Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 9, 2019

STATUT ROME: SAIFUDDIN ABDULLAH DAN KERAJAAN PAKATAN PERDAYA DYMM AGONG DAN RAJA-RAJA MELAYU?!!!



STATUT ROME

Tiba-tiba sahaja ungkapan atau istilah ini menjadi sangat penting dan menjadi perhatian seluruh negara.

Apa yang pentingnya STATUT ROME yang telah ditandatangani oleh Menteri Luar, Saifuddin Abdullah pada 4 Mac lalu?

Mengapa sesuatu yang penting dan besar seperti STATUT ROME tidak diuwar-uwarkan kepada umum sedangkan ianya jelas berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah lebih tepat lagi ia berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan orang Melayu serta Bumiputera secara keseluruhannya.

Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan? Apa sebenarnya pembohongan dan pemerdayaan yang telah dibuat oleh Menteri Luar, Saifuddin Abdullah terhadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia?


Jikalau mengikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, bertarikh 4 Mac 2019, KDYMM Yang Di-Pertuan Agong telah dimaklumkam tentang STATUT ROME pada 15 Februari 2019 yang kononnya telah dipersetujui oleh Mesyuarat Kabinet pada 12 Disember 2018.

Maka timbullah persoalan, tidakkah DYMM Yang Di-Pertuan Agong sedar tentang implikasi hasil dari persetujuan baginda itu terutama sekali yang membabitkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan baginda sendiri dalam Perlembagaan.

Adakah DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah diugut, digertak dan diberikan kata dua sepertimana ketika Raja-Raja Melayu diugut oleh Harold McMichael untuk menerima Malayan Union pada tahun 1946 dahulu? Cuma bezanya kali ini penggertak dan pengugut adalah orang Melayu yang mahu menghapuskan institusi raja-raja Melayu bagi membolehkan mereka memperolehi kuasa mutlak menerusi jawatan Presiden.

Tidak mungkin Baginda Agong dan Raja-Raja Melayu lain tidak tahu tentang Statut Rome.

STATUT ROME diperkenalkan pada tahun 1998 oleh ICC atau International Crime Court. Sehingga Mac 2019, lebih kurang 124 negara telah menjadi anggota STATUT ROME dengan ahli barunya adalah Malaysia apabila Saifuddin menandatanganinya pada 4 Mac lalu.


Malaysia adalah salah satu dari 5 negara monarki tapi merupakan satu-satunya negara monarki yang kuasa politik turut diberikan kepada kelompok imigran yang menerima STATUT ROME. Negara-negara monarki satu kaum lain seperti Brunei, Thailand, negara-negara Arab malahan Jepun pun tidak menandatangani STATUT ROME.

Statut Rome akan membawa campurtangan ICC apabila seseorang ketua negara atau angkatan tentera dituduh melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai, pembunuhan sikap manusia berskala besar, jenayah perang dan jenayah keterlaluan.

Statut Rome mudah dimanipulasi apabila pemerintah baru sesebuah negara berkecenderungan memanipulasi atau menipu fakta tentang kerajaan lama bagi menutup jenayah yang dilakukan oleh kerajaan terkini. Contoh yang boleh dilihat adalah pembunuhan Saddam Hussein dan Muamar Ghadafi oleh rejim yang merampas kuasa dan sekarang menyusahkan rakyat negara masing-masing.

Dalam bahasa yang lebih muda ICC dan Statut Rome adalah alat pembalasn dendam atau pembunuhan dan penghapusan yang dihalalkan atas nama undang-undang.

APA KENA MENGENA RAJA-RAJA MELAYU DENGAN STATUT ROME?

Umum mengetahui kecenderungan pihak tertentu di Malaysia yang mahu menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu dan menggantikannya dengan sistem Republik. Biarpun mereka tidak mengaku namun tindak tanduk mereka sangat jelas ke arah itu.

Lebih menyakinkan lagi ialah, TIADA SATU TINDAKAN UNDANG-UNDANG PUN DIAMBIL TERHADAP MEREKA YANG SECARA SENGAJA DAN JELAS MEMERANGI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Kesemua 9 orang Raja-Raja Melayu di negara ini adalah Ketua Tentera. Statut Rome boleh dimanipulasikan menerusi tuduhan melulu seperti mana yang cuba dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming dalam kenyataan terbaharu mereka.



Lim Guan Eng kata, PAS-UMNO bersatu untuk memerangi bukan Islam.

Nga Kor Ming pula kata, penyatuan PAS-UMNO akan membiakkan terorisme dan negara akan jadi Taliban.

Cakap-cakap kedua-dua orang ini sebenarnya cuba meminta agar tindakan diambil oleh badan dunia terhadap orang Islam dan Melayu di Malaysia. Dan tidak susah untuk mereka berbuat begitu kerana akan wujud golongan yang akan menyokong mereka pada bila-bila masa.

Inilah kemungkinan yang dimaksudkan oleh Tengku Mahkota Johor kerana kecenderungan memanipulasikan kebenaran cukup terserlah pada kerajaan  Malaysia yang didominasi oleh DAP.

DALAM BAHASA YANG LEBIH MUDAH FAHAM, STATUT ROME ADALAH CUBAAN TERKINI DAN PALING BERKESAN UNTUK MENGGUGAT PERLEMBAGAAN MALAYSIA terutama yang berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam, orang Melayu dan Bumiputera.

Mungkin atas sebab itulah, Kerajaan Pakatan cuba menyembunyikannya dari pengetahuan rakyat Malaysia terutama sekali membabitkan orang Melayu dan Bumiputera.

BACA JUGA DI SINI UNTUK PENJELASAN LANJUT:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218732947058247&id=1336574914

2 comments:

Anonymous said...

Askar Melayu DiRaja , Polis DiRaja Malaysia...PM , Menteri- menteri Melayu....Tengok sikit... Ketenteraman Negara harus di JAGA !

Anonymous said...

Mana si 'chini pekan pahang' tu?Ni salah najib juga ke?

 
Blogger Templates