Lim Kit Siang kembali lagi dengan idea RCInya. Walaupun dia langsung tidak menyentuh atau mendesak agar diadakan RCI bagi kes anaknya yang dibebaskan daripada perbicaraan oleh Peguam Negara, tetapi Lim Kit Siang kelihatan cukup garang dan cukup yakin dengan RCI bagi menyiasat apa yang dipanggilnya sebagai 'Week of the Long Knives Operation."
Supremo DAP itu beranggapan, RCI tersebut boleh menebus malunya setelah dia lari dari perdebatan dengan Najib Abdul Razak walaupun dia yang mencabar, dia yang menetapkan tajuk dan dia yang menetapkan bahasa yang akan digunakan dalam perdebatan itu. Lim Kit Siang memberi alasan, kononnya dia menarik diri bagi mengelakkan konflik antara orang Melayu dan Cina, walaupun sebenarnya bukanlah rahsia yang Lim Kit Siang sebenarnya terlalu takut Najib akan menyentuh skandal-skandal melibatkan anaknya, Lim Guan Eng.
Persoalannya, apakah Lim Kit Siang tahu apa yang akan berlaku seandainya RCI tersebut diwujudkan dan peristiwa 28 Julai 2015 akan disebut?
Menurut Raja Petra Kamaruddin menerusi blognya, Malaysia-Today, perkara pertama yang akan ditemui oleh RCI itu nanti adalah mesyuarat dan pertemuan beberapa orang 'Tan Sri' termasuklah yang merupakan orang besar dalam SPRM dengan Clare Rewcastle-Brown yang memiliki Sarawak Report di Hyde Park, London di mana beberapa dokumen 'RAHSIA' diserahkan kepadanya.
Malahan Clare telah membuat laporan kepada London Metro Police, sekaligus mengesahkan pertemuan tersebut sepertimana yang ditulisnya dalam Sarawak Report.
Kalau nak diikut-ikutkan, itu adalah kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) Malaysia, malahan di United Kingdom juga, ia juga merupakan satu kesalahan di bawah akta yang sama. Sekaligus menyebabkan, ada seseorang yang perlu masuk penjara dan sudah tentulah bukannya Najib.
RCI kemudian akan mendapati dokumen bocor Peguam Negara (yang dipanggil 'kertas siasatan' berkenaan apa yang mereka yang mereka dakwa sebagai 'rancangan penangkapan Najib'. Kononnya, kalau Najib tidak meletak jawatab pada 29 Julai 2015, mereka akan memberkas dan mendakwanya atas tuduhan mencuri RM42 bilion wang 1MDB.
'Kertas Siasatan' tersebut akhirnya disahkan palsu walaupun pada peringkat awal, mereka beria-ia mendakwanya sebagai tulen dan sah.
Lebih malang lagi, RCI itu juga akan mendapati Special Task Force yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB pada awal 2015 adalah tidak sah.
Justeru menurut RPK, Kit Siang perlu terus mendesak agar RCI itu diadakan bagi menyiasat 'Week of the Long Knieve Operation'. Biarkan RCI menemui jenayah yang telah dilakukan pada Julai 2015. Sekaligus akan memenjarkan orang lain berbanding Najib.
Lim Kit Siang mungkin tidak sedar, desakannya itu sebenarnya lebih kepada membunuh diri sendiri. Mungkin anaknya, Lim Guan Eng dilihat terlalu berkuasa sehingga boleh membuli Mahathir dan menteri-menteri Melayu Pakatan, tetapi apabila RCI ditubuhkan untuk menyiasat kes 28 Julai 2015 itu, Lim Guan Eng bukan sahaja bakal kehilangan jawatan, malahan bakal juga berhadapan dengan mahkamah untuk skandal-skandal penyelewengannya.
Namun, sebenarnya ramai yang percaya, Lim Kit Siang bukannya bersungguh-sungguh. Dia dan anaknya, sama iaitu jenis pembuli. Kalau mereka dilawan dan dicabar balik, baik Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng akan menggunakan taktik cuba meraih simpati sepertimana yang pernah dilakukan oleh Lim Guan Eng ketika merayu bantuan daripada Najib untuk banjir di Pulau Pinang tidak lama dahulu apabila satu dunia dapat melihat dia memaksa-maksa air matanya agar keluar.
No comments:
Post a Comment