April 2017, Malaysia telah diletakkan negara yang didakwa melakukan penipuan perdagangan. Negara lain yang turut disenaraikan adalah Negara China. Sedar sekiranya tuduhan tersebut tidak dilenyapkan dan diatasi, Malaysia bakal menghadapi sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat. Sekaligus akan menyebabkan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat akan dikenakan tarif yang tinggi seperti mana yang berlaku kepada China. Beratus ribu pekerjaan rakyat Malaysia akan terjejas. Namun yang paling parah, ekonomi Malaysia akan parah.
Amerika Syarikat merupakan negara pelabur ketiga terbesar di Malaysia.
Justeru pada September 2017, Najib Abdul Razak mengetuai rombongan Malaysia mengunjungi Presiden Trump di Amerika Syarikat dalam misi 'memujuk' Amerika Syarikat. Najib ketika pertemuan dengan Trump berkata, Malaysia akan melabur di negara tersebut dan membeli lebih banyak produk Amerika Syarikat terutama sekali pesawat-pesawat buatan Boeing untuk Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Tetapi pada masa itu, Najib bukan sahaja dikritik, malah dia dikecam dan dituduh kononnya dia mahu merasuah Trump bagi kes DOJ walaupun Najib baru sahaja menyelamatkan Malaysia daripada berhadapan dengan bencana ekonomi.
Amerika Syarikat membuat tuduhan tersebut setelah mendapati semenjak tahun 1990-an lagi, berlaku defisit tinggi antara Amerika Syarikat dengan Malaysia. Lebih tepat lagi, nilai eksport Malaysia ke Amerika Syarikat jauh lebih tinggi berbanding import Malaysia dari Amerika Syarikat.
Pertemuan Najib dengan Trump antara lain adalah untuk menjelaskan kepada Presiden Amerika Syarikat itu bahawa Malaysia juga banyak membeli dan melabur di Amerika Syarikat, sekaligus menolak tuduhan yang Malaysia adalah penipu perdagangan.
Kes selesai. Malaysia dikeluarkan dari senarai yang boleh menjahanamkan negara ini.
Namun pada 29 Mei 2019, Malaysia dimasukkan lagi dalam pemerhatian ketat sebagai pemanipulasi matawang USA. Tindakan yang sama pernah dilakukan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia pada tahun 1998 yang menyaksikan Malaysia akhirnya terjerumus dalam krisis ekonomi dan matawang yang paling teruk.
Di sebalik pelbagai penafian, akhirnya Mahathir mengakui Bank Negara Malaysia pada zaman pentadbirannya itu menjalankan perjudian matawang dan telah mengalami kerugian lebih RM30 bilion walaupun banyak laporan yang mengatakan kerugian yang dialami oleh BNM akibat kegiatan judi Forex lebih dari RM100 bilion.
1 - Current account surplus 2% dari GDP .
2 - Selalu buat market intervention .
3 - Trade surplus dengan US .
Reaksi Menteri Kewangan Malaysia yang perasan dia lebih pandai dari orang lain walaupun dia sebenarnya tidak pandai mana pun, kecuali dalam hal menjual tanah dan aset, Lim Guan Eng, membuatkan ramai yang tersengih.
Lim Guan Eng dalam satu kenyataannya yang dipetik oleh sebuah akhbar berbahasa Cina berkata, pemantauan ketat oleh Amerika Syarikat ke atas Ringgit Malaysia membuktikan matawang Malaysia itu telah memberikan persaingan yang kuat.
Hakikatnya, disenaraikan di dalam pemerhatian ketat (scrutinity watch) sebagai pemanipulasi matawang Amerika Syarikat bukanlah satu pengukur kekukuhan ekonomi. Sebaliknya satu bencana yang bakal melanda!
Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan lain pula berkata, "Malaysia tersenarai dalam senarai pemantauan oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia."
Dengan ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada perdagangan, bagaimana Bank Negara Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti.
Sekiranya Amerika Syarikat sudah meletakkan Malaysia di bawah pemerhatian ketat, ini bermakna Malaysia telah dianggap sebagai ancaman dan mendatangkan masalah kepada perdagangan matawang mereka. Amerika Syarikat mendakwa Malayisa melakukan perdagangan matawang yang tidak adil demi kepentingan sendiri.
