Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, July 11, 2015

PEMANDU MENGADU ANGGOTA JPJ BERSIKAP RASIS DAN BERLAGAK SEBAGAI POLIS!!!



Seorang jurutera mempersoalkan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahannya ketika dia sedang memandu kereta.

Kesal dengan kejadian pada 20 Jun lalu, Mazlan Mahmud cuba mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

Bagaimanapun lebih dua minggu insiden berlaku, dia mendakwa tidak menerima sebarang respon.

Bagi membela haknya, Mazlan kemudian menghantar email kepada FMT dan menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku dekat Kampung Kenanga, Rawang.

Jelasnya, anggota JPJ telah bertindak menghimpit keretanya seolah-olah dia seorang penjenayah yang sedang melarikan orang.

Menurutnya, selepas ditahan, salah seorang anggota JPJ menanyakan soalan yang didakwanya bersifat perkauman.

“Pertanyaan bersifat perkauman, adakah saya seorang berbangsa CINA!,” katanya menerusi email yang dihantar.

Mazlan mendakwa, selain cukai jalan, anggota JPJ turut memeriksa computer ribanya dengan mengambil masa amat lama.

Katanya lagi, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menanggung malu.

“Setelah itu, memulangkan lesen memandu saya tanpa sebarang kekesalan dari pihak anggota-anggota JPJ yang ditunjukkan diatas apa yang berlaku, ucapan minta maaf pun tiada,” ceritanya.

Dakwanya lagi, anggota JPJ terbabit juga mengambil gambarnya seolah-olah dirinya seorang penjenayah.

Dalam kiriman emailnya juga, Mazlan turut menyertakan maklum balas daripada Unit Pengurusan Aduan, Bahagian Integriti JPJ, Mazlini Yusof.

Dalam kiriman balas berhubung aduan yang dikemukakan, Mazlini berkata bahawa bahagian tersebut telah menerima aduan yang dikemukakan Mazlan dan sedang dalam penelitian

“Untuk makluman, Bahagian Integriti, Ibu Pejabat JPJ telah menerima aduan tersebut dan sedang dalam penelitian sewajarnya.

“Sehubungan itu, bahagian ini merakamkan ucapan terima kasih di atas aduan yang dikemukakan,” katanya. (SUMBER)


3 comments:

Anonymous said...

Pertanyaan Adakah Awak Berbangsa Cina dianggap rasis tak faham la saya penulis blog ? boleh tak jangan mainkan isu yg bakal merugikan bumiputera.

Hj Aduka said...

Tak perlu PDRM, JPJ, SPAD dan sebagainya kerana masalah (spt kemalangan) tak selesai pun. Hidup HADI AWANG SUPERMAN !

Anonymous said...

Lepas tu senyap la tu..

 
Blogger Templates