Dalam isu penghapusan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), yang benar-benar terjejas turut melibatkan jururawat, pegawai perubatan, pegawai pergigian, pensyarah perubatan dan pensyarah pergigian yang akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2020.
Keputusan Kerajaan Pakatan yang dilaksanakan oleh JPA ini, bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia, tetapi juga turut dibantah ramai. Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut membuat petisyen untuk membantah keputusan Kerajaan Pakatan Harapan ini. (RUJUK SINI)
Seorang doktor junior (yang akan mula bekerja pada tahun 2020) akan bertugas sebagai MO pada tahun 2022. Walaupun junior, mereka juga akan dibebankan dengan kerja yang banyak dan tempoh bekerja yang sama seperti MO senior tetapi dengan gaji yang lebih rendah.
Gaji mereka juga akan dikurangkan sebanyak 15%. Pengurangan tersebut sangat besar berbanding bebanan kerja yang tidak akan berkurangan malahan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.
Dengan status 'doktor kontrak', mereka juga akan berhadapan dengan masalah untuk menyambung pelajaran kepakaran.
Kerajaan Pakatan dan Kementerian Kesihatan di bawah Pakatan bercakap tentang mewujudkan nisbah 1 doktor untuk 450 pesakit. (1:450). Sedangkan apa yang mereka lakukan sekarang ialah, ditambah pula dengan pengurangan penjawat awam terutama dalam bidang perubatan sehingga kita boleh melihat sendiri kesesakan luar biasa di hospital-hospital kerajaan, 1 orang doktor bagi 10,000 orang pesakit.
Malang betul rakyat Malaysia kerana mendapat kerajaan yang gagal memilih keutamaan dan lebih seronok memangsakan rakyat. Sepatutnya yang dipotong adalah elaun-elaun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri yang melampau tinggi berbanding kualiti kerja dan perkhidmatan mereka.
Kecenderungan Kerajaan Pakatan untuk membela taukeh-taukeh yang lari cukai menerusi pengenalan semula SST, mungkin membuatkan mereka rasa rakyat terlalu bodoh dan mudah dizalimi. Nilai cukai yang dilarikan itu bernilai ratusan ringgit. Dan disebabkan itulah, rakyat menerima kesan termasuklah pemotongan elaun BPIK ini mahupun peruntukan-peruntukan lain.
Kemudian Menteri Kesihatan pula cuba cuci tangan dan buat kerja tuding jari - amalan yang menjadi kebiasaan bagi para pemimpin Pakatan.
Konon-kononnya ini adalah kerja 'daulah terpendam' atau 'deep state' dalam usaha untuk memburukkan Kerajaan Pakatan. 'Daulah terpendam' yang dimaksudkan itu sudah tentulah kakitangan awam yang mereka tidak dibenarkan menggunakan media sosial dan mereka tidak boleh bersidang media untuk menyanggah segala tuduhan oleh pemimpin kerajaan.
Agak aneh apabila Menteri Kesihatan dan Menteri KBS kata mereka tak tahu, sedangkan dalam mesyuarat kabinet, sudah tentu mereka ada sekali. Takkan masa mesyuarat, mereka tidur, terlelap atau sibuk main game online?
Para pemimpin Pakatan tak perlulah berdrama dan gemar menyalahkan kakitangan awam dengan alasan 'Daulah Terpendam' itu.
Yang pastinya, mereka sendiri yang setuju mansuh. Mereka sendiri yang bantah. Bila kena hentam, mereka pula sibuk menyalahkan pihak lain sambil cuba menampilkan diri sebagai hero!
No comments:
Post a Comment