Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, March 23, 2015

ERIC PAULSEN TIDAK SERIK, SEKALI LAGI DITANGKAP DI BAWAH AKTA HASUTAN KERANA HINA ISLAM!!!



Barangkali kerana berasakan dia adalah seorang peguam, ditambah pula dia adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat, selain ketiadaan undang-undang pencegahan jenayah yang lebih berkesan untuk menangani hasutan serta penghinaan ke atas agama, maka Eric Paulsen menganggap dia cukup kebal. Selain itu, kesilapan tanggapan tentang UMNO dan hudud, menyebabkan dia menuturkan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu apa-apa.

UMNO dijangka akan membuat pengumuman tentang hudud sehari dua ini. Secara rasminya, UMNO tidak pernah membentangkan undang-undang hudud walaupun menambah baik undang-undang takzir termasuklah menaiktarafkan status Mahkamah Syariah serta bidang hukuman dan penguatkuasaannya.

Dua tweet yang dibuatnya, akhirnya 'dilayan' oleh pihak polis. Eric Paulsen telah ditahan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur pukul 5:00 petang semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan. Difahamkan, dia juga telah ditahan dan reman ke atasnya akan dipohon pada hari ini.


Eric Paulsen yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menuduh JAKIM dan solat Jumaat sebagai mempromosikan ekstremisme. Dia bagaimanapun dibebaskan atas jaminan.

Walaupun Eric Paulsen ditahan, Majlis Peguam telah pun bersiap sedia untuk melakukan serangan dari segi undang-undang dengan cara memutarbelitkannya selain menyalahkan polis dan kemudian menyalahkan Kerajaan sepertimana yang mereka lakukan sebelum ini.

Kita akan mndengar kembali Artikel 10, kebebasan bersuara, Artikel 11 dan sebagainya yang akan digunakan oleh Pakatan Rakyat dan Majlis Peguam untuk menghalalkan perbuatan menghasut Eric Paulsen. Pada masa yang sama, mereka akan menuduh PDRM menjadi ANJING BARISAN NASIONAL kerana telah menangkap Eric Paulsen yang bagi mereka hanya menyuarakan kebebasan bersuara.


6 comments:

Anonymous said...

Lebih malang kepada orang Islam kerna penguatkuasa undang-undang hanya cuma berani memberi amaran sahaja . Ini amat memalukan kerana kerajaan yanag dipimpin oleh melayu , penguatkuasa yang diterajui oleh melayu dan hanay pandai 'memberi amaran' sama seperti nenerpa pemimpin meneteri melayu.

Kini aku masih tidak menyesal menjadi melayu cuma terkilan dengan sikap oleh yang menjalankan segala amanah untuk melayu tidak benar benar ikhlas menjaga hati melayu dan islam.

Anonymous said...

Malang dpt hasil peninggalan british mcm ni

Anonymous said...

DiThailand pihak berkuasa mengenakan hukuman mati keatas pencuri balak atau hasil hutan. Di negeri China pula kesalahan rasuah dikenakan hukuman mati. Eric Paulsen tak belajar syariah, ilmu tauhid dan pengajian tamadun Islam. Itu sebab dia suka-suka buat komen carca marba ikut dan aje.

Anonymous said...

Tlg lah PDRM dan AG tak boleh ke bekerjasama untuk handle pengacau keamanan ini... kebebasan bersuara pun ade hadnye... secara peribadi saya rasa PDRM dan AG gagal setakat ini...

Anonymous said...

Org melayu yang berkuasa tapi tidak tegas melaksanakan undang2 itu tandanya melayu bodo, ada faham tak?

Anonymous said...

Pas yg bersekongkol dgn dap yg culprit kepada segala keceluparan merekå kalau tak kerana kesepakatan pas dgn pkr. dap x akan secelupar ini. Senjata makan diri buat pas

 
Blogger Templates