Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, May 30, 2019

SEJAK KALAH JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN, RAFIZI BERTUKAR JADI ORANG BERAGAMA, TERUTAMA BILA DITANYA TENTANG FORMULA MINYAK DAN TARIF ELEKTRIKNYA!!!



Kesian Rafizi Ramli... bintangnya yang dahulu terang benderang, menjadi suram dan kurang bercahaya selepas dia kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR di tangan Azmin Ali walaupun pada masa yang sama, dia mendapat sokongan yang sangat kuat daripada Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai Presiden Parti.

Rafizi Ramli sebelum ini berjaya 'dibebaskan' apabila Mahkamah Rayuan sekadar mengenakan bon berkelakuan baik selama 2 tahun dengan cagaran RM10,000 pada 1 Jun 2018 setelah Mahkamah Tinggi sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadapnya atas kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 (RUJUK SINI).

Pada Februari 2019, Rafizi sekali lagi dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan membuat tohmahan dan menyiarkan fitnah terhadap Tabung Haji. Pembebasan-pembebasan Rafizi dari mahkamah membuatkan Rafizi bercakap besar kononnya dia tidak bersalah walaupun Rafizi bukanlah satu-satunya pemimpin Pakatan yang dibebaskan oleh mahkamah selepas kemenangan Pakatan pada 9 Mei 2018 dan selepas Tommy Thomas diangkat menjadi Peguam Negara.



Kebelakangan ini, Rafizi Ramli kembali aktif menonjolkan diri walaupun tidak lagi bersungguh-sungguh mendedahkan kepincangan pentadbiran dan pengurusan negara sepertimana yang berlaku ketika PKR masih lagi pembangkang.

Namun berbeza dari sebelum PRU-14, Rafizi kini berhadapan dengan situasi yang sama sekali berbeza. Walaupun ramai yang telah kena blok dan dihalang daripada memasuki page FB peribadinya, begitu juga di Twitter, namun ramai pula netizen yang masuk dan menghentamnya.




Dan sudah pastilah, antara isu utama yang menjadikan Rafizi sebagai sasaran adalah isu kenaikan tarif elektrik dan harga petrol. Hampir kesemuanya bertanya, apa yang sudah terjadi kepada formula-formula hebat Rafizi Ramli untuk menurunkan harga kedua-duanya selain penurunan harga barangan keperluan.

Seperti biasa dan sama seperti pemimpin Pakatan yang lain, Rafizi tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pengkomen-pengkomen di dalam FB peribadinya, sebaliknya Rafizi mula merapu-rapu tentang kerjasama UMNO dan PAS selain menyalahkan para penyokong UMNO dan PAS yang menurutnya masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan kedua-dua parti tersebut dalam PRU-14 lalu.


Semua yang memberikan komen negatif terhadapnya dipanggil sebagai MACAI UMNO-PAS walaupun hakikatnya sebahagian besar adalah penyokong dan pengundi Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu. Lebih tepat lagi, pengundi kali pertama yang termakan hasutan dan fitnah yang dibuat oleh Rafizi serta Pakatan Harapan untuk memenangi PRU-14.

Namun sesuatu yang menarik, dalam status terbaharunya, Rafizi tiba-tiba bercakap tentang PAHALA DAN DOSA. Rafizi bercakap tentang kebaikan dan keburukan. Dan lebih menarik lagi ialah bila Rafizi bercakap tentang KEBENARAN dan FITNAH.

Tiba-tiba sahaja Rafizi jadi seorang yang beragama! Barangkali semangat Ramadhan tahun ini.


Sama seperti dia cuba menyedarkan para pengkomen di status Facebooknya bahawa para pemimpin politik atasan, walaupun kelihatan bermusuh sesama sendiri, tetapi di belakang, mereka bekerjasama dan berbincang untuk berkongsi kuasa.

Dan samalah seperti dia membangga-banggakan INVOKEnya sebagai salah satu pemangkin kemenangan Pakatan Harapan dalam menyedarkan pengundi tentang kepincangan Barisan Nasional, tetapi apabila ditanya oleh para pengkomen, mengapa INVOKE gagal membantunya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi terpaksa menuduh yang pengkomen-pengkomen tersebut adalah MACAI-MACAI UMNO-PAS yang masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan.








1 comment:

Anonymous said...

Dah jadi Lebai Malang....kok....

 
Blogger Templates