Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, June 8, 2017

KEDAH JADI PENGKALAN BARU DAN KOTA KARA PAN SERTA CAP BUNGA!!!



Walaupun denial syndrom begitu kuat dirasakan dan diperlihatkan di Kedah terutama membabitkan UMNO-BN dan PAS, hakikatnya Kedah kini telah menjadi pengkalan utama Cap Bunga dan PAN.

Menampilkan tenaga-tenaga muda yang bukan sahaja aktif di kalangan mereka, tetapi juga melangkau sempadan dan kelompok sendiri, kedua-dua parti tersebut jelas mahu menjadikan Kedah sebagai kota kara mereka yang baru.

Umum mengetahui, Cap Bunga walaupun mahu menjadikan Johor sebagai pengkalan di selatan Semenanjung dan menggunakan proksi di Sabah menerusi parti ciptaan Shafie Apdal, Parti Warisan, sambutan untuk parti yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir itu lebih mendapat sambutan di Kedah. Lebih daripada itu, tanpa terikat kepada pemimpin-pemimpin tradisi yang sudah berusia dan berpengalaman, Cap Bunga dilihat sebagai sebuah parti anak muda dengan Mukhriz Mahathir sebagai ketuanya.

Sekurang-kurangnya itulah yang cuba digambarkan menerusi pembabitan aktif pengundi-pengundi muda dalam parti berkenaan.

Bergandingan dengan Cap Bunga adalah Parti Amanah Negara atau PAN yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi PAN Kedah, Phahrolrazi Zawawi. Meskipun hanya berjawatan Timbalan, tetapi Phahrolrazi Zawawi sebenarnya adalah ketua PAN Kedah yang mengatur semua operasi PAN.


Kalau Cap Bunga beroperasi di kalangan ahli-ahli UMNO, PAN pula beroperasi dan cuba mempengaruhi ahli-ahli PAS terutama sekali golongan muda yang melihat kemenangan adalah segala-galanya walaupun kaedah yang digunakan adalah matlamat menghalalkan cara.

PAN atau lebih awal lagi, PASMA atau Gerakan Harapan Baru yang dimulakan oleh Phahrolrazi Zawawi mempunyai kaitan rapat dengan DAP. Phahrolrazi Zawawi sendiri sewaktu masih di dalam PAS dan masih menjadi Exco di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, telah mencantumkan dirinya dengan Lim Guan Eng. Ia bukanlah satu rahsia lagi apabila Phahrolrazi dan gerakannya mendapat bantuan penuh daripada DAP yang berkubu di Pulau Pinang.

Phahrolrazi Zawawi sendiri mengakui, beberapa orang ADUN PAS sebenarnya cenderung kepada PAN tetapi masih tidak berani untuk menyatakan pendirian atau keluar dari parti. Nama-nama seperti Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan seringkali dikaitkan dengan PAN walaupun Nasir masih kekal di dalam PAS. Begitu juga dengan Mahfuz Omar yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut Phahrolrazi, PAS di Kedah berbeza dengan PAS Pusat. PAS Kedah mempunyai hubungan yang baik dengan PAN. Dengan kata lain, sama ada PAN wujud atau tidak, sebenarnya tidak banyak berbeza. (RUJUK SINI)

PAN Kedah wujud kerana masalah nasional. Berbeza dengan Cap Bunga yang wujud kerana kehilangan kuasa dan kepentingan yang melibatkan kem Mahathir.

Phahrolrazi Zawawi mengakui PAS dan PAN seringkali mengadakan program bersama seperti yang dibuktikan menerusi penyertaan anak ADUN Tokai, Surya Putera Taulan yang sering bergandingan dengan Faiz Fadzhil, anak bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzhil Noor yang merupakan tenaga utama PAN di Kedah.

Pergerakan PAN dan Cap Bunga banyak dibuat menerusi pasukan PEMUDA PAN dan ARMADA. Pemuda PAN diketuai oleh Asmirul Anuar Aris. Menjadi tulang belakang PAN di Kedah dan menjadi pemudahcara kepada ARMADA yang masih baru dan kurang dikenali dengan Pemuda PKR dan DAP merupakan antara fungsi utama PAN.


Dibantu oleh nama-nama seperti Ridzuan Abu Bakar yang merupakan Pengarah Komunikasi PAN, Ruslina Hussain yang merupakan Pengarah Biro Komunikasi Wanita Amanah Kedah (AWAN), Dr Rohani Abdul Mutalib yang merupakan Ketua AWAN Kedah dan Dr. Ismail Salleh, Pengerusi PAN Kedah, gerakan PAN mulai memasuki kawasan-kawasan FELDA yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO dan PAS. Kerjasama dengan Cap Bunga atau lebih khusus, Tun Dr. Mahathir memudahkan kerja mereka kerana kewujudan ahli-ahli UMNO di Felda-Felda yang kuat menyokong Dr. Mahathir.

Rohani Abdul Mutalib mula aktif dalam politik pada tahun 1999. Tiga kali menjadi calon di Sik. Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Muslimat PAS Kubang Pasu dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri sebelum berhijrah ke PAN.

Manakala Dr. Ismail Salleh pula adalah bekas ADUN Alor Mengkudu dan pernah menjadi Exco semasa Kedah di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Melihat kepada pejabat PAN dan Cap Bunga Kedah di Star Gate yang terletak saling bersebelahan di Alor Star, sudah cukup untuk menggambarkan harapan besar kedua-dua parti itu untuk menguasai Kedah. Ditambah pula dengan operasi dan sokongan daripada pengundi-pengundi generasi muda, gabungan kedua-dua parti tersebut benar-benar boleh mengancam UMNO dan PAS Kedah.

Mungkin melihat kepada kurangnya sambutan kepada ceramah-ceramah yang melibatkan PAN membuatkan sangkaan bahawa parti berkenaan kurang mendapat sambutan dan tidak akan mampu bertahan lama.

Namun, trend terkini di mana masyarakat pengundi terutama golongan muda yang tidak bernafsu untuk menyemakkan tapak ceramah tetapi berkerumun di hadapan komputer apabila akses kepada Internet lebih mudah, membolehkan pengundi-pengundi senyap menzahirkan sokongan mereka menerusi pembabitan dalam siaran langsung video di Facebook Live.

Manakala AWAN pula bergerak bersama-sama Cap Bunga bagi memonopoli undi kaum wanita yang kurang mengakses Internet, dengan berkempen secara langsung dan secara konvensional yang menyaksikan sokongan kepada mereka semakin lama semakin bertambah walaupun cuba dinafikan oleh UMNO dan PAS Kedah.

Pengundi-pengundi senyap terutama dari golongan muda adalah kunci kepada kemenangan di Kedah. Dan itulah yang sedang dilakukan oleh PAN dan Cap Bunga.

PAS dan UMNO Kedah boleh terus hidup dalam denial syndrom selain saling memuji diri sendiri!!!


No comments:

 
Blogger Templates