Sebab itulah, kita tidak pernah melihat sebarang demonstrasi atau luahan tidak puas hati dari kalangan pelajar Kolej New Era walaupun ada masalah yang berbangkit.
Berbeza pula di institusi-institusi pengajian tinggi awam yang majoriti pemegang kursus mudah lulusnya adalah Melayu. Budak-budak Melayu di kesemua IPTA hampir tidak berminat dengan pelajaran sebaliknya sangat berminat dengan politik pro-Anwar Ibrahim. Mereka sentiasa berasakan mereka lebih baik dan idea mereka lebih cemerlang berbanding kepimpinan sedia ada.
Disebabkan itulah, mereka tidak pernah cemerlang dan hanya mengharapkan STATUS MELAYU-BUMIPUTERA sahaja untuk kekal sebagai pelajar IPTA walaupun pada masa yang sama, mereka cukup cemerlang dalam bab-bab demonstrasi dan sebagainya yang berkaitan.
Hari ini kira-kira 70 orang pelajar Universiti Malaya yang hampir kesemua mereka adalah budak-budak Melayu yang telah menandatangani aku janji sebelum memasuki universiti tersebut, berdemonstrasi kononnya untuk 'membela' kawan-kawan UM8 mereka yang telah dikenakan hukuman denda kerana melanggar peraturan universiti.
Para pelajar itu seharusnya diberikan peluang untuk menjadi ahli politik sepenuhnya dan menamatkan peluang mereka berada di kerusi pengajian.
Maka tidak hairanlah mengapa minda anak-anak Melayu begitu merosot. Mereka telah dimuakan, dimanjakan dan dimomokkan dengan pelbagai kemanjaan yang akhirnya bukan sahaja akan menjahanamkan mereka sendiri dengan pelbagai kerenah manja dan tidak mampu berdikari, bahkan menjadikan keseluruhan bangsa Melayu-Bumiputera sebagai bangsa yang sangat lemah dan mudah diperkotak-katikkan selain MUDAH DIRASUAH dan diguna-gunakan.
5 comments:
Dumb leading the dumber.
Anak-2 melayu ini adalah dari golongan kampung yang masih perasan tentang kehebatan menjadi mahasiswa. Kalau dulu, menjadi seorang mahasiswa, kita akan dihormati dan dikagumi, konon2 kita ini bijak. Jadi bila kita bijak, maka kita akan amat dihargai oleh orang ramai dan kerajaan... maklumlah dah bijak. Jadi pada pandangan (perasan) mereka, kerajaan tentu tidak akan mengambil tindakan drasti dan kejam terhadap mereka yang bijak2 ni.... konon kerajaan akan nanti kehilangan bijak pandai.... melayu pulak tu! mana ada melayu lain yang lebih bijak dari mereka. Inilah jenis fantasi kebanyakan anak2 melayu di universiti, mereka terikut2 dengan mahasiswa perasan dari negara seberang. fantasi dan perasan bahawa semua pihak termasuk kerajaan patut menyanjung, menghargai dan takut kepada mereka... sebab kononya mereka sangat berpengaruh... setiap cakapan mereka, orang kampung akan ikut.
Saya menyeru supaya puak2 yang sangat perasan bagus ini cepat2 sedar diri, kalau kamu diperintah oleh DAP, usahkan membuat demontrasi, mencium IPTA/IPTS pun belum tentu... sebabnya anda akan dikategori sebagai anak melayu, anak bumiputra, anak umno .... yang patut di pinggirkan... jangan lah perasan DAP akan pilih2 kamu sebagai anak PKR, PAS atau UMNO... semua anak melayu akan dikira sama.... bahalol.
quite eloquently put. mr anon 3:38.
Apabila mahasiswa yg hanya lulus dengan keputusan cukup makan je ini keluar mencari kerja nanti baru mereka akan sedar diri mereka memang bahalol tak sehebat mana
Bersatula melayu........ Cina extreamist dapigs sedang memecah belahkan melayu kerana pas tidak lagi bersama mereka.......tanpa melayu pas, cina dapigs takkan kemana ......
Post a Comment