2. Sebenarnya, tidak wajar untuk kita fokus hanya kepada isu Farah Ann sedangkan atlit sukan yang lain, artis, pemimpin, penjawat awam@swasta dan masyarakat Islam secara umumnya juga perlu diingatkan serta difahamkan tentang kewajipan aurat. Sikap selektif tidak akan menyelesaikan isu ini sebaliknya hanya akan membawa kepada aib mengaibkan antara satu dengan yang lain.
3. Jadi, saya nasihatkan diri saya dan kita semua melihat isu aurat ini secara telus melalui perspektif agama yang merentasi apa jua sentimen. Kerana hukum aurat tidak dibataskan dengan status, pangkat, pingat emas, populariti dan lain-lain. Sebaliknya ia adalah hukum yang Allah turunkan ke atas semua umat Islam. Maka, bahaskan secara telus, ikhlas dan berhikmah.
4. Apabila isu aurat dibangkitkan dalam kes Farah Ann; cadangan supaya wanita tidak terlibat dalam sukan sebegini merupakan cadangan yang terbaik kerana mengambil langkah berhati-hati demi melaksanakan tuntutan agama. Namun, jika ianya tidak dipersetujui, saya ingin cadangkan supaya pihak kerajaan sediakan juga alternatif pakaian untuk atlit wanita negara yang ingin menjaga aurat mereka. Walaupun tidak perlu kepada paksaan, namun penjelasan tentang kewajipan aurat tetap perlu menyeluruh. Merupakan satu hal yang menyedihkan jika pihak kerajaan tidak boleh memperjuangkan alternatif pakaian yang menutup aurat bagi atlit sukan negara lelaki mahupun perempuan.
5. Untuk Farah Ann, tahniah atas kemenangan. Namun, dengan kemenangan itu, janganlah menjadikan kita memandang remeh teguran masyarakat umum tentang etika berpakaian saudari.
6. Manakala kepada yang menasihati; saya nasihatkan supaya menjaga lisan. Nasihat perlu dibina atas kasih dan sayang serta bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan bukan melahirkan kebencian. Penyebaran gambar-gambar yang mendedahkan aurat dan perbincangan tentang tubuh badan orang lain adalah hal yang mengaibkan. Dan tentunya termasuk dalam maksud hadis Nabi saw: "barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat". (Riwayat Abu Daud, no
Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
NOTA:
Sebelum Ayat 31 dalam Surah An-Nur yang melarang wanita pada pandangan dan kemaluannya selain daripada suaminya, serta penampakan perhiasan dan bahagian tubuhnya, AYAT 30 pula memerintahkan kaum lelaki agar menundukkan pandangan dan menahan syahwatnya kepada wanita kecuali isterinya.
Malangnya, dalam isu gimnas negara itu, yang mengecamnya pula tidak mungkin melihat secara spontan dan tidak sengaja. Bahkan tidak mungkin mematikan televisyen atau menukar ke siaran lain apatah lagi dengan gambar-gambar yang disiarkan di pelbagai medium termasuklah di Facebook.
Mereka yang paling kuat mengecam, mereka jugalah golongan yang mendurhakai perintah Allah Taala...
Lagi mahu cakap banyak tentang salah orang lain? Salah sendiri, tak mahu cakap?
3 comments:
Kita semua nak tengok gamekah? atau nak tengok/cari pasal untuk menjadi isu,jadilah seorang manusia yang waras.Terlalu malu dengan sikap yang boleh dikatakan nafsu iblis.Sendiri mau ingat nanti satu hari ditimpakan Allah atas batang hidung kita sendiri macam mana rasa?.Game,gamelah-nak tengok lurah burit pergi siam,tengok dan komen.
Saya sokong kenyataan tuan....memang kita kena tegur semua yg mengabaikan aurat.Tapi aurat yg farah buka ni lurah emas @ lubuh emas.Rambutpun aurat juga tapi bersepah dimana_mana.Tapi lurah ni susah nak ditemui. So kena beradablah lah sikit.Kita org Melayu ni jaga adab.Sekali ternampak benda ni mesti kecoh.Ustaz jgn memihak nanti macam menyokong aje.
Jarang ditemui lurah emas ini didada akhbar.Sebab tu bising.Kena pulak lurah melayu.
Melanggar syarak dan adab.Kalau lurah cina ok saja sebab biasa kita tengok.Kat giant ke tesco ke bersepah.
Jaga aurat dan adab.
Post a Comment