Ada tajuk berita yang mengatakan, dia akan menjadi Perdana Menteri yang menjaga Islam (Utusan, 16 Mei 2019). Ada juga berita yang mengatakan, tarikh perlantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 sedang dibincangkan (Berita Harian, 15 Mei 2019). Malah dari mulut Anwar Ibrahim sendiri, dia yakin dan sangat optimis, dia akan dilantik sebagai Perdana Menteri (14 Februari 2019). Paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim menyatakan, isu peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri telah pun selesai (Astro Awani, 5 April 2019). Semasa berkempen di Rantau untuk PRK DUN Rantau yang akhirnya menyaksikan Mohammad Hassan memenangi kerusi DUN tersebut dengan pertambahan undi yang lebih besar, Anwar Ibrahim berkata, dia tidak akan mengabaikan Rantau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri (Utusan, 11 April 2019).
Pendek kata, apa sahaja kenyataan kepada media yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah berkenaan jawatan Perdana Menteri yang terlalu ingin disandangnya.
Biarpun kejatuhan tersebut merupakan manifestasi kebencian terhadap amalan Kronisme, Korupsi dan Nepotisme yang menjadi amalan Dr. Mahathir, namun campurtangan Anwar Ibrahim dengan IMF dan Bank Dunia mempercepatkan dan menjadikan keadaan bertambah parah sehingga Mahathir hilang kawalan sepenuhnya, mengakibatkan Anwar Ibrahim 'direhatkan' daripada jawatan Menteri Kewangan dan Mahathir terpaksa menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
Selepas Abdullah Badawi 'terpedaya' dan mengeluarkan Anwar dari penjara tanpa sempat Anwar menjalani hukuman penjara untuk kesalahan penyalahgunaan kuasa selama 6 tahun lagi pada tahun 2004, Anwar terus berhubung dengan kawan-kawannya di luar negara sebagai persediaan untuk menjadi Perdana Menteri sebaik-baik sahaja tempoh 'berkurungnya' selaku bekas banduan berakhir. Dan tidak lama selepas itu, mengumumkan dia sudah punya cukup 'jumlah kerusi' dan mendesak agar Abdullah Badawi mengadakan sidang Dewan Rakyat Khas untuknya mengusulkan undi tidak percaya kepada Abdullah Badawi sekaligus menggulingkan Abdullah Badawi. (RUJUK SINI)
Tony Cartalucci, penyelidik di New Eastern Outlook, mendedahkan pada 2015, bahawa:
“Anwar Ibrahim mempunyai hubungan yang sangat erat dengan Washington dan Wall Street. Membuktikan kenyataan ini, kumpulan Bersih misalnya menerima pembiayaan yang cukup mewah dari National Endowment for Democracy (NED) dan sayap-sayapnya.”Bukan sahaja itu, malah Anwar juga secara persendirian, seringkali hadir ke majlis-majlis NED di Washington.” (RUJUK: https://journal-neo.org/2015/03/12/malaysia-more-to-anwar-ibrahim-than-meets-the-eye/)
Kenyataan Cartalucci ini, diakui oleh NED itu sendiri.
Dalam sebuah siaran media pada tahun 2007, NED mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim sebagai panelis bagi sesi bertajuk “The Legacy of Westminster: Democracy Assistance Since the Founding of NED and the Challenges Ahead“, dalam sebuah majlis NED bergelar “2007 Democracy Award“. (RUJUK: http://www.ned.org/wp-content/uploads/annualreports/2007/PDFs/NED_AR_NewsEvents07.pdf)
Hal ini diakui oleh CIPE, yang mendedahan dalam laman web mereka, bahawa Anwar Ibrahim merupakan salah seorang daripada 29 panel pembentang untuk organisasi itu (RUJUK: http://www.developmentinstitute.org/presenters/).
Seorang penyelidik prolifik lain, iaitu Nile Bowie, turut berkongsi pandangan yang sama, apabila berkata:
“Apabila Anwar Ibrahim bercakap di pentas ceramah tentang agenda “Malaysia Spring” oleh pihak Pakatan Harapan, itu satu petunjuk bahawa (gerakan “Bersih”) diyakini mempunyai kaitan dengan organisasi yang sama, yang telah merencanakan “Arab Spring” di Asia Barat pada 2011. Organisasi sedemikian beroperasi dengan memanipulasi rakyat teramai yang pasif.
