Permusuhan antara PAS dengan UMNO jauh lebih sengit berbanding permusuhan antara UMNO dengan DAP walaupun DAP merupakan entiti utama terbabit dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969 setelah perarakan kemenangan di tengah-tengah Kampung Bharu di Kuala Lumpur yang mencaci maki orang Melayu, akhirnya dibalas dengan perarakan Pemuda UMNO Malaysia pada 13 Mei yang berakhir dengan rusuhan kaum paling berdarah di Malaysia.
Malah jauh lebih sengit permusuhan antara UMNO dengan PAS berbanding PAS dengan MCA atau MIC, komponen utama BN yang kerap dijadikan keledai untuk mentakfirkan UMNO kerana bekerjasama dan mengangkat wakil-wakil MCA dan MIC sebagai wali pentadbiran.
Untuk itu, PAS mengenepikan atau mengorbankan cita-cita asal mereka, mahupun ketetapan yang dibuat dari zaman Almarhum Dr. Zulkifli lagi tentang kewarganegaraan dan nasionalisme. PAS seawal tahun 1965 lagi sudah mula sedar, bahawa bersendirian tidak mungkin akan mampu untuk mengubah struktur dan suasana politik di negara ini. Kerana itu, beberapa kali PAS mengadakan pakatan dengan beberapa pihak termasuklah DAP sama ada secara terang atau gelap.
Pakatan bersama DAP buat kali pertama akhirnya telah menjadikan Yang Dipertuanya, Asri Muda dan beberapa orang pemimpin PAS, disingkirkan dari PAS. Namun pada masa itu, DAP tidak ada apa-apa dalam media. Tidak ada Facebook, tidak ada media sosial. Tabloid DAP pun tidak menyeluruh dan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang sangat minima.
Buat kali pertama, DAP begitu menyanjungi PAS termasuklah tokoh-tokohnya. Segala caci keji terhadap PAS sebelum itu, terhapus dengan pujian serta sanjungan berlebihan. Dan para tokoh pimpinan PAS juga nampaknya sangat teruja dengan 'perubahan' sikap DAP terhadap mereka.
Namun DAP hanya bersikap begitu kerana kepentingan mereka untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat pengundi Melayu-Islam, terutama ahli-ahli PAS. Apabila PAS enggan melenturkan perjuangan mereka, terutama dalam soal hukum syariat, DAP menunjukkan belang. PAS dipecahbelahkan dengan penubuhan PAN. PAS diterajang. Para pemimpinnya seperti Abdul Hadi Awang, Allahyarham Haron Din, Ahmad Yaakob dan beberapa nama lain, dihina dicaci, disumpah diseranah sesuka hati.
Ditambah pula dengan perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Presiden dan Mursyidul Am PAS terhadap UMNO di bawah pimpinan Najib Abdul Razak, membuatkan mereka terus dihina dan disetarafkan sebagai haiwan hina.
Kematian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din telah digunakan dengan sebebas-bebasnya oleh pihak berkenaan untuk mengeji, menghina dan mencaci maki. Malangnya, ada pula yang berwajah Melayu, yang dahulunya beria-ia menghentam DAP, kemudian bertukar warna kerana ketaksuban terhadap Mahathir dan Tan Sri Panadol, membela perbuatan tersebut dengan menyalahkan UMNO menerusi blackops cybertroopernya.
Kebencian yang ditunjukkan oleh DAP yang diwakili oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Oii dan kemudian disokong pula oleh para pengikut DAP yang berleluasa dalam ruang komen FMT dan Malaysiakini, sebelum dibela oleh segolongan dari Cap Bunga dan penyokong tegar Tan Sri Panadol, terserlah menerusi kenyataan-kenyataan hina dan biadap yang mereka keluarkan.
Semuanya kerana Allahyarham merupakan antara yang paling awal mengeluarkan kenyataan berhubung kelunakan terhadap kepimpinan Najib Abdul Razak dan kekerasan terhadap kehendak DAP yang mahu meliberalkan Kalimah ALLAH bagi kegunaan kaum Kristian dalam penerbitan berbahasa Melayu.
