Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, February 21, 2019

BALA BUAT PENJAWAT AWAM DATANG LAGI... ANDA BAKAL DIPECAT DAN DIBUANG KERJA OLEH KERAJAAN!!!



'Perjuangan' untuk membuang penjawat awam atau dalam bahasa yang lebih lunak, mengecilkan saiz perkhidmatan awam di Malaysia telah dilancarkan oleh DAP bermula dari tahun 2011 lagi. Tony Pua yang sekarang merupakan Pegawai Khas Menteri Kewangan telah menyuarakan saranan tersebut pada 1 November 2011. Kenyataannya agar kakitangan awam dipecat dan saiz perkhidmatan awam dikecilkan, dibuat ketika Datuk Seri Najib Abdul Razak yang merupakan Perdana Menteri waktu itu mengumumkan kenaikan gaji dan elaun penjawat awam.

Ketika itu Tony Pua menjawat jawatan sebagai Ketua Publisiti DAP.

Saranan Tony Pua kemudiannya disanggah oleh Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun yang mencabar DAP untuk melaksanakannya terlebih dahulu di Selangor dan Pulau Pinang, iaitu dua buah negeri yang berada di bawah cengkaman DAP pada waktu itu.


Isu tersebut kemudiannya senyap seketika tetapi pada 25 Oktober 2016, sekali lagi Tony Pua membangkitkan keperluan kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam. Malahan kali ini, Tony Pua tampil dengan saranan yang lebih kritikal iaitu penjawat awam dipecat atau mereka diberikan gaji tapi tidak perlu datang bekerja kerana penjawat awam adalah 'biawak hidup' kepada kerajaan. (RUJUK SINI)

Ketika Tony Pua, Lim Guan Eng dan Lim Lip Eng semakin berjaya menukarkan kompleks Kementerian Kewangan sebagai sebuah 'pasar Cina' dengan lambakan lulusan UEC yang tidak tahu apa-apa tentang negara tetapi berlagak seperti terlalu pandai, Perdana Menteri yang sedang berhadapan dengan ancaman Undi Tak Percaya cuba mengambil hati DAP dengan mengulangi saranan Tony Pua.

Pembuangan dan pemecatan penjawat awam telah pun dilakukan dalam fasa pertama sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan yang kementerian-kementerian utama negara ini dijajah dan ditakluk oleh DAP. Berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam dibuang atas alasan lantikan politik. Namun pada masa yang sama, lebih ramai yang dibawa masuk oleh Kerajaan Pakatan walaupun mereka hanyalah lulusan UEC, bahkan ada yang tidak ada kelulusan dan pengalaman langsung tetapi diberikan jawatan-jawatan utama terutama sekali melibatkan Melayu-Melayu yang boleh ditampar tengkuk dan punggung mereka.


Kini saranan yang sama, nampaknya datang dari Perdana Menteri yang sedang tersepit dan terdesak.

Timbul pertanyaan, berapa ramai lagikah kakitangan awam yang akan menjadi mangsa sedangkan pada PRU-14 lalu, begitu ramai penjawat awam yang kuat menyokong Pakatan. Malahan, ada yang secara terang-terangan berkempen untuk memenangkan Pakatan Harapan menggunakan kedudukan dan jawatan mereka. Dan tidak kurang juga yang berusaha menjadi penyalur maklumat-maklumat sulit yang boleh dimanipulasi oleh Pakatan termasuklah projek-projek prasarana negara yang kemudian dikatakan sebagai projek penyonglapan wang rakyat.

Tapi kalau difikir-fikirkan pun, memang elok sangatlah... nak juga tengok penjawat-penjawat awam yang bercakap pandai sangat. Bila dah kena buang kerja dan kena kat batang hidung sendiri, kita nak tengok sejauh mana pula pandainya nanti.

Namun yang pasti, keputusan dan rancangan Kerajaan Pakatan Harapan yang dimotivasikan daripada saranan Tony Pua itu akan melibatkan penjawat awam Melayu, Bumiputera dan sebahagian besarnya beragama Islam.



5 comments:

Anonymous said...

Mereka yang perlu dibuang dahulu adalah pensyarah2, GURU2 kerana mereka inilah yang paling kuat menghasut dan memburuk2kan kerajaan BN dahulu...

Anonymous said...

yg bukan lantikan politik tkde dgr pun kena buang?

yg pencuri adalah dgr kena buang oleh rakyat

Anonymous said...

Penyokong PH ke bro

Anonymous said...

Yang dibuang penyokong Dan pendedak umno belaka...sebab tu..negara tak maju..tak produktif....Chini pekan pahang

Unknown said...

Cuba penjawat awam fikir,kalian benar2x jujur,amanah,cekap dan tepatkah semasa melakukan tugas dan berurusan dengan orang ramai.Kerana secara rialiti dan kebiasaan yang dilakukan oleh kakitangan awam adalah terkadang mereka banyak mengulat ketika waktu bertugas.Sebagai contoh,pagi2x masuk kerja pukul 8 mereka akan makan sarapan pagi di kaunter,lepas tu mereka letak papan tanda kaunter ditutup.Masa sepanjang dalam waktu pejabat.Ada segelintir kaki tangan awam yang lelaki sibuk bercerita tentang bola.Manakala kaki tangan awam yang perempuan pula sibuk buat jualan langsung dalam ofise semasa waktu berkerja.Lepas tu ada pula puch cad awal tapi... dalam masa yang sama mereka tidak masuk ke ofise,sebaliknya pergi lepak kat kedai mamak sampai setengah jam atau 1 jam.Jadi adakah ini yang dikatakan jujur,cekap dan amanah?.Kaki tangan awam kena nilai diri dan kesilapan diri.Agar kaki tangan awam mendapatkan keseluruhan gaji bulanan yang halal dan berkat.

 
Blogger Templates