Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, January 4, 2020

USIK KEPENTINGAN DAN KEUNTUNGAN KRONI MAHATHIR, PADAHLAH JAWABNYA... ITU YANG MASZLEE MALIK TERIMA!!!



Sekarang ini, tular di media sosial tentang petisyen yang meminta agar Maszlee Malik dikekalkan atau Mahathir kembali menyerahkan jawatan Menteri Pendidikan kepada Maszlee Malik yang melepaskan jawatan 'atas nasihat Perdana Menteri' petang semalam.

Walaupun Maszlee Malik beria-ia memuji menggunung Mahathir, tetapi dia tetap 'dinasihati oleh Perdana Menteri' supaya melepaskan jawatan.

Itu yang dikatakan oleh Maszlee Malik dalam ucapannya sebelum perletakan jawatannya. Mungkin kedengaran sopan tetapi jikalau kita mengamat-amati ucapannya itu, Maszlee memberitahu bahawa dia terpaksa meletakkan jawatan setelah didesak oleh Mahathir. Dan Mahathir pula terpaksa meminta dia meletakkan jawatan kerana didesak oleh pihak lain.


Seperti yang diakuinya, dia telah banyak menimbulkan krisis pada kepimpinan terutama dalam beberapa isu seperti tulisan Jawi, Internet Sekolah dan sarapan pagi.

Tulisan Jawi yang menimbulkan polemik antara Dong Zong-DAP dengan orang Melayu secara keseluruhannya, dilihat hanyalah umpan. DAP yang juga seperti Mahathir, tidak mahu Kerajaan Pakatan Harapan hancur sebelum 2023, segera mengalihkan tuduhan kepada UMNO-PAS dan MCA. Muafakat Nasional dituduh menjadi penyebab, penghasut dan pencetus kepada isu berkenaan walaupun dasar pemaksaan tulisan Jawi untuk SJKC dan SJKT telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan di bawah Pakatan Harapan.

Atau lebih tepat lagi, ketika Kementerian Pendidikan diterajui oleh Maszlee Malik!

Sebenarnya terlalu banyak 'dosa' Maszlee Malik kepada rakyat Malaysia walaupun sebahagian orang cuba menjadikan dasar-dasar Kerajaan Barisan yang diteruskan oleh Maszlee Malik tetapi ditukar nama atau dicuri kredit untuk namanya, sebagai budi baik bekas Menteri tersebut.


Antara yang paling ketara adalah Pelan Tindakan OKU yang merupakan dasar dari tahun 2016 sehingga 2022 yang diinisiatifkan oleh Mahdzir Khalid, bekas Menteri Pendidikan era Kerajaan BN. Hilang nama Mahdzhir Khalid, muncul nama Maszlee Malik kononnya itulah inisiatifnya.

Begitu juga dengan PERMATA PINTAR yang merupakan inisiatif Rosmah Mansor tetapi dicuri dan digubah namanya menjadi GENIUS PINTAR dan kemudian Maszlee Malik berbangga-bangga.

Terlalu banyak sebenarnya yang hendak ditulis tentang rompakan kredit selain tindakan bodoh Maszlee Malik termasuklah sikapnya membalas dendam dengan memecat sebahagian besar tenaga kerja di IPTA untuk digantikan dengan gengnya dari IKRAM. Tidak termasuk juga dengan kaedah dia mencari musuh walhal dia tidak perlu pun berbuat begitu, apatah lagi, dia sememangnya tidak ada asas, akar umbi mahupun jentera besar propaganda di belakangnya.

Namun kemusnahan paling besar kepada kedudukannya selaku Menteri Pendidikan selain kritikan daripada beberapa orang yang rapat dengan Mahathir seperti Kadir Jasin, Daim Zainuddin mahupun Rafidah Aziz adalah 'keberaniannya' mengacau ganggu keberadaan syarikat milik kroni utama Mahathir, YTL dalam isu BestariNet.


BestariNet bukanlah masalah baru. Dari zaman Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pendidikan lagi, Presiden PPBM itu telah dikritik keras, terutama selepas anak lelakinya sendiri berada di dalam syarikat berkenaan. BestariNet menyakau keuntungan yang bukan sedikit sedangkan perkhidmatan yang diberikan pula, terlalu teruk malahan di sesetengah tempat, langsung tidak boleh digunakan.

Pemberhentian khidmat UNIFI dan digantikan dengan YES milik kroni seperti yang berlaku melibatkan lebih 1000 buah sekolah di seluruh Sarawak (RUJUK SINI), merupakan kesan jelas daripada KORPORATKASI yang diamalkan oleh Mahathir, jenayah yang jauh lebih hina dan jijik berbanding Kleptokrasi yang dicanang-canangkan terhadap Najib Razak.

