Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 5, 2019

SIRI LIWAT KE-3: MAMPUKAH ANWAR MENGGUNAKAN ALASAN KONSPIRASI DAN FITNAH JAHAT LAGI? MAMPUKAH AZMIN ALI MENANG DENGAN BANTUAN MAHATHIR?!!!



Berselang 10 tahun, kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim kembali kedengaran. Mungkin kes liwat pertama dan kedua ditanggapi dengan hangat memandangkan perbuatan liwat adalah perbuatan taboo, terlarang dan terlaknat. Tetapi apabila berita dan cerita yang sama untuk kali ketiga, ia sebenarnya sudah bertukar menjadi cerita 'budak pengembala kambing dengan serigala.'

Dalam dua kes liwat sebelum ini, Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh ketiga-tiga mahkamah. Malahan peguambelanya yang sekarang ini merupakan pendakwaraya kes SRC Najib Abdul Razak menyatakan, perbuatan liwat kali kedua merupakan perbuatan suka sama suka, sekaligus tidak wujud istilah liwat yang cuba dipersepsikan sebagai rogol.

Malahan Anwar Ibrahim dalam usaha mempertahankan dirinya secara politik telah menfailkan saman qazaf terhadap peguam kanan, Tan Sri Shafee Abdullah yang sekarang ini merupakan ketua pasukan peguambela Najib Razak dalam kes-kes 1MDB dan SRC International. (RUJUK SINI)

Saman qazafnya bagaimanapun ditolak oleh mahkamah tinggi syariah memandangkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Anwar ekoran perbuatan liwat tidak termasuk dalam qazaf. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah kemudiannya menolak aduan Anwar itu berdasarkan Seksyen 76 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor). (RUJUK SINI)




Pendedahan yang dibuat oleh Muhammed Yusoff Rawther yang Anwar Ibrahim menerusi akuan bersumpahnya dan diceritakan secara terperinci, sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Yang luar biasa ialah, kejadian ini berlaku ketika Anwar begitu teruja dan bersungguh-sungguh mendesak agar Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri kepadanya dengan pelbagai alasan, termasuklah alasan, ADA ORANG BERPENDAPAT TAHAP KESABARAN SAYA SEPERTI TUHAN. (RUJUK SINI)


Tekanan untuk Mahathir melepaskan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim semakin memuncak apabila PPBM kalah teruk di PRK Tanjung Piai. Syed Husin Ali menerusi Twitter membuat ciapan dan menyeru agar Mahathir segera sedar diri, sekaligus mempercepatkan perletakan jawatan dan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. (RUJUK SINI)

Anwar Ibrahim bukan sahaja berhadapan dengan 'ancaman' dan 'kegilaan' Mahathir yang enggan melepaskan jawatan kepadanya, walaupun telah berjanji dan seringkali memberitahu Anwar adalah penggantinya, sebaliknya pengancam utama Anwar Ibrahim adalah Azmin Ali yang dilihat lebih selesa dipilih oleh Mahathir sebagai penggantinya.


Namun pendedahan dan penularan video semburit Sandakan Julai 2019, membuatkan kedudukan Azmin yang awalnya dilihat teguh, mulai goyah. Pendedahan demi pendedahan klip video tersebut menerusi media sosial, selain pengakuan Haziq Aziz, turut mengundang Mahathir yang sebelum itu, hanya mendiamkan diri (RUJUK SINI)

Isu video semburit Sandakan tersebut sebenarnya telah lama diperkatakan sebelum ia ditularkan di kalangan netizen. Sudah wujud khabar-khabar angin kononnya Azmin Ali tidak layak menjadi bakal Perdana Menteri kerana masalah moral. Bagaimanapun, Azmin Ali dalam tindak balasnya kepada dakwaan tersebut, menyuruh orang yang menuduhnya tidak bermoral agar mencerminkan muka sendiri. (RUJUK SINI)


Pergeseran antara Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali kerana jawatan Perdana Menteri Ke-8,  bukan lagi rahsia. Azmin Ali dilihat cuba mengumpulkan kekuatan dan sokongan untuk dirinya sendiri menerusi 'pintu belakang' menggunakan UMNO dan PAS. Manakala Anwar Ibrahim pula mengekalkan kekuatannya dengan bantuan penuh DAP.

Pengumuman Presiden dan Setiausaha Agung PAS bahawa PAS akan menyokong Mahathir di Parlimen sekiranya berlaku undi tidak percaya, disusuli pula oleh ikrar beberapa orang Ahli Parlimen UMNO bahawa mereka juga akan menyokong Mahathir, seolah-olah menyemarakkan lagi kegelojohan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Dan di tengah-tengah kegelojohan serta pengaturannya yang dilakukan secara terperinci itulah, sekali lagi kelemahan peribadi Anwar Ibrahim dipergunakan dan Anwar hanya mampu mengulang-ulang yang semua itu hanyalah konspirasi politik dan fitnah jahat yang cuba menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri.




Isu liwat ini sebenanrya adalah re-enactment semula liwat ke-2 tahun 2008. Jalan ceritanya sangat sama. Cuma kali ini Anwar Ibrahim tidak lari ke mana-mana kedutaan asing untuk cuba mendapatkan suaka poltiik. Dan kali ini juga, 'mangsa' tidak membuat laporan polis atau mengemam air mani di dalam duburnya untuk pemeriksaan forensik.

Lain-lain semuanya sama.... yang pasti, bukan jenayah jijik itu yang menjadi tujuk utamanya. Tajuk utamanya adalah kuasa politik dan jawatan Perdana Menteri. Kalau bukan kerana kesungguhan dan ketidaksabaran Anwar Ibrahim mendesak agar dia segera dijadikan Perdana Menteri, kes liwat ini tidak akan terkeluar.


2 comments:

Anonymous said...

muka macam yahudi mabuk....tak kan bg non selera jgk....tak logik langsung....

Anonymous said...

dalang2 wayang akan kecundany juga akhirnya

 
Blogger Templates