Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 18, 2019

CUBAAN ALIHKAN ISU JUAL DAN LELONG HARTA NEGARA DENGAN ISU-ISU RETORIK OLEH KERAJAAN PAKATAN, SAMPAI BILA AKAN BERTERUSAN?



Berapa lama lagikah Kerajaan Pakatan Harapan dengan bantuan Mahkamah, SPR, PDRM dan SPRM serta pelbagai agensi lain dapat menutup isu-isu sebenar dengan cerita-cerita retorik, termasuklah pilihanraya kecil?

Berapa lama lagikah Kerajaan Pakatan Harapan mampu melindungi cerita sebenar tentang Tabung Haji, tentang KWSP, tentang Khazanah dan pelbagai aset yang telah dijual dan mula dijual oleh Kerajaan dengan harga murah?

Begitu juga dengan rancangan menjual dan melelong bangunan hospital kerajaan serta Lapangan Terbang yang diselindungi dengan istilah REIT.

Istilah REIT sebenarnya adalah satu kaedah jual aset. Ini kerana semua lapangan terbang dan bangunan hospital milik kerajaan akan dijual kepada syarikat REIT yang baru ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng.


30% daripada saham (atau dipanggil unit) dalam syarikat REIT akan dijual kepada pelabur swasta termasuklah pelabur asing.

Dengan perlaksanaan REIT, MAHB yang merupakan syarikat milik Khazanah Malaysia Airports akan bayar sewa untuk guna lapangan terbang kepada syarikat REIT, bukan lagi kepada kerajaan.

Begitu juga, hospital-hospital kerajaan akan terpaksa membayar sewa kepada syarikat REIT, sedangkan sekarang hospital kerajaan tidak membayar apa-apa. Kos operasi tahunan hospital-hospital kerajaan akan naik. Secara tidak langsung, kos tersebut akan dipindahkan kepada pesakit dan pengguna.

Justeru tidak menghairankanlah apabila Lim Guan Eng memperkenalkan MySalam.


Kalau dah berjaya jual 30% dalam REIT, tidak sukar untuk jual baki 70% itu pada masa hadapan atas alasan, entiti kerajaan tersebut mengalami masalah kewangan yang teruk - alasan yang sering digunapakai oleh Kerajaan Pakatan ketika mereka mahu menjual kepentingan dalam FELDA, FELCRA, Tabung Haji dan PNB.

Begitu juga dengan penjualan IHH Berhad milik Khazanah kepada Jepun dengan harga RM8.42 bilion pada November lalu. Axiata milik Khazanah pula menjual semua pegangan mereka dalam M1 kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion.

Tidak satu penjelasan pun diberikan oleh Kerajaan Pakatan tentang pendedahan yang dibuat oleh media antarabangsa ini terutama sekali membabitkan rancangan untuk menjual kepentingan 35% dalam Petronas kepada pihak asing.


Malah dalam isu penjualan M1 dan IHH Berhad pun, tidak ada seorang pun menteri, apatah lagi Lim Guan Eng mahupun Azmin Ali yang berani bercakap tentangnya, sebaliknya mereka beretorik tentang Najib! Najib! 1MDB! Pencuri dan Perompak!

Berapa lama lagi Kerajaan Pakatan Harapan boleh bertahan dengan retorik-retorik ini sedangkan pada masa yang sama, rakyat semakin tahu mereka sedang gila menjual segala harta negara?


No comments:

 
Blogger Templates