Kelantan dan Terengganu bakal berhadapan dengan banjir gelombang ketiga dan pihak berkuasa sudah pun mengeluarkan amaran kepada orang ramai tentang hal tersebut.
Semalam, sekitar Jalan Ipoh-Jalan Tun Razak berhampiran Hotel Dynasty sudah mula dilanda banjir. Bagaimanapun, dalam tempoh terdekat banjir itu surut semula. DBKL pada masa yang sama, mengisytiharkan yang mereka sudah pun bersiap sedia untuk berhadapan dengan banjir di Kuala Lumpur.
Lain pula ceritanya dengan Selangor. Selangor belum mengumumkan apa-apa, manakala Menteri Besarnya pula lebih sibukkan hudud di Kelantan. Masalah banjir di Selangor nampaknya belum lagi mencecah sel-sel otaknya untuk berhubung.
Ini berita yang diterima tengah malam tadi... berita ini bagaimanapun, disahkan sebagai palsu.
"Kerajaan Negeri Selangor telah melepaskan air Empangan Batu yang terletak ke arah Ulu Yam ekoran paras air empangan meningkat secara mendadak. Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan dengan melepaskan air empangan sehingga takungan menjadi suku...Kerja-kerja menampal rekahan Empangan Batu sedang dilakukan kerana terdapat rekahan yang ketara...
"Bagi penduduk di Bandar Baru Selayang, Kampung Sungai Kertas, Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana Selayang dan Gombak diminta berjaga-jaga ketika air dilepaskan dan memindahkan anwa ke kawasan yang tinggi... sebarkan..."
1 comment:
Air banjir tu dtang dari mana?? Bagilah 2-3 jam warning kpd warga kota utk larikan kenderaan. Nak pi kerja/ duit baiki mana nak cari duit. Ini isu produktiviti negara.
Post a Comment