormati, apakah anda fikir mereka boleh menerap nilai-nilai murni kepada generasi kita yang akan datang ? Nauzubillah.
Mohd Akhir Shapie
Taman Bersatu
Kulim
2 comments:
Kalau di Indonesia mana2 org kafir yg membaca ayat2 suci al Quran atau mempersendakan maksudnya sudah lama disumbat kepenjara. Lihatlah apa yg telah terjadi kepada bekas gabenor Jakarta, Ahok yg kini telah dipenjarakan. SYABAS INONESIA KERANA TEGAS DALAM MENJAGA KESUCIAN ISLAM!
Aritu ada cerita Babi yg katanya kena langgar tak semena2 pergi masuk surau sondol jemaah surau,
Agaknya mereka tu ikut 'sunnah' siBabi tu la agaknya...
Saya agak ajě, kalau tak betul harap maaf la ye..
Post a Comment