Ahli-ahli PAS yang dahulunya sangat yakin, DAP menyebelahi mereka, seharusnya sudah dapat melihat belang sebenar DAP dan para pengikut mereka terhadap PAS. Permusuhan politik antara UMNO dan PAS, sebenarnya merupakan satu hikmah kepada umat Islam di negara ini kerana daripada permusuhan itulah, banyak masalah agama dapat dikeluarkan dan diselesaikan. Daripada permusuhan itulah, sekarang ini ramai yang sangat malu kalau tidak singgah ke masjid pada hari Jumaat untuk bersolat kalau tidak pun bersolat di surau pada 5 waktu atau pun sedar, peri pentingnya solat pada setiap waktu. Daripada permusuhan itulah, baru kenal apa itu Qunut Nazilah, apa itu Selawat Ibrahimiyyah dan sebagainya. Dan daripada permusuhan itulah, ilmu-ilmu Islam yang pada zaman sebelumnya terperam dan terperuk, seperti Siyasah Syariah mahupun Usl-Al-Fiqh dipelajari secara terbuka bahkan rasmi oleh negara seperti sekarang.
Tetapi persahabatan dengan DAP, akhirnya membuatkan puak berkenaan besar kepala dan berasakan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja, termasuklah memaki hamun sembahan dan akidah serta amalan umat Islam!!!
12 comments:
Dap tu bukan pas je, semua org islam, agenda islam, undang2 islam dia anti. Tu ada org melayu, org islam banggang gaban yg x nampak kejahatan kafir laknat tu
tatkala pemergian Yang mulia Tuan Guru Dr Haron Din dihina semahu2nya oleh sikafir laknat Jeff Ooi dan puak2 kafir jahanam DAP PKR RBA, apa yg melayu2 bebal penjilat lobang taik kafir2 DAP PKR RBA boleh buat??? membisu kan? tak habis2 nak memfitnah dan memburuk2kan pemimpin melayu Islam... sedar dan bersatu padulah wahai melayu Islam... musuh2 Islam di negara ini dah mula menampakkan sifat sebenar mereka...dan ianya takkan berhenti setakat ini...
Wahai rakyat Malaysia, jangan sekali kali termakan dgn hasutan untuk melaga2kan semangat perkauaman , khasnya menghasut orang Melayu supaya membenci orang Cina dgn menghentam tanpa henti parti DAP.Berfikirlah berpandukan AlQuran? dan bukan dgn percaya bulat2 kelintong orang politik yang tidak beriman.Mereka ini diupah untuk menulis apajua fitnah terhadap parti pembangkang.
Awaklah yang banggang.Negara ini Allah punya tau tak?Kalau perintah mestilah adil dan amanah.Sebab tak amanahlah , rakyat menentang.Awaklah yang buta dan tuli.
ini bukan fitnah atau kelentong atau anti pembangkang. ini lah realitinya. mereka bulih menghina, mengutuk allahyarham semahu-mahu mereka. ianya tidak menjadi kudis pun bagi allahyarham. tapi ingat setiap kutukan dan hinaan itu akan menjadi parut dalam hati umat islam di malaysia ini. terjemahannya akan menjadi realiti dalam pru14 nanti. pembangkang akan kalah teruk. ingat sungai besar dan kuala kangsar...
Anon 10.49 lagi banggang dan bodoh nak mampos kerana tak nampak DAP anti ISLAM.
1049 anon hearsay dah marah tu...tokong dia kena jentik...hehehe
Orang islam tu kelintong..
Orang kafir tu lurus sangat ke...jilat licin
10.42 kau ni buta tak baca apa yg dia tulis dlm fb dia...
Sepatutnya bila terjadi 13mei 1969 org2
melayu dah patut sedar. mmg lalai bangsa ku.
10.49 mmg sekeian alam kepunyaan alam dan kita d msia kena usaha menjaga bangsa dan agama. kau ingat cina2 tak jaga agama dan bangsa. BUTA!!
Kalau dap atau siapa pun yang memerintah tak akan ada yang perfect manusia tetap manusia, lihatlah apa jadi dengan pulau pinang, kerakusan pemimpin, melayu makin terhapus, tak lama lagi selangor pulak, lama2 tanah semua tergadai melayu hanya menang sorak
Post a Comment