Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, February 10, 2019

DEMI IMEJ NEGARA, RAKYAT WAJIB BANGKIT MENENTANG DAN MENJATUHKAN PEMIMPIN YANG PUNYAI KELAYAKAN AKADEMIK PALSU!!!



Masyarakat Malaysia wajib bangkit menentang dan menjatuhkan pemimpin yang mempunyai kelayakan akademik palsu kerana dilihat mempimpin negara ini dalam kepalsuan.

Perkara itu ditegaskan oleh Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican yang menyifatkan tiada tolak ansur berhubung dakwaan berkenaan kerana hal itu melibatkan etika politik.

Sambil mempersoalkan mengapa terdapat segelintir golongan yang berpendidikan masih menerima pemimpin ‘palsu’ itu atas dasar kejujuran, Dr. Ahmad Murad menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mewujudkan kod amalan parti dan ahli parti politik.

Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican

“Mengapa perlu kita bertoleransi terhadap pemimpin palsu yang memalsukan imej mereka? Mengapa perlu kita terima mereka sebagai Timbalan Menteri (luar), menteri besar atau Menteri Kabinet?

“Mengapa mereka yang terdidik, tidak kira kelayakan asalkan dipaparkan dengan jujur, menerima mereka yang palsu ini sebagai pemimpin kita di Malaysia? Warga negara wajib bangkit menentang dan menjatuhkan mereka yang memimpin kita dalam kepalsuan. Tiada tolak ansur dalam hal ini.

“SPR mesti mewujudkan kod amalan parti dan ahli parti politik. Pengawalan selia politikus mesti dilaksanakan. ‘Enough is enough’,” tegasnya dalam status hantaran di laman Facebook rasminya, Ahmad Murad Merican, di sini hari ini.

TRANSKRIP dan sijil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang dimiliki Datuk Marzuki Yahya dari Cambridge International University (CIU) Amerika Syarikat.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan isu ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya kini mendapat perhatian antarabangsa apabila agensi berita, AFP mela¬porkan mengenainya.

Selepas cerita 'sijil palsu' Marzuki, orang ramai mula meragui kelayakan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. – UTUSAN ONLINE

1 comment:

Unknown said...

Habis kenapa kamu sokong NAJIB yang punya ALUMUNI PELESU.......????
Kalau betul NAJIB ADA DEGREE, tunjukkanlah degreenya.
IJAZAH DARI UNIVERSITI TAK BOLEH DIPELESUKAN SEBAB ADA CAP MOHOR UNIVERSITI. KALAU NAIK MAHKAMAH, BAHAN BUKTI IALAH IJAZAH ATAU DEGREE BUKAN ALUMUNI sebab alumuni boleh dibeli.
JANGAN HANYA NAMPAK KUMAN DI SEBERANG LAUT.
CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Tak mahu publish takpa.
HAHAHA.

 
Blogger Templates