Di samping itu, mereka (NED) mengeksplotasi masalah domestik yang berlaku, demi mencetuskan kemarahan rakyat dan seterusnya mewujudkan tekanan bagi menumbangkan sesebuah kerajaan.” (RUJUK: https://www.globalresearch.ca/towards-a-colored-revolution-in-malaysia-us-and-pro-israel-foundations-channel-support-to-pakatan-rakyat-opposition/5305869)
Apa sebenarnya fungsi dan aktiviti sebenar NED?
“Apabila NED berkata bahawa mereka mempromosikan demokrasi…hakikatnya “demokasi” itu hanya kiasan bagi mengaburi operasi sebenar mereka, iaitu membiayai partipolitik tertentu di sesebuah negara.
“Dalam bahasa mudahnya, NED berperanan mengukuhkan pihak-pihak pembangkang (di negara yang mana kerajaan mereka tidak tunduk kepada Amerika Syarikat) seperti Venezuela.
“Dalam kes tertentu, NED juga membiayai mana-mana rejim yang patuh kepada Amerika Syarikat, bagi menguatkan rejim itu daripada ditumbangkan oleh kuasa yang anti-Amerika.” (RUJUK: https://nilebowie.blogspot.com/2013/04/understanding-us-funding-to-malaysian.html)
Allen Weinstein, iaitu Presiden NED yang pertama, membuat pendedahan berikut:
“Apa yang kami di NED lakukan sekarang, telah pun dilakukan oleh CIA 25 tahun dahulu” (RUJUK: https://www.washingtonpost.com/archive/opinions/1991/09/22/innocence-abroad-the-new-world-of-spyless-coups/92bb989a-de6e-4bb8-99b9-462c76b59a16/?utm_term=.1f9f249f8ceb) dan itu merupakan bukti bahawa NED hanyalah perkakasan yang digunakan CIA bagi melestarikan penjarahan kuasa Amerika Syarikat (AS).
“Kaum Yahudi memerintah dunia melalui proksi. Mereka merekrut pihak lain supaya berperang dan mati demi kepentingan mereka.”
“Mereka mencipta ideologi sosialisme, komunisme, hak asasi dan demokrasi, agar memastikan bahawa sebarang usaha untuk menghukum kaum mereka tidak berjaya dilakukan, dan mereka akan memperoleh hak yang sama dengan bangsa lain.”
“Dengan langkah itu, mereka akhirnya berjaya menguasai negara paling berkuasa di dunia (Amerika Syarikat), dan kaum yang kecil bilangannya ini, sekarang telah menjadi kuasa dunia.” (RUJUK: https://www.washingtonpost.com/news/worldviews/wp/2016/06/27/former-asian-leader-wont-stop-claiming-jews-rule-the-world/?utm_term=.daf0dcdf8fa5)
“Kamu dan saya, kita semua tahu bahawa Israel dan Amerika Syarikat bergerak seiringan. Sebarang kritikan (terhadap Israel dan Yahudi) hanya akan mengundang si pengkritik dilabel sebagai anti-semitik…penduduk di AS kini dalam ketakutan (dilabel anti-semitik), kerana pelobi Israel sangat berkuasa di negara itu…” (RUJUK: https://www.theguardian.com/world/2002/apr/29/comment)Pelobi Israel yang disebut oleh Desmond Tutu ini ialah kumpulan “Neoconservative” atau singkatannya “neocons“.
Mereka ini adalah perencana kepada gerakan menumbangkan rejim di serata muka bumi, dari benua Amerika Latin sehinggalah ke Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Justeru apabila Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan belakangnya pula ada sokongan NED, ianya benar-benar menimbulkan kesangsian. Di sebalik pelbagai janji lunak Anwar Ibrahim untuk menjaga negara, umat Islam, agama Islam, bahkan seluruh rakyat Malaysia tanpa dia memperincikan rancangan besarnya untuk menyelamatkan negara, timbul persoalan, adakah Anwar Ibrahim sebenarnya sedang mengugut Dr. Mahathir agar segera menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepadanya agar apa yang berlaku kepada Saddam Hussein di Iraq, tidak berlaku kepada Dr. Mahathir.
“Walaupun kini neocons terbukti bertanggungjawab terhadap kejatuhan rejim (Saddam Hussien) di Iraq… Namun cukup sedikit pendedahan yang dibuat mengenai (gerakan itu) serta matlamat utama neocons untuk mengukuhkan keselamatan Israel.” (RUJUK: https://ifamericaknew.org/us_ints/neocons.html)
2 comments:
Yang Kurang Akal Saja Yg Sokong Dia
Yg Terencat Akal
Post a Comment