Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, June 10, 2019

WALAUPUN UMNO DAH TERKANGKANG, PARA PEMIMPINNYA MASIH LAGI PERASAN, MEREKA DALAM KEADAAN SELESA!!!



Sebenarnya, kalau dihitung-hitungkan, PRU-15 sudah tidak lama lagi. Walaupun perkataan '4 tahun lagi' itu kedengaran seperti panjang, namun hakikatnya tempoh untuk mengadakan PRU-15 bagi mendapatkan mandat untuk kerajaan berkuasa, sudah tidak lama. Dari tarikh 9 Mei 2018 kebanyakan pekerja-pekerja parti politik bertungkus lumus untuk mengubah keputusan pada PRU-15 lagi.

Para pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali membabitkan DAP dan PKR, dari hari pertama keputusan PRU-14 diumumkan, terus bekerja keras untuk mengekalkan rentak kemenangan dan penguasaan mereka ke atas Putrajaya. Manakala PPBM pula menerusi Dr. Mahathir dan Syed Saddiq yang mewakili kaum muda, terus berpolitik untuk mewujudkan persepsi tercemar ke atas UMNO dan para pemimpinnya.

Begitu juga dengan PAS. PAS kelihatan lebih bersemangat untuk kembali ke persada utama arus politik tanahair selepas mengalami pelbagai gejolak, konflik serta pemimpin-pemimpin kanan yang keluar parti untuk menyertai PAN - serpihan PAS yang diwujudkan oleh DAP ketika cuba menguasai PAS untuk memastikan PAS kekal menjadi organisasi sayap DAP demi undi Melayu-Islam.

Di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO, hanya beberapa kerat sahaja yang kelihatan sedar dan insaf bahawa UMNO perlu digerakkan dan diperjuangkan kembali untuk mendapatkan kepercayaan para pengundi. Sebahagian besar yang lain, masih terus bergantung kepada kepercayaan karut kononnya, rakyat yang sudah sedar dengan pembohongan, penipuan dan pemerdayaan Pakatan Harapan akan kembali memilih UMNO dan Barisan Nasional tanpa mereka berbuat apa-apa.


Tidak ramai pemimpin UMNO yang mahu tampil ke hadapan untuk menangkis apatah lagi menyerang Pakatan Harapan. Kalau ada pun yang kelihatan aktif, hanyalah pemimpin-pemimpin seperti Najib Abdul Razak, Zahid Hamidi, Tok Mat Hassan, Asyraf Wajdi, Ahmad Maslan, Fuad Zarkashi dan beberapa orang yang lain.

Sebaliknya, MCA pula kelihatan bertungkus-lumus cuba memenangi kepercayaan masyarakat pengundi Cina menerusi pembabitan aktif Wee Ka Siong, Nicole Wong Siaw Ting dan Chong Sin Woon dalam isu-isu yang membabitkan masyarakat dan kepentingan Cina sama ada di media-media sosial, mahupun media-media cetak berbahasa Cina.

Terlalu banyak isu yang membabitkan kepentingan rakyat sekarang ini. Namun kebanyakan pemimpin UMNO memilih untuk mendiamkan diri dan sekadar menjadi pemerhati atau sekadar bercakap sepintas lalu seolah-olah mereka tidak ada idea, tiada kesedaran atau masih berasakan mereka berada dalam blok kerajaan.

Serangan-serangan bertali arus bagi mendapatkan kepercayaan rakyat dan pengundi sepertimana yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Guan Eng, Azmin Ali, Nurul Izzah, Mahathir, P.Ramasamy dan sebagainya sebelum berkuasa dahulu, langsung tidak kelihatan di dalam UMNO. UMNO yang telah memegang tampuk pentadbiran negara selama lebih 60 tahun dilihat seperti tidak bermaya dan masih terkapai-kapai untuk terus hidup atas belas ihsan Mahathir selaku Perdana Menteri dan orang yang paling berkuasa di Malaysia.

UMNO mempunyai pelbagai cabang dan peringkat. Dari Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Ketua Sayap sehinggalah ke Majlis Tertinggi. Namun nampaknya kesemua peringkat tersebut kekal bising hanya pada waktu pemilihan atau semasa pilihanraya. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan peruntukan dan kewangan!


Sampai bila sebenarnya UMNO nak sedar bahawa mereka perlu bekerja keras mendapatkan kepercayaan rakyat semula?

