Setiap kali kaum LGBT cuba menghalalkan aktiviti dan amalan mereka, setiap kali itulah juga kita akan mendengar tentang betapa luhur, zuhud dan ikhlasnya puak-puak songsang tersebut menentang perkahwinan kanak-kanak.
Setiap kali mereka bercakap tentang perkahwinan kanak-kanak-kanak, mereka akan menyentuh dengan Nabi Muhammad s.a.w yang berkahwin dengan Syaidatina Aisyah r.a yang mereka dakwa pada usia Syaidatina Aisyah r.a 6 tahun, sedangkan rujukan-rujukan sejarah muktabar Islam pula menegaskan, usia pernikahan Syaidatina Aisyah r.a dengan Nabi Muhammad s.a.w adalah pada usia enam belas tahun dan bersama-masa baginda pada usia 19 tahun. (
RUJUK SINI)
Hadis-hadis yang diriwayatkan Hisham bin Urwah pada ketika ingatannya sudah semakin lemah selepas berpindah ke Baghdad (
RUJUK SINI), seringkali dijadikan sandaran oleh kaum LGBT di Malaysia untuk menyerang tubuh badan Nabi Muhammad s.a.w selain untuk menunjukkan betapa figura penting umat Islam itu seorang yang gila seks.
Namun pada hakikatnya, zaman moden ini, perkahwinan bawah umur atau perkahwinan kanak-kanak bukanlah 'hak mutlak' masyarakat Islam sebagaimana yang cuba digambarkan oleh musuh Islam.
GLOBAL CITIZEN melaporkan di Amerika Syarikat sahaja antara 2010 sehingga 2014, seramai 78,400 orang kanak-kanak telah dinikahi. (
RUJUK SINI)
Ironinya, musuh-musuh Islam yang mahu menyerang Nabi Muhammad s.a.w menerusi amalan phedophilia, tidak pula memetik fakta dan data zaman moden yang melibatkan negara pujaan mereka.
Bahkan perkahwinan bawah umur kalau mengikut agama, INDIA DAN HINDU memiliki jumlah pengantin kanak-kanak paling ramai di dunia. (
RUJUK SINI)
Umat Islam di Malaysia dikawal selia oleh jabatan-jabatan agama termasuklah pejabat kadhi dan sebagainya, justeru sebarang urusan perkahwinan dan nikah cerai atau lebih tepat lagi, munakahat terutama sekali melibatkan bawah umur, bukanlah boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Apatah lagi perkahwinan berkenaan didaftarkan dan dibuat secara rasmi.
Dan Islam bukan satu-satunya masalah yang patut dikecam kerana perkahwinan kanak-kanak, sebaliknya agama Kristian juga membenarkan perkahwinan dan hubungan seksual dengan kanak-kanak. (
RUJUK SINI)
Justeru apabila ada golongan yang melabelkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai penjenayah seksual hanya kerana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yang mengalami masalah ingatan pada usia tuanya dan pada ketika riwayatnya sudah tidak terpakai lagi, mereka sebenarnya bukan mencari keadilan seperti yang cuba digambarkan, sebaliknya sengaja mencari susuk-susuk dan ruang untuk menghina Islam walaupun pada masa yang sama, kaum dan agama mereka sendiri jauh lebih teruk amalannya dalam bab perkahwinan bawah umur dan perkahwinan kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment