Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 6, 2020

1BESTARINET, CONTOH TERBAIK MAHATHIR SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA DEMI KRONINYA!!!



Salah satu punca yang dikatakan mengapa Maszlee Malik dipecat adalah kerana 1BestariNet yang dimiliki oleh YTL. Isu 1BestariNet milik YTL ini bukan baru-baru ini sahaja diperkatakan, malahan seawal 2015 lagi, 1BestariNet telah dipertikaikan kerana banyak sebab dan isu. Cuma agak menarik kerana kalau diperhatikan, DAP LANGSUNG TIDAK SENTUH TENTANG 1BESTARINET dan pemiliknya, tidak sebagaimana Tony Pua dan Lim Guan Eng bersungguh-sungguh dalam isu 1MDB.

15 Mac 2019, hasil dapatan PAC membolehkan beberapa portal termasuklah Sabahkini2 mendedahkan tentang keuntungan besar yang diperolehi oleh 1BestariNet sebanyak 21,350% daripada bayaran bil Internet 30Mbps sebanyak RM19,000 setiap buah sekolah di seluruh negara, menyebabkan kerajaan kerugian besar selama 8 tahun berturut-turut.

Sabahkini2 mendedahkan:


Kerugian besar dalam perbelanjaan yang tidak berpatutan untuk projek substandard rakyat ini bukan hanya menyebabkan kesusahan di pihak kerajaan sejak 8 tahun yang lalu, tetapi juga secara tak langsungnya telah menghapuskan sama sekali industri-industri kecil dan sederhana tempatan dalam bidang pendidikan Malaysia, sekaligus melenyapkan ribuan peluang pekerjaan. Sehingga hari ini, YTL masih terus kekal memonopoli perbekalan rangkaian internet berkelajuan rendah (30Mbps) ini kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.


1Bestarinet berjaya melepasi tapisan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) pada Mac 2015 dan kekal menjadi pembekal rangkaian internet dengan harga yang terlalu tinggi kepada Kementerian Pelajaran, walaupun perkhidmatan perisian e-Pembelajaran tersebut sudah agak ketinggalan zaman.

Baru-baru ini, seorang kakitangan Kementerian telah tampil untuk mendedahkan skandal 1Bestarinet yang mengakibatkan suatu implikasi kewangan yang buruk dan berterusan untuk sekian lama.


Sejak dilantik 2011 siapa boleh menghentikan YTL untuk fasa yang seterusnya? menamatkan mereka bermakna kerajaan perlu membayar pampasan besar. Maka sambung dan terus sambung sejajar dengan perjanjian untuk projek 15 tahun.

Pelaksanaan fasa 1 yang teruk sebenarnya sudah boleh ditamatkan. Bagaimanapun kerana YTL mempunyai 'kabel' yang besar KPM tidak dapat menyingkirkan mereka malah memberi lagi sambungan projek ke fasa seterusnya. Fasa seterusnya YTL lebih bijak dengan memastikan tiada perlanggaran kontrak dalam 1Bestarinet.

Walau bagaimanapun, sekiranya analisis ke atas kos dilakukan dengan betul, hakikatnya benar-benar mengejutkan! Harga yang dikenakan adalah terlalu tinggi serta tidak sepadan dengan perkhidmatan yang diberi. Ia semakin menjadi jelas selepas inventori produk akhir diaudit.


Adalah sangat tidak logik jika difikirkan bagaimana persetujuan boleh dicapai dengan harga yang setinggi itu.

Menurut sumber itu lagi, fasa kedua kontrak itu yang meliputi tempoh antara Jun 2016 hingga Jun 2019, bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan Internet untuk pengguna akhir pada kadar caj sebanyak RM130 sebulan bagi setiap Mbps kepada makmal komputer di sekolah-sekolah. Ini bermakna bahawa pada 6Mbps, setiap sekolah akan dicaj RM782 sebulan, untuk 10Mbps pula setiap sekolah dikenakan caj RM1,304 dan untuk 15Mbps sebanyak RM1,955.


Penetapan harga yang terlalu tinggi ini membolehkan YTL mengaut keuntungan mudah sebanyak RM300 juta setahun, hanya dengan membekalkan perkhidmatan talian internet pada tahap sekadarnya kepada makmal komputer sekolah-sekolah di seluruh negara.

Tidak cukup dengan harga terlalu tinggi (berbanding kadar caj khidmat jalur lebar biasa), sekolah-sekolah terbabit juga dibekalkan dengan khidmat jalur lebar 30Mbps melalui rangkaian khusus, dengan alasan untuk mengekalkan talian agar sentiasa bersambung, pada kadar caj yang amat mahal iaitu RM19,000 sebulan, semata-mata untuk makmal komputer sekolah sahaja.

Perkhidmatan ini sebenarnya boleh diperoleh dengan kos yang jauh lebih rendah iaitu kira-kira RM89 sebulan daripada pembekal yang biasa, YTL jelasnya telah berjaya meyakinkan kementerian untuk menerima model talian khusus dengan syarat tahap perkhidmatan mestilah sentiasa pada kadar 99%, seperti yang biasa ditawarkan oleh syarikat-syarikat pembekal mega yang lain, untuk kegunaan di makmal komputer sekolah yang tidak pun beroperasi 24 jam.

YTL menjana pulangan 21,350% lebih banyak daripada apa yang sepatutnya diperoleh oleh pemain-pemain industri itu bagi jumlah penggunaan yang sama, dan ini sahaja pun sudah membolehkannya mengutip lebihan caj sehingga RM100 juta.

Kontrak fasa ke-2 yang berjumlah lebih daripada RM1.5 bilion untuk tempoh 3 tahun, sentiasa menjadi rahsia yang tersimpan rapi antara YTL dengan Kementerian, dengan bantuan klausa dalam kontrak yang menyatakan bahawa pendedahan tentangnya akan memberi kesan terhadap rahsia negara. Dengan taktik sebegini, tidak hairanlah kontrak yang meragukan ini sentiasa tersimpan kemas daripada pengetahuan umum sejak sekian lama. Menteri Pendidikan Dr Mazlee sudah tentu tidak akan berani mendedahkannya kerana kes YTL bermula di zaman Tan Sri Muhyiddin lagi. Mereka menggelar projek ini projek 'Anak menantu'.

Walaupun sentiasa dikritik kerana perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi sambungannya, YTL sentiasa mempertahankan 1Bestarinet dengan mengatakan bahawa platform e-Pembelajaran yang disediakan oleh syarikat itu adalah berfaedah kepada guru dan pelajar, dan sekiranya ia dibatalkan, maka seluruh sistem pendidikan akan runtuh bersama.

Untuk platform e-Pembelajaran yang dinamakan Frog Virtual Learning (VLE) ini, Kementerian membayar RM1,668 sebulan untuk setiap sekolah dan institut perguruan, yang berjumlah 10,556 buah semuanya. Daripada jumlah itu, lebih kurang 2,000 buah sekolah adalah sekolah terpencil yang memerlukan satu lagi program tambahan yang dipanggil Frog Aparatus, melibatkan tambahan kos sebanyak RM450 sebulan hanya disebabkan terpaksa menggunakan sistem VSat dan bukannya 'wireless tower' seperti yang lain.


Komponen Frog VLE ini sahaja, sudah menyebabkan kerajaan untuk membelanjakan lebih daripada RM650 juta, semata-mata ke atas sesuatu yang jarang sekali digunakan oleh pelajar dan tidak pun diketahui oleh kebanyakan ibu bapa.

Apabila audit dijalankan, terdapat banyak penemuan menakjubkan mengenainya. Di sinilah terbongkarnya angka-angka yang mengejutkan.

Selepas 8 tahun beroperasi, projek Frog VLE yang merupakan portal web dalam talian sepenuh masa yang membekalkan pelajar dengan 828 buku PDF, yang mana 576 daripadanya adalah koleksi percuma buku teks daripada Kementerian Pelajaran dan Projek Awam Percuma Gutenberg. Selebihnya adalah tawaran semasa yang ada di pasaran di mana pelajar perlu pula membayar caj tambahan untuk mendapatkan buku dalam talian.

Ianya bertambah menarik, lebih-lebih lagi apabila Frog VLE secara berterusan mendakwa bahawa mereka memberikan khidmat pendidikan bertaraf dunia berdasarkan pada jumlah video pendidikan yang disediakan. Benar, memang terdapat 6,785 video yang disediakan, namun semuanya adalah daripada koleksi yang memang percuma termasuklah daripada EduNation and Khan Academy.

Hakikat yang sememangnya tidak boleh diterima adalah bahawasanya video-video ini disediakan sebagai halaman khusus dengan pautan dari Google Youtube. Dengan kata lain, bahawa perkhidmatan ini sememangnya boleh didapati dengan percuma oleh sesiapa pun, namun YTL telah berjaya mengenakan caj langganan yang keterlaluan terhadap Kementerian Pendidikan menerusi pakej bermuslihat yang dipanggil Frog VLE.

Frog VLE juga menyediakan alat penulisan yang membolehkan guru untuk memberi galakan kepada pelajar untuk menulis dalam bentuk blog, sebagai memenuhi indeks prestasi utama. Selama 8 tahun berjalan, program ini telah merekodkan lebih daripada 45 ribu buah blog baru yang dicipta. Walau bagaimanapun, apabila dilihat secara terperinci, hanya 1,200 daripadanya yang lengkap, iaitu 2.6% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya yang lain hanyalah halaman-halaman percubaan yang dibuat oleh pelajar sepanjang waktu latihan.


Adakah 1Bestarinet akan menjejaskan sistem pendidikan jika ianya dimansuhkan? Sudah pastinya, tidak. Jumlah caj berlebihan yang dikenakan ke atas program ini adalah terlalu besar dan sepatutnya boleh disalurkan untuk kegunaan yang lebih baik dalam bahagian dan aspek-aspek lain di sekolah yang sebenarnya lebih memerlukan. Ini termasuk sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang menelan RM1bilion untuk menyelesaikannya.

Beranikah kerajaan menamatkan kontrak YTL dan 1Bestarinet yang sudah pasti menguntungkan kroni tetapi tidak memberi manfaat kepada rakyat susah di luar bandar? Keuntungan YTL dengan pulangan 21,350% baik untuk rakyat ke?


Rakyat benar-benar berharap bahawa Malaysia Baharu akan bertindak lebih adil dan bahawasanya MyCC, SPRM serta pihak-pihak berwajib yang lain akan meneliti perkara ini secara lebih serius. Ini semua boleh dimulakan dengan meminta salinan kontrak 1Bestarinet daripada pihak Kementerian. Semoga keadilan tertegak untuk Malaysia.

Kegagalan projek pertama terus memaksa YTL membolot untuk fasa seterusnya. Memandangkan YTL telah keluarkan wang maka projek diteruskan. Difahamkan terdapat salinan lebih 230 muka surat perjanjian yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan pada waktu itu iaitu Muhyiddin Yassin yang kini merupakan Menteri Dalam Negeri dan Presiden PPBM.

Blog Minda Rakyat pula mendedahkan:


Penipuan yang dimaksudkan ini adalah skandal terbesar yang melandai Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu projek 1Bestarinet. 1Bestarinet bukan sahaja telah menyedut kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sepatutnya menjadi tunjang belakang generasi masa hadapan, malah ia juga telah membunuh semua pemain-pemain industri pendidikan tempatan, dalam sebuah skim yang telah menguntungkan pelbagai pihak, termasuk pegawai-pegawai dalam KPM sendiri.

Kontrak pembekalan 1Bestarinet telah pun menjadi kontroversi mulai 2015 apabila sekumpulan guru-guru mengatakan portal Frog Asia dan bekalan Internet disekolah disifatkan sebagai daif.


Ekoran ini, satu persidangan jawatan kuasa kira-kira wang Negara (Public Accounts Committee) telah diadakan pada 13 Mac 2015, sempena persidangan ke-13 Parlimen, pada penggal ketiga, dan dipengerusikan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed. Malangnya prosiding yang berlangsung selama 2 jam ini tidak menyoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kos kepada KSU KPM ketika itu, iaitu Tan Sri Dr Madinah Mohamad, dan kesannya, kontrak 1Bestarinet dapat diteruskan lagi pada Jun 2016 untuk selama 3 tahun.

Namun baru-baru ini, kami menerima satu sumber berkaliber yang sanggup menampil kehadapan untuk menerangkan butiran kos dan kandungan kontrak Fasa ke-2 1Bestarinet yang bermula pada Jun 2016, secara lisan. Beliau menerangkan bahawa kontrak ini tidak melanggar sebarang perjanjian bekalan. Dalam erti kata lain, apa yang dijanjikan, telah disampaikan.





Walau bagaimanapun, apabila kos kontrak dipersoalkan, butir-butiran yang sangat mengejut dimaklumkan. Pada fasa 2 projek ini, sumber kami menerangkan bahawa kerajaan telah setuju dengan bekalan daripada YTL pada kadar RM130 sebulan untuk setiap sekolah, bagi setiap Megabit sesaat (Mbps) yang dibekalkan kepada pusat sumber, atau makmal komputer, atau bilik guru, atau ketiga-tiganya sekali. Ini bermakna, sekolah yang kecil akan terima bekalan 6Mbps pada kadar RM783, sekolah sederhana besar akan terima 10Mbps pada kadar RM1,304, dan sekolah besar akan terima 15Mbps pada kadar RM1,955.

Untuk khalayak ramai yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar dirumah dan pejabat, sudah pasti bahawa kadar yang dikemukan diatas ini adalah sangat keterlaluan. Tambah pula, jalur lebar yang kecil ini sudah semestinya tidak cukup untuk menampung 40 orang murid yang menggunakan secara serentak dalam makmal. Oleh itu, pihak kami terus melakukan penyelidikan dan penyiasatan pada tarif-tarif telco dan celco ketika itu. Jika di congak, pada tahun 2016, pakej TM Unifi untuk bisnes sekali pun adalah dalam sekitar RM4 sebulan untuk setiap Mbps yang dibekalkan. Oleh itu, harga yang dikenakan oleh YTL Communications kepada KPM adalah lebih daripada 30 kali ganda harga pasaran biasa. Bermakna, syarikat YTL telah memakan untung lebih daripada RM300juta atas angin untuk bekalan Internet yang daif untuk sekolah.

Sumber kami terus menjelaskan beberapa perkara dalam kontrak yang membimbangkan, iaitu sekolah yang mendapat jalur lebar berdedikasi sebanyak 30Mbps menggunakan sambungan fibre dan dijaminkan perkhidmatan lebih daripada 99% dikenakan kadar RM19,000 sebulan setiap sekolah.
Ini adalah lebih daripada 213 kali ganda daripada apa yang sepatutnya dibelanjakan oleh kerajaan. Jumlah ini sangat mengejutkan, dan tidak hairan lah apabila pihak YTL dan KPM mengatakan bahawa butiran kontrak ini boleh menjejaskan keselamatan Negara, kerana ianya penuh dengan tipu muslihat.

Dalam bekalan ini, YTL telah berjaya meraihkan atas angin lebih daripada RM100juta tambahan daripada tabung KPM.

Dalam kontrak ini, terdapat beberapa klausa untuk perkhidmatan yang diberi jaminan sambungan lebih daripada 99%. Biasanya, jaminan seperti ini adalah khusus untuk pusat data dan pelayan, ataupun untuk pelayan syarikat-syarikat yang pendapatan hakikinya bergantung kepada kesinambungan Internet.

Namun untuk sekolah, perkara ini tidak masuk akal, kerana Internet disekolah tidak diguna pakai pada waktu malam sebagai satu contoh, dan juga jika bekalan Internet terputus sekali pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa kecuali kelas dalam makmal komputer ketika itu, memandangkan bilik darjah semuanya tidak dibekalkan dengan Internet pun.


Baiklah, jika kita berfikir bahawa YTL adalah bukan pemain telco dan oleh itu kadar harganya tidak berpatutan, akan tetapi mungkin mereka adalah pemain pendidikan digital yang hebat, oleh itu harga kontrak masih dapat diberi justifikasi.

Sumber kami terus menerangkan perincian kandungan 1Bestarinet yang dinamakan Frog VLE.
Mengikut sumber ini, kadar RM1,668 sebulan dikenakan kepada 10,556 sekolah dan institut perguruan, dan untuk sekolah di pendalaman, sebanyak tambahan RM450 dikenakan juga untuk menggunakan aparatus Frog.

Daripada kadar harga perisian Frog VLE untuk sekolah yang menjangkau kos melebihi RM650juta ini, terdapat 828 judul buku PDF dalam talian dimana 576 judul adalah buku teks percuma yang dibekalkan oleh KPM kepada YTL, dan selebihnya adalah judul berbayar yang dibekalkan oleh dua penerbit tempatan.

Lebih mengejutkan adalah sebanyak 6,785 buah video pendidikan yang disediakan daripada koleksi yang ditarik pautannya daripada Youtube.

“Disini, jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja tiada sebarang video baharu yang disediakan, malah hostingnya juga adalah melalui Youtube sahaja, yang sememangnya percuma”, jelas sumber kami.

Justeru, 1Bestarinet mengenakan bayaran langganan untuk Google Youtube yang kebiasaannya percuma.

Selain itu, Frog VLE memberi justifikasi bahawa ramai guru-guru dan murid-murid yang menggunakan platform ini untuk membangunkan bahan. Menurut sumber kami, terdapat lebih daripada 45ribu blog yang telah dibangunkan dalam Frog VLE oleh sekolah-sekolah Malaysia sepanjang 8 tahun beroperasi. Namun apabila diberikan perincian yang lebih mendalam, hanya 1,200 blog disifatkan sebagai lengkap, dan selebihnya adalah sekadar projek cubaan murid-murid ketika membuat latihan dalam makmal. Tegas sumber ini, hanya sebanyak 2.6% daripada 45ribu blog ini adalah hasil kerja yang lengkap setelah 8 tahun Frog VLE beroperasi.

Pada asasnya, Frog VLE dan bekalan Internet oleh YES, YTL Communications Sdn Bhd, telah mengenakan kadar kos perkhidmatan yang melampau, dan oleh itu, Kementerian Pendidikan, dan seterusnya, Kerajaan Malaysia, terpaksa membayar untuk satu perkhidmatan yang kos sebenarnya jauh lebih rendah. Untuk kontrak Fasa 2 ini, sejumlah lebih darioada RM1.5billion telah pun diikat janji. Jumlah ini bukan sekadar lebih baik diguna pakai untuk sektor pendidikan yang memerlukan, malah boleh mendapatkan kesan yang positif jika diagihkan dengan saksama untuk kegunaan sekolah dan murid-murid Malaysia.


DAN TIDAK HAIRANLAH APABILA MASZLEE DENGAN PANTAS DIUTUS SURAT OLEH MAHATHIR SUPAYA MELETAK JAWATAN APABILA KEPENTINGAN YTL DALAM 1BESTARINET DISENTUH!!!


No comments:

 
Blogger Templates