Kenyataan Kementerian Pendidikan pada 27 Jun 2019 bahawa bermula 1 Julai 2019, tiga syarikat penyedia perkhidmatan Internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn. Bhd akan membekalkan talian Internet ke sekolah-sekolah di seluruh negara, sekaligus membatalkan keputusan awal penggunaan YES serta BestariNet milik YTL, selepas kontrak perkhidmatan 1BestariNet tamat pada 30 Jun 2019 (RUJUK SINI), sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana Maszlee Malik sebenarnya bermain dengan api dan dia bakal terbakar kerana permainannya itu sendiri.


Apa yang berlaku kepada Najib Razak, berlaku kepada Maszlee. Najib Razak begitu berani 'merampas' IPP dari tangan kroni-kroni Mahathir dan walaupun terpaksa membeli kembali dengan harga yang lebih tinggi, Najib melakukannya bagi menyelamatkan sekurang-kurangnya RM21 bilion wang rakyat setahun daripada disakau buta oleh syarikat-syarikat kroni yang menguasai IPP itu. (RUJUK SINI)

1BESTARINET adalah 'baby' Muhyiddin Yassin. Pemilik syarikat itu juga merupakan antara kroni rapat Mahathir walaupun tidak serapat Vincent Tan. Malahan pemilik syarikat tersebut pernah bercakap besar, kononnya pendapatan utama syarikatnya dijanakan oleh syarikat-syarikatnya di luar negara, walaupun sebenarnya sebaliknya.

Antara projek besar syarikat tersebut adalah ERL yang menggunakan modal dari Tabung Haji dan Bank Pembangunan.


Menurut sumber tekanan Taikun Cina pemilik YTL adalah faktor utama penyingkiran Dr Maszlee yang telah menamatkan kontrak 1Bestarinet. YTL dikatakan sebelum dan selepas ditamatkan kontrak terus mengadu kepada Perdana Menteri tentang sikap Menteri Pendidikan itu.

Portal Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan projek YTL sebelum ini yang menguntungkan YTL sejak dilaksanakan.

Projek kontroversi yang dimulakan di zaman Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pendidikan ini tidak mudah ditamatkan malah fasa 2 terpaksa disambung oleh Menteri Pendidikan selepas itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid sekalipun telah disiasat PAC.

Bagaimanapun hayat 1BestariNet dan YTL ‘terputus nyawa’ apabila Menteri Pendidikan baru YB Dr Maszlee Malik dengan beraninya tidak menyambung khidmat itu walau dengan segala macam rayuan YTL lakukan. Malah  KPM melantik tiga syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan Maxis Broadband Sdn Bhd mulai 1 Julai 2019.


YTL ‘menyerang’ KPM dan mendakwa KPM melanggar obligasi kontrak serta berlaku tidak adil kepada YTLC apabila mengupah tiga pembekal tanpa tender.

YTL juga mendakwa kementerian telah memohon perkhidmatan internet percuma untuk 10,000 sekolah yang melaksanakan persekitaran pembelajaran maya (VLE) tertakluk kepada tender pada 1 Januari, 2020. (RUJUK SINI)

Bukan itu sahaja KPM tidak menyambung sewaan Menara telekomunikasi kepada YTL atas alasan  kerajaan berpotensi kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi sebanyak RM32,580,000 setahun jika khidmat YTLC diteruskan.

Tan Sri (Dr) Francis Yeoh  Pengerusi Eksekutif YTL sudah tentu amat tidak berpuas hati mengenai Menteri KPM yang bersikap kejam terhadap YTL yang selama ini telah berbelanja besar dalam projek 1BestariNet.


Dan ini terbukti apabila hari yang sama Maszlee Malik meletak jawatan, saham-saham YTL terus melonjak!

Membuang Dr Maszlee adalah satu permintaan taikun-taikun jika mahu para taikun membantu kerajaan PH sekarang. Mereka berbelanja besar membantu kempen PH PRU14 namun hasil tiada dan menyebabkan mereka kerugian besar. Tun Dr Mahathir Perdana Menteri tiada pilihan bagi mengelak mudarat besar maka mengarahkan Dr Maszlee meletak jawatan.

Sama ada Maszlee Malik terlalu bermain api atau dia mungkin terlalu naif dan menganggap, ketuanya sebagai orang yang jujur dan telus, hakikatnya Maszlee akhirnya dikorbankan kerana berani mengusik kepentingan dan keuntungan kroni ketuanya yang bernama Dr. Mahathir Mohamad!


No comments:

 
Blogger Templates