Sekarang Malaysia disenaraikan di bawah permerhatian ketat Manipulasi Matawang USA. Menurut Perbendaharaan USA, Malaysia disenaraikan adalah berikutan lebihan dagangan dengan USA sebanyak ASD27 bilion tahun lepas di samping melakukan intervensi atau campurtangan ke atas matawangnya melalui jual beli matawang bagi menyelamatkan kejatuhan nilai ringgit.
Apa yang dimaksudkan dengan intervensi ke atas matawangnya?
Sebelum ini kriterianya adalah 3% dari GDP. Amerika Syarikat bagaimanapun telah menurunkan dari 3% ke 2%. Dengan kata lain, Amerika Syarikat mengetatkan lagi kriteria tersebut.
Seandainya negara berkenaan adalah net exporter, akaun semasa negara tersebut tidak boleh lebih dari 2% berbanding GDP atau KDNK. Bagaimanakah caranya hendak kurangkan surplus akaun semasa itu?
Negara berkenaan kena tingkatkan lagi import agar surplus akaun semasanya jadi rendah dari 2%. Bila negara hendak import, negara perlu guna USD dalam akaun semasa itu. Jadi, berkuranglah surplus akaun semasa negara tersebut.
USA tuduh negara yang masuk dalam pengawasan ini telah memanipulasi matawang untuk kepentingan sendiri. USA merasakan negara-negara yang disenaraikan Jabatan Perbendaharaannya itu telah memanipulasi matawang masing-masing dan menganggap, negara-negara berkenaan telah mengambil kesempatan ke atas Amerika Syarikat.
Itulah maksudnya intervensi pasaran.
Jika US bertindak mengenakan tarif yang tinggi kepada Malaysia seperti mana ianya dikenakan kepada China (China juga diletakkan di dalam senarai yg sama) kemungkinan nilai export Malaysia ke US akan susut jatuh. US adalah negara dagangan ketiga terbesar di Malaysia. Bukankah ini memberi tekanan kepada negara?
Dilabelkan sebagai pemanipulasi matawang mungkin tidak dikenakan penalti secara serta-merta tetapi ianya boleh menjejaskan pasaran kewangan. Namun yang pastinya, sebaik-baik sahaja disenaraikan sebagai pemanipulator, Ringgit Malaysia terus menjunam!
Ia sepatutnya sebagai satu peringatan kepada negara supaya mengambil langkah berjaga2 supaya mempunyai strategi yg bijak bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk.
Kalau si lembap Nobita ni tak faham langsung apa itu Currency Manipulator watchlist, nampaknya memang tak ada strategi bijak langsung lah.
Semua negara tak suka diletakkan di bawah senarai pemerhatian ini. Mereka akan cuba untuk berbincang dengan US ttg perkara ini.
Bukan mcm Menteri Malaysia,
cakap bangga macam orang bodoh.
Memalukan.
Inilah nasib Malaysia ada Menteri Kewangan otak macam 🐷🐒💩
Kredit ; Hilary Lim
Currency Manipulation
http://www.americanautocouncil.org/currency-manipulation-101
https://www.cnbc.com/…/us-puts-9-nations-including-china-un…
https://www.channelnewsasia.com/…/singapore-malaysia-curren…
https://www.thestar.com.my/…/malaysias-inclusion-in-us-wat…/
1 comment:
Tahniah pH and macai's too..menjelang Aifilfitri bukan setakat kena kencing tol saja tak dihapus pakage pemimpin bodoh mendapat sekali..
video nya kat bawah sanun..
Quote fr mat sabu
"elephant fight together.. grass dying in the middle.." suddently he pick up Singapore Prime Minister name..OMG..!!
I have always been proud of Malaysia and how Malaysians interact on an international platform but that video tells me something is either really wrong with our education system or Fake Degree we are just too stupid that we can be led by Ministers of this standard. Poor us...!
kikikiki...Besar sungguh pengaruh filem Avengers dlm kerajan PH...Mat Sabu
"Saya terpaksa berlawan dengan kuasa-kuasa besar dengan cara soft way and hard way. Perasan Avengers le tu."
Pada hal bunyi macam soft porn and hardcore saja...kikikiki
haahh tepukkk...!!
video link ucapan menteri pertahanan mat sabu
https://youtu.be/iz9pBXGc4-I
Post a Comment