Kira-kiranya macam koboi dapat tembak Red Indian yang hanya bersenjatakan panah sedangkan si koboi pula bersenjatakan mesingan.
Para totok dan tegar, bukan main bersorak dan berkeriau kesukaan walaupun suatu ketika dahulu, mereka jugalah yang paling kuat mengutuk dan memaki hamun golongan bakar jambatan yang tidak sahaja membakar baju parti tetapi juga buku perlembagaan. Tetapi memandangkan sekarang mereka menyokong sebuah parti politik yang diwujudkan untuk Mahathir dan anak-beranak serta kroninya, maka benda yang mereka kutuk, keji dan sumpah seranah dahulu telah bertukar menjadi keseronokan dan sokongan besar.
Hebat sangat ke bakar Buku Perlembagaan oleh bekas pemimpin kecil UMNO?
Mengapa setakat buku perlembagaan atau baju UMNO sahaja? Kenapa tidak harta-harta yang diperolehi menerusi pembabitan mereka dengan UMNO? Mengapa tidak bakar sekali bini muda atau gundik yang ditambat dengan kemewahan yang diperolehi menerusi kedudukan dan pembabitan di dalam UMNO.
Bakar sekali semuanya dan panggil segala macam media. Baru namanya BERTAUBAT dan benar-benar insaf kerana telah terbabit dalam pergerakan yang menzalimi rakyat.
Setakat bakar buku perlembagaan atau baju, kemudian jawatannya pula adalah 'bekas', nampak macam lawak sangat.
9 comments:
bakar buku pun dah cukup..itu pun pemimpin dan pecacai umno dah meroyan
toksah duk perasanlah umno meroyan. yang nampak, meluat dengan sikap munafik Cap Bunga.
Terpaksa pujuk hati sendiri ke konon2nya perbuatan bakar tu akan menakutkan UMNO?
Just to release tension, kata Husni Hanadzlah, MK11.
Kalau tak bakar, kang naik pulak darah.
Jadi, lebih baik bakar.
insyaallah akan tumbang jgk nanti..zaman timbang akan berlalu pergi..
UMNO tak goyah dan.meroyan.pun..yg goyang parti cap bunga. Ludah kahak semua jilat balik...pastu bagi kat.ahli 2 nya..
Hahahaha...setuju dengan admin..kenapa tidak bakar semua harta hasil daripada pembabitan dengan UMNO...temberang punya orang ni..
Betul betul.. Kalau dah anggap Umno jahat.. Maknanya apa apa yang diperoleh sepanjang bersama Umno dan berkaitan dgn Umno perlu dimusnahkan..
Ini politik murahan...yg bakar buku hari ini tak mustahil bersama parti lamanya apabila parti baru retak nanti akibat madey tak puas hati dgn pmimpinnya.
Betul tu kalau bencikan umno pulangkan semua harta kekayaan yang diperolehi dari hari pertama dia dapat habuan ketika didalam umno.than people will respect you.
Post a Comment