Taktik meraih simpati gaya DAP, kini dipraktikkan pula oleh Maria Chin.
Seperti biasa, apabila sudah terkantoi, mulalah keluar cerita CAT MERAH DISIMBAH. Kalau dah terkantoi teruk pula, cerita tentang 'KIRIMAN PELURU' pula akan digembar-gemburkan.
Ramai pemimpin DAP yang menggunakan kaedah ini. Salah seorang daripada mereka yang paling popular adalah Teresa Kok apabila Pusat Khidmatnya di Seputeh, dilaporkan telah disimbah cat merah dan dihadiahkan ayam mati.
Menariknya, jeriji besi yang menutup tangga yang dikatakan dibaling cat tersebut, bersih daripada sebarang percikan cat, kecuali pada bahagian dalam. Jeriji itu juga berkunci dan bertutup. Sebaliknya pangkal cat merah tersebut adalah pada anak tangga paling atas. Rakaman CCTV pula, tidak pernah ditunjukkan walaupun Teresa Kok kata, ianya adalah perbuatan orang UMNO!
Siapalah yang memberikan idea kepada Maria Chin untuk mencipta cerita kononnya, kereta anaknya dibaling cat merah sebagai ancaman ke atas nyawanya dan anak-anak serta keluarganya?
Maria Chin sebenarnya tidak cuba mendapatkan simpati daripada golongan yang terdedah kepada pembohongan DAP, tetapi lebih kepada masyarakat yang tertutup dan hanya bergantung sepenuhnya kepada media-media pro-DAP yang berbahasa Inggeris dan terutamanya berbahasa Cina.
Ini adalah kerana, budaya baling cat merah, lebih dikaitkan dengan mereka, berbanding masyarakat-masyarakat lain di negara ini. Kalau ada pun masyarakat lain, mereka hanyalah meniru MO puak-puak pro-DAP itu.
Selepas Maria Chin menyiarkan gambar editing yang menunjukkan dia diancam sembelih oleh IS, kini Maria Chin muncul pula dengan cerita kereta anaknya dibaling cat merah. Dan dia membuat laporan polis atas dakwaan-dakwaan tersebut.
Peliknya, siapa anak lelakinya? Ada sesiapa yang kenal memandangkan Maria Chin tidak pernah memperkenalkan anak-anaknya kepada media sebelum ini? Siapakah yang lebih kenal Maria Chin dan keluarganya sehingga memudahkan mereka mengenalpasti kereta anak lelaki Maria Chin?
Pihak polis seharusnya melakukan siasatan terperinci berhubung kes ini. Tangkap dan hukum mereka yang bertanggungjawab, dan termasuklah jikalau laporan-laporan polis yang dibuat itu, sengaja dibuat untuk pemanipulasian undang-undang.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, memperlekeh-lekehkan undang-undang Malaysia sepertimana yang dilakukan oleh BERSIH dan Maria Chin sendiri membabitkan Akta Perhimpunan Aman dan Akta Polis.
5 comments:
mat sabu
dah makin
banggang
semua sbb
duit dapigs
Lepas dia buat gambar super impose diri dia sendiri, lepas tu simbah cat kat kereta anak sendiri....nak memfitnah baju merahlah tu....he he he penipu betul Maria ni.
Sayapun tertanya....katanya mualaf.. tapi sape keluarganya...suaminya anaknya.... teringat kata kata rafizi tentang keluarganya...tak mau tunjuk takut kena.......hahaha...dia buat keluarga org takpe....apa jenis pemimpin mcm ni...
Org dia yg buat sendiri rajin mengfitnah org lain. Laknatullah...
Org dia yg buat sendiri rajin mengfitnah org lain. Laknatullah...
Post a Comment