9 Mei 2019, mereka naik jadi kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka yang menggerakkan penentangan terhadap penguatkuasaan AES, telah diangkat menjadi Menteri. Anthony Loke sendiri telah dilantik ke jawatan Menteri Pengangkutan.
Suatu ketika dahulu, para pemimpin Pakatan yang menentang AES, mempersoalkan tentang kos pembelian kamera AES yang menurut mereka terlalu mahal dan besar kemungkinan telah duit negara telah disonglap oleh pentadbiran Najib.
Kata mereka, mereka boleh mendapat kamera AES itu dengan harga RM15,000 sahaja seunit berbanding RM170,000 seunit seperti yang diperolehi oleh Kerajaan Najib.
Namun terkini, Anthony Loke mengumumkan bahawa pembelian 11 lagi kamera AES setelah AES tidak jadi dibatalkan bahkan ditambah dan kuatkuasanya diperketatkan menerusi kenyataannya 'I don't care' apabila ditanya tidakkah dia bimbang rakyat akan marah, akan menelan kos lebih kurang RM200,000 bagi setiap unit.
RM200,000 seunit adalah anggaran sahaja. Harga sebenarnya mungkin lebih mahal dari itu, terutama apabila dicampur dengan komisyen dan 'simpan tepi'. Apatah lagi, harga mahal yang dibeli oleh DAP, bukanlah perkara baru. Laporan Kebolehlaksanaan Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang pun berharga RM305 juta walaupun tidak sebaris ayat pun berkenaan kajian projek berkenaan disiapkan dan ditulis.
Dengan penuh bangga dan tanpa rasa bersalah, Anthony Loke berkata, pembelian kamera-kamera tersebut tidak ditanggung oleh Kerajaan. Sebaliknya, PLUS yang akan menanggungnya sebagai tanggungjawab sosial korporat.
Cina DAP seperti Anthony Loke memang suka membodohkan rakyat Malaysia walaupun pada masa yang sama, mereka sendiri adalah bodoh dan cuba menunjuk pandai.
PLUS merupakan milik Kerajaan menerusi 51% pegangan Khazanah dan 49% milik KWSP bermula dari tahun 2011. Secara tidak langsung, pembelian kamera-kamera AES dengan harga mahal itu, akan ditanggung sepenuhnya oleh rakyat dan pengguna lebuhraya!
Sebelum menang, Pakatan kata mereka mahu hapuskan AES yang zalim. Kata mereka lagi, Kerajaan BN terlebih bayar 10 kali ganda kerana membeli kamera dengan harga RM170,000.
Namun selepas menang, apa yang dilakukan oleh Pakatan untuk membuktikan mereka telah menghapuskan AES ialah dengan mengubah nama AES kepada AWAS. Pakatan juga menambah lebih banyak kamera, sekaligus memastikan pengguna jalanraya disaman tanpa sebarang kompromi. Dan seperti yang dikatakan oleh Anthony Loke, tiada lagi diskaun saman. Rakyat juga perlu membayar kos kamera yang bakal menzalimi mereka sehingga ke syiling terakhir!
Kalau namanya Pakatan, cakap memang tidak pernah serupa bikin!
Memang Pakatan adalah KAKI KENCING!!!
1 comment:
penyokong2 bodoh mereka dah ditipu hidup2...tapi rakyat yg tak menyokong yg jadi mangsa...haram jadah...
Post a Comment