Penyokong UMNO yang terus aktif menangkis, menyerang dan menjawab setiap isu di media-media sosial, tidak boleh dijadikan sebagai ukuran atau pergantungan kerana kebanyakan penyokong baik yang ahli mahupun bukan ahli, bergerak atas kesedaran, bukan atas jawatan apatah lagi sebagai amanah yang dipikul. Sepatutnya mereka yang bergantung kepada para pemimpin UMNO, bukan pemimpin UMNO yang bergantung kepada mereka, berlagak seperti taukeh besar atau tuan besar yang kemudian segera tampil menonjolkan diri kononnya merekalah yang memperjuangkan sesuatu isu. Sepatutnya yang bergelar PEMIMPIN UMNO itulah yang mencipta isu, bukannya mengikut isu yang dicipta oleh penyokong. Malah sepatutnya, para PEMIMPIN UMNO itulah yang segera tampil ke hadapan apabila sesuatu isu muncul.

Mana Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang sangat sibuk mengatur orang dan bijak mengatur strategi, bahkan sanggup mengeluarkan pelaburan yang sangat besar semasa pemilihan parti? Mana bakal-bakal calon yang bijak berpolitik dan menonjolkan diri dengan pelbagai isu apabila cuba mendapatkan kepercayaan daripada para pengundi dan pucuk pimpinan agar mereka dipilih sebagai calon? Mana Ketua-Ketua Cawangan yang megah dapat bermesyuarat atau bertemu Ketua Bahagian? Dan mana pula Ketua-Ketua Sayap mahupun Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang cukup meriah dan megah ketika pemilihan?


Adakah mereka semuanya sudah hilang fungsi?

Atau ada di kalangan mereka yang masih meratap dan berzikirkan, 'SEMUA SALAH NAJIB UMNO HILANG KUASA?' tanpa mereka sendiri tahu apa yang perlu dilakukan selain terus menjadi golongan yang menerima takdir?

Dan kalau itulah yang berlaku, ada baiknya kalau mereka meletakkan jawatan secara beramai-ramai kerana ada mereka pun tidak menguntungkan, pergi mereka pun tidak ditangisi!

Setakat menunjukkan muka dan kalut menemankan Najib Abdul Razak setiap kali dia ada program BOSSKU, itu hanya menjadi bahan cemuhan akar umbi sahaja memandangkan selepas Najib Abdul Razak kembali semula ke Kuala Lumpur atau ke Pekan, para pemimpin UMNO berkenaan turut hilang dan sukar dijejaki!


2 comments:

megat panjialam said...



Hakikatnya, sementara tsunami anak muda yg bergabung dgn arus penolakan oleh kaum Cina dan India dikatakan menjadi punca BN tewas dlm PRU-14 tetapi kelemahan dalaman juga perlu diperbaiki segera.

Tidak dinafikan sumbangan golongan tua atau veteran dlm UMNO. Tetapi tiba masanya utk parti mengetengahkan lebih ba­nyak pemimpin muda bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

UMNO harus berani lakukan perubahan dlm soal ini. Jika parti2 lain sudah lama berbuat demikian kenapakah dlm kalangan sesetengah pemimpin UMNO khususnya di peringkat bahagian sukar sangat utk memberi laluan kpd pemimpin muda?

Kuasa warlord adalah masalah yg sudah boleh dikatakan menjadi ‘barah’ kpd UMNO. Sesetengah ketua bahagian walaupun dah ditolak oleh rakyat masih lagi nak bertanding dlm PRU. Kehadiran pemimpin muda tidak dianggap satu rahmat kpd parti sebaliknya petaka kpd politik peribadi.

Oleh itu, jika ada pemimpin yg dilihat mampu memberi saingan kpd warlord maka mulalah gerakan menamatkan ka­rier politik pemimpin ber­ke­naan dilakukan, biarpun pe­mimpin tersebut disukai rakyat.

Sama ada nak diakui atau tidak, jika kajian mendalam dilakukan, salah satu punca BN khususnya UMNO kalah di sesetengah kawasan kerana terdapat ketua bahagian yg masih mahu menongkat langit.

Anonymous said...

Satu je ko tk tau..apa yg ada di dalam jiwa pengundi umno bn..jangan terlalu yakin..sampai keputusan pru15..nnti jangan terngadah..

 
Blogger Templates