Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 12, 2014

BEKAS HAKIM DESAK KERAJAAN WUJUDKAN SEMULA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI GANTIKAN SOSMA YANG GAGAL!!!


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menyifatkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang berkesan dan tidak digeruni berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya, akta baharu tersebut hanya merangkumi beberapa kesalahan sahaja berbanding ISA.

“Kesalahan dibawah SOSMA hanya terhad melibatkan kesalahan seperti pemerdagangan wanita dan melakukan keganasan sedangkan banyak lagi kesalahan yang kita mahu tangani tapi tidak termasuk dalam SOSMA,” katannya lapor Sinar Harian.

Jelas beliau, kerajaan seharusnya mengekalkan ISA dan meminda undang-undang itu dengan memberi kuasa kepada mahkamah untuk melakukan semakan dan mengkaji sebarang keputusan sama ada berpatutan dan adil.

“Jika itu dilakukan, saya percaya, rakyat tidak membantah atau memberontak. Punca utama ISA dipertikai adalah kerana mahkamah tiada bidang kuasa untuk semakan kehakiman,” jelasnya.

Mohd Noor menambah, di bawah ISA menteri diberi kuasa menahan seseorang yang melakukan kesalahan mengikut undang-undang tersebut mereka akan ditahan selaman dua tahun dan boleh dilanjutkan lagi.

Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) semalam terus mengesa kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri (KDN) supaya memansuhkan SOSMA kerana akta itu jelas sekali mencabuli hak asasi manusia secara berterusan.

Penyeleras SUARAM, Syukri Razab berkata SOSMA tidak wajar digunakan kerana peruntukan dalam akta tersebut jelas mencabuli hak asasi manusia termasuklah penahanan tanpa bicara selama 28 hari.

“Apa yang dilakukan SOSMA lebih kurang sama dengan ISA,” katanya ketika hadir menyerahkan memorandum di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan polis Bukit Aman menahan 14 individu yang didakwa bersubahat terlibat dengan kumpulan pengganas Negara Islam Syria (IS) yang sedang berkumpul di sebuah restoran di Shah Alam pada 13 Oktober lalu.

Dua orang daripadanya ditahan dibawah Seksyen 130 (G) kerana bersubahat dengan IS, lima di bawah Seksyen 130 (J) kerana dituduh menyokong IS manakala tujuh daripada mereka dibebaskan selepas ditahan 28 hari.

Jelas Syukri dengan penahanan tersebut pihaknya juga turut mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis seperti menampar, menarik rambut dan tahanan wanita pula diarahkan duduk mencangkung kerana enggan memberi kerjasama kepada polis.

SUMBER

4 comments:

Anonymous said...

Cuba tanya Najib kenapa dia hapuskan ISA?

Jawapan Najib adalah...dia nak Malaysia Aman Damai, dia nak jaga hati kaum cina, india, melayu liberal, Amerika, UK dan negara barat yang lain.

lebih baik tanya sama pokok apa sebab goyang... lagi elok la derrr....kalau nak ubah keputusan dia

samalah juga permintaan rakyat supaya sekolah vernakular dihapuskan demi perpaduan kaum Malaysia!

lebih baik tanya sama pokok apa sebab goyang...

Anonymous said...

kata pm najib,kita kena tanya anuwar & kuncu2nya,klw mereka kata boleh kmbalikn saya akan kmbalikan semula ISA

Anonymous said...

Kembalikan lah ISA supaya bekas Hakim yang tak adil ini dimasukkan ke dalam jel, Hakim pun kenalah rasa kehidupan dlm jel, kalau tidak cam mana nak tahu keperitan rakyat. Harap kerajaan melantik hanya dikalangan mrk yang masuk jel dulu , sebagai hakim.

Anonymous said...

Bagus juga cadangan jau ni kan.
Apa kata kalau kau disumbat ke dalam penjara setajun dua dahulu sebelum cadangan kau tu diterima pakai.

 
Blogger Templates