Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, July 30, 2015

AHMAD MASLAN SANGKAL DAKWAAN MUHYIDDIN, RM2.6 BILION DIMASUKKAN KE AKAUN PERIBADI NAJIB ABDUL RAZAK!!!



Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengakui dana berjumlah RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar.

“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu.

“Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Makan Malam Perdana dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera di Menara Matrade pada malam Rabu.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin dalam sebuah video yang mendakwa Najib mengakui RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dalam masa sama, Ahmad Maslan menyindir Muhyiddin kerana mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

“Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya boleh atau tidak Barisan Nasional menang, saya menjawab esok tidak lagi pilihan raya..itu jawapan saya.

“Esok persiapan untuk pilihan raya. Kalau ada pimpinan mengatakan, jika esok pilihan raya Barisan Nasional akan kalah, saya berpandangan berbeza. Esok tidak ada pilihan raya. Pilihan Raya mungkin 2018.

“Oleh itu persiapan perlu dibuat dengan pemantapan parti dan jika kita bersatu pembangkang berpecah belah..yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu jangan kita berpecah belah,” katanya.

Muhyiddin baru-baru ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras berkata, BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dalam masa terdekat ini.

“Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak,” kata Muhyiddin. (SUMBER)


10 comments:

Anonymous said...

bodo..
esok tidak semestinya ESOK.

tak paham bahasa Melayu betul..

Anonymous said...

Mat, kau jangan cakap apa-apa, orang dah taknak dengar dan percaya apa yang keluar dari mulut kau, Esok lusa kalau benar2, kebenaran pasal kau yang cakap itu keluar, mana nak letak muka kau. Jadi jangan banyak cakap, pegi buat kerja tu elok2.

Anonymous said...

dah dekat pemilihan parti....nak tengok saham. bolih tak naik jadi pm. macam ketum jugak.....tak sabor.....tersalah tembak. nasib badannnnn.

Anonymous said...

Ini Ahmad Maslan pemegang Bank akaun Najib ka?Atau Najib dah tunjuk bank akaun dia kat Ahmad Maslan.Kalau dah kosong baru tunjuk memang kosonglah akaun tu . Kalau masa penuh sampai tak tau berapa banyak tak nak tunjuk kat orang ..Nak defend pun guna akailah ...

Anonymous said...

Mat Maslan ni, benda yang putih kalau Najib kata hitam maka Mat Maslan pun turut kata benda tu hitam. Dasar pengampu.......pemimpin macam inilah yang akan menghancurkan UMNO.

Anonymous said...

org bodo....kau plk bodoh!!

Anonymous said...

Kalau aku kata hg tak cerdik mesti hg marah kan tok mat?kalau kta bodo lg la marah..tok sah cakap bnyk la..buat org lg meluat..

Anonymous said...

wassalam. Dah lah Mat ekau dah ditukar kan ke tompet lain sobab korjo tak baik. Orang macam kau ni is just like empty can make a lot of noise. Jangan nak jadi pak turut jo. Sekarang ni kabinet ponoh dongan Yes Men/women. Habis lah Malaysia.

bebas said...

Flyingkick dh sama bodo mcm maslan. Bahlul. Pergi mampos la korang ngn najib. Jilat sampai licin. Peduli ap bkn dr imdb. Rasuah tetap rasuah!!! 2.6 billion pak arab bg free ka??? Gila ap orng bg free2. Mesti ad deal ap2 antara diorang. Bengong mu nie flying kick. Malu gila nk mengaku ak orng umno dan menyesal nk mampos undi umno dulu.

Anonymous said...

aku suka ahsmed maslan , sbb aku oon ''bodoh'' mcm dia
IALA BESOK MANA ADA P/LIHAN RAYA 2018
nak lagi bagus malaysia esok najib berhenti pm , esok lantik ahsned maslen jadi pm
macam tanam pokok terong -nampaknya MITI JADI MATI

 
Blogger Templates