https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10154398755882786/
Pagi ini pendedahan itu diperluaskan lagi hampir ke seluruh negara termasuk Melaka, Terengganu dan Sabah. Kali ini ia tidak sahaja mencungkil fakta kenaikan harga barang dapur, tetapi juga meninjau kenaikan harga kelengkapan sekolah anak-anak.
Kenaikan mendadak hampir sekali ganda bagi harga ikan dan ayam amat membebankan. Itu boleh lagi diterima dengan alasan tengkujuh. Apabila bekalan ikan berkurang, harga ayam dan sayur turut naik kerana permintaannya mendadak naik bagi menggantikan ikan.
KEPERLUAN SEKOLAH NAIK JUGA KERANA TENGKUJUH??
Fenomena ini agak membingungkan. Rata-rata
Alasan tengkujuh tidak relevan lagi untuk kenaikan hampir sekali ganda bagi barang keperluan sekolah ini. Padahal ini barang perlu yang wajar 'dikawal' harganya.
Jika dikatakan kerana GST 6%, sepatutnya harga akan turun kerana cukai SST telah dihapuskan. Peniaga juga tidak perlu menaikan harga kerana mereka boleh klaim semula kos GST bahan mentah dan perkhidmatan perniagaan mereka dari kerajaan. Pembayar sebenar GST adalah golongan terakhir, iaitu masyarakat pengguna, khususnya majoriti marhaen miskin seperti kita.
Jika dikatakan nilai matawang turun juga hanya sekitar 30% sahaja. Walaupun tidak semua keperluan sekolah adalah barangan impot, namun boleh diterima juga kerana bahan mentahnya masih diimpot. Tetapi tidaklah sampai dibebankan kepada pengguna semua 30% kenaikan akibat kejatuhan matawang itu. Kos tempatan yang tiada kena mengena dengan matawang juga ikut dinaikkan sama.
Soalnya sekarang, dari manakah puncanya sehingga kenaikan harga yang ditanggung pengguna sekarang ini hampir sekali ganda jadinya?
Inilah yang diutarakan oleh Nana Penang dalam PAU baru-baru ini. Malangnya isu berat yang amat menekan rakyat ini hanya disambut dengan gelak ketawa sampai menepuk-nepuk meja....
https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10154379733192786/
Apabila ditanya Pak Menteri... maka dengan longlai dijawab, "kita tak boleh buat apa-apaaaa....!!! Ini semua salah peniagaaaaa...!!
"
Kami hamba rakyat yang dilanda kesempitan ini Insya-ALLAH akan cuba ubah cara hidup kami. Selagi boleh berpuasa akan kami cuba. Akan kami cari dan kutip segala kangkung, paku pakis dan dedaun hutan yang boleh kami makan.... Akan kami cuba gantikan pokok bunga di pasu dan tanam apa yang boleh dimakan.
Tetapi kami masih berharap agar pihak pemerintah BERGEGAS PANTAS untuk mencari jalan terbaik bagi mengurangkan bebanan ini. Gunakan akal, kuasa siasah dan kalkulator untuk mengira bebanan rakyat yang sedang melanda.
Sedarlah bahawa di samping kenaikan harga barang, peluang kerja juga semakin berkurang dan pembuangan pekerja semakin banyak. Kesan langsung daripada situasi ini ialah perlakuan jenayah yang semakin bertambah.
Lihatlah begitu banyak kes-kes ragut, curi dan rompakan yang sedang viral di sana sini. Dari lelaki, perempuan, tua muda semua mula terlibat sama. Dari pecah rumah dan curi tabung masjid di malam hari, sampai kepada kes ragut berdepan dan rompakan nekad di siang hari.
Semuga ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk meredakan kegawatan ini. Kami semua akan terus bersabar, terus berdoa dan akan terus berusaha selagi terdaya.
WARGA PRIHATIN
1 comment:
Masalahnya..adakah pihak kerajaan membaca blog ni?Sebab hampir tiada tindakan yang mampu mereka lakukan.
Post a Comment