Menteri pengajian tinggi berkata bancian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), yang diterbitkan awal bulan ini, “cacat”.
Beliau juga menggesa pertubuhan itu menunjukkan metodologi tinjauan itu kerana maklumat berbeza diperolehinya daripada institusi pengajian tinggi.
“Hampir mustahil hasil tinjauan MVM seperti itu kerana saya sudah berbincang dengan institusi awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti berhubung hal ini.
“Saya mendapati mereka semua komited dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah kewangan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata pelajar yang berdepan kesukaran sebagaimana digambarkan dalam tinjauan tersebut boleh berjumpa bahagian hal ehwal pelajar untuk bantuan.
Pada 2 Januari lalu, kaji selidik MVM mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.
Sebanyak 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”
Kajian itu melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti, termasuk Universiti Tekonologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tinjauan juga mendapati 96 peratus, atau 24,720 mahasiswa, terbeban dengan keadaan ekonomi semasa dan 74 peratus (18,765) pernah berada dalam situasi tidak berduit untuk makan. (SUMBER)
6 comments:
Isu tersebut lebih kepada mainan politik, memang tak dinafikan ada pelajar yg tak boleh bermewah bab makanan tapi tak la sampai kelaparan.
MVM nak busokan nama Kerajaan saja, faham faham lah Datuk Seri, jari jari yang gatal atas papan kekunci.
Buat survey tentang bagaimana siswa & siswi membelanjakan wang pinjaman/biasiswa mereka. Educate diorang supaya berhemah dalam berbelanja. Tengok sebulan berapa banyak diorang spent untuk rokok & topup. You will be suprise!
Bulur pasal x makan .... tapi handphone dan gadget punya la canggih..rokok mampu beli....babi laaa
handphone, laptop, rokok, datting, topup,gadjet dan bagi sikit kat kampung. mana nak cukup. belajar buat cara belajar. ngada ngada lebih.
Mengada ngada je budak2 ni... nak mcm2 , result exam mcm najis... ptuihhh...
Post a Comment