Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 27, 2019

AIR LIUR PAKATAN DAN ISU NAJIB TIDAK LAKU DI CAMERON HIGHLAND, ADAKAH DI SEMENYIH IANYA LARIS?



Salam Kembali....

Setelah lebih 8 bulan tidak menulis tentang politik negara menggunakan blog, hari ini penulis terpanggil untuk kembali atas permintaan kawan-kawan dalam usaha menghidupkan sesawang ini walaupun di media sosial lain, penulis sebenarnya tidak pernah berhenti.

Semalam, PRK Cameron Highland telah menghasilkan keputusan. Walaupun Najib Abdul Razak tidak bertanding sebaliknya bekas pegawai kanan polis yang pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pengarah  Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan merupakan dari suku Semai yang dikenali oleh penduduk Asli Cameron Highland, namun sepanjang kempen 14 hari oleh Pakatan, hanya Najib yang diberikan tumpuan dan sasaran serangan.

Pakatan masih beranggapan, Najib adalah modal terbaik mereka untuk terus meraih kemenangan seperti 9 Mei 2018. Para pemimpin Pakatan, khususnya Mahathir, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, malahan Mat Sabu memberikan tumpuan sebesar-besarnya kepada Najib Abdul Razak walau di mana pun mereka berceramah.

Sedangkan pada masa yang sama, Najib yang turut berkempen, kelihatan sangat santai dan langsung tidak tertekan walaupun Mahathir 'terpaksa' menyewa sebuah helikopter milik sebuah syarikat yang memperolehi kontrak dari Kementerian Pertahanan untuk ke Felda Sungai Koyan semata-mata untuk memburuk-burukkan Najib.



Ceramah dan hasutan Mahathir menghasilkan keputusan yang sungguh di luar dugaan. Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3 yang pernah memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan terutama pada PRU-14, berubah menjadi kubur besar Pakatan Harapan. Keseronokan kononnya ceramah Mahathir dihadiri ramai orang, tidak sahaja diperjuih, malahan digelakkan kerana hampir kesemua yang datang ke ceramah Mahathir dan memenuhi bawah khemah adalah mereka yang didatangkan khas dengan bas-bas rombongan, semata-mata untuk menyeronokkan Pengerusi PPBM merangkap Pengerusi Pakatan itu.

Semua orang tahu apa yang berlaku di Cameron Highland, termasuklah ulah SPR dan perlanggaran-perlanggaran semua undang-undang membabitkan calon DAP. Namun sesuatu yang pasti ialah, Cameron Highland merupakan pertembungan sebenar antara pasukan Melayu-Bumiputera-Islam menentang pasukan DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.


Pasukan Melayu-Bumiputera-Islam turut dibantu oleh 'pasukan kecil' MCA dan MIC yang bergerak senyap di kalangan kaum mereka manakala PAS dan UMNO memainkan peranan utama meyakinkan  majoriti pengundi di Cameron Highland untuk memilih calon langsung Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor.

Hasilnya, keputusan PRK Cameron Highland menyebabkan Lim Guan Eng malu besar. Calon DAP, M.Manogaran menyalahkan perkauman sebagai punca kekalahannya buat kali ketiga berturut-turut. Namun kalau diperhatikan trend jumlah undi untuk Manogaran dalam ketiga-tiga pilihanraya, menyaksikan penurunan jumlah pengundi yang amat ketara walaupun untuk menyedapkan hati, Lim Guan Eng mengatakan undi untuk DAP naik 7%.

Analisa II pecahan undi PRK CH

PRK 2019

BN - 11,381
Melayu - 72%
Cina - 1%
India - 2%
Lain2 - 35% (Orang Asal)

PH - 7,182
Melayu - 8%
Cina - 82%
India - 4%
Lain2 - 6% (Orang Asal)


Cakaplah apa pun, berilah apa-apa alasan sekalipun, yang pasti, Kerajaan Pakatan sebenarnya sedang berhadapan dengan krisis terburuk selepas menjadi Kerajaan Pusat kerana perangai sombong bodoh mereka sendiri. Mereka tersilap menilai rakyat. Mereka fikir dengan air liur, sudah cukup untuk meyakinkan rakyat terus memilih dan mendewa-dewakan mereka.

Pakatan silap besar!


Cameron Highland sudah, sekarang giliran Semenyih pula. Kalau 41 ribu orang Melayu dan Asli, 31 ribu orang Cina dan 17 orang India di Semenyih masih mengekalkan kepercayaan mereka kepada calon Pakatan Harapan dalam PRK Semenyih nanti, baguslah. Tapi kalau kos sara hidup, harga barang, janji pilihanraya yang tidak tertunai, pembuangan kerja bagi penjawat-penjawat awam, harga komoditi selain ancaman terhadap peruntukan-peruntukan membabitkan Melayu, Bumiputera dan Islam dalam Perlembagaan menjadi isu yang terus diperkatakan dan dititik beratkan, Pakatan bakal sekali lagi berhadapan dengan masalah besar mempertahankan kemenangan mereka.


No comments:

 
Blogger Templates