Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, February 13, 2019

PRK DUN SEMENYIH DAH JADI LANGKAH AZMIN DAN AMARAN KERAS MAHATHIR KEPADA PKR, DAP DAN PAN!!!



Kenyataan Mahathir bahawa dia akan bertukar parti sekiranya DAP, PKR dan PAN tidak setia kepada 'negara', sebenarnya mempunyai signifikan yang sangat besar.

Sudah tentulah 'negara' yang dimaksudkan oleh Mahathir adalah batang tubuhnya sendiri. Mahathir Mohamad adalah negara. Manakala Malaysia pula dianggap menumpang batang tubuh Mahathir Mohamad.

Perkembangan terbaharu yang membawa kepada kemasukan 7 orang bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam PPBM bagi menguatkan parti pimpinan Mahathir itu, sebenarnya merupakan amaran yang cukup keras kepada Anwar Ibrahim yang khabarnya sekarang ini sedang berada di luar negara bersama-sama entiti asing yang menajanya untuk satu program yang memperkatakan tentang kuku besi.

Secara tidak langsung, PPBM sekarang sudah menguasai 20 kerusi Parlimen. Dicampur dengan kerusi-kerusi Parlimen blok Azmin Ali, setidak-tidaknya Mahathir sudah pun menguasai 40 kerusi tanpa dicampur kerusi-kerusi Parlimen Warisan Sabah.

Jadi tidak hairanlah mengapa Chang Li Kang, Ahli Parlimen Tanjung Malim dari PKR begitu menyinga dan mengingatkan para penyokong Pakatan bahawa mereka tidak seharusnya membiarkan UMNO 2.0 wujud. Malah Chang Li Kang juga mengatakan, Mahathir sebenarnya mengkhianati Pakatan kerana menerima kemasukan ketujuh-tujuh orang Ahli Parlimen tersebut ke dalam PPBM.

Rujuk:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/13/an-act-of-betrayal-by-dr-m-to-accept-defecting-umno-mps/

Namun berbeza dengan Azmin Ali yang kelihatan semakin yakin dan bersemangat.


Di Semenyih, ketika berkempen di Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan malam tadi, Azmin Ali terus memerli Najib Abdul Razak.

Katanya, "Ini bukan Melayu di Cameron Highland. Ini bukan Melayu Pekan. Melayu Pekan pun dah faham dah dan mahu melihat 'bossku' datang atau tidak."

Rujuk:
https://www.kinitv.com/video/70467O74

Mengejek dan menghina Melayu sudah tidak menakutkan Azmin Ali kerana Azmin Ali cukup yakin di belakangnya ada beberapa kerusi yang telah dirunding oleh Mahathir 'ikut jalan belakang' untuk menyingkirkan Anwar dan menaikkan Azmin.

Azmin sendiri sebenarnya memainkan peranan penting dalam 'kejayaan' Mahathir memperolehi kerusi-kerusi lompat. Walaupun secara luaran, Azmin adalah Timbalan Presiden PKR yang sangat bermusuh dengan UMNO namun hubungan Azmin dengan Ahli-Ahli Parlimen serta pemimpin UMNO bukanlah satu perkara rahsia. Lebih-lebih lagi, Azmin sendiri merupakan keluaran kilang UMNO sebelum dia rapat dengan Anwar Ibrahim dan mengenepikan Ezam Mohd Nor yang lebih akrab dan lebih ke depan membela Anwar.

Kenyataan Mahathir bahawa ahli politik perlu 'mobile' dan dia sendiri tidak akan teragak-agak untuk bertukar parti, merupakan amaran keras kepada DAP, PKR dan PAN yang banyak memalukannya kerana menyediakan nama-nama sebagai Menteri Kabinet yang tidak berkelayakan dan ditertawakan oleh seluruh rakyat Malaysia, bahkan dunia juga!

Rujuk:
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/422407/ahli-politik-perlu-bersifat-mobile

Dengan hanya 14 sahaja lagi kerusi Parlimen yang diperlukan oleh Mahathir untuk membentuk Kerajaan Majoriti 2/3, amaran keras yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR dan beberapa kata sinis pemimpin-pemimpin DAP, akan berlakukah 'rundingan jalan belakang' seperti yang dimomokkan sebelum ini dengan 32 orang Ahli Parlimen UMNO sudah bersedia untuk 'membantu' Mahathir sekaligus mengenepikan Ahli-Ahli Parlimen DAP, PAN dan kem Anwar-Wan Azizah dalam PKR?

Cerita ini sebenarnya baru sahaja bermula...

PRK DUN Semenyih merupakan Langkah Semenyih. Cuma langkah kali ini adalah langkah Mahathir, bukan lagi langkah Anwar, apatah lagi lagi Wan Azizah!


No comments:

 
Blogger Templates