Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, February 9, 2018

KEDENGKIAN DAN HASAD MAHATHIR KEPADA NAJIB TIDAK DAPAT MENUTUP KEJAHANAMANNYA KE ATAS MALAYSIA!!!



Jurucakap rasmi Lim Kit Siang, Dr. Mahathir berterusan cuba menutup kegagalannya sepanjang 22 tahun dia mentadbir Malaysia dan menyalahkan Najib Abdul Razak yang telah banyak membersihkan tahi-tahi serta kekotoran pentadbirannya.

Sehingga ke saat artikel ini ditulis, kebanyakan penyokong Mahathir masih lagi percaya zaman Mahathir jauh lebih senang dan harga barang jauh lebih murah berbanding pada hari ini.

Ironinya, mereka tidak pernah berani membandingkan tangga gaji dan upah kerja yang diperolehi oleh kaum pekerja dan kakitangan awam pada zaman Mahathir serta manfaat serta faedah-faedah yang ditawarkan oleh majikan. Mereka sebaliknya hanya membandingkan gaya hidup mudah pada zaman  Mahathir yang dianggap era keemasan dan kemuncak ketamadunan Malaysia.

Mahathir sendiri turut memperbesar-besarkan pembohongan kononnya jikalau Najib berterusan memimpin negara, Malaysia akan bankrap, sedangkan data dan fakta menunjukkan Najib mengambilalih Malaysia daripada Abdullah Badawi. Abdullah Badawi pula terpaksa mengehadkan perbelanjaan gila Mahathir dengan mengambil langkah berjimat cermat yang akhirnya membawa kepada kejatuhannya akibat fitnah Mahathir.

Secara mudah, Najib telah mengembalikan kedudukan Bank Negara Malaysia yang hampir bankrap akibat perjudian Forex Mahathir. Najib juga telah 'memperbaiki' Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang juga bankrap dikerjakan oleh Mahathir. Najib tidak lagi mengganggu Petronas dengan urusan bail-out seperti yang dilakukan oleh Mahathir sehingga Petronas kerugian atau kehilangan beratus bilion ringgit. Projek-projek sakit peninggalan Mahathir seperti Cyberjaya, Projek LRT, pengangkutan awam dan sebagainya.

Barangkali ada sedikit kelemahan pada Najib ialah, cengkamannya ke atas rakyat Malaysia menerusi undang-undang autokratik seperti ISA, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, AUKU dan sebagainya kurang berbanding Mahathir. Dek kerana itulah, pada era Najib, kebebasan bersuara adalah sesuatu yang dapat dinikmati dengan sebebas-bebasnya sehingga terbabas. Perjanjian Malaysia 1963 juga bukan lagi sesuatu yang bersifat taboo.

Suka atau tidak, Mahathir sebenarnya benci melihat kejayaan Najib membangunkan kembali Malaysia yang hancur dikerjakan oleh Mahathir. Mercu tanda-mercu tanda hebat seperti KLCC yang hanya menguntungkan sekelompok kecil manusia selain dasar penswastaan yang menyaksikan kekayaan negara digunakan untuk mengkayakan kroni Mahathir manakala rakyat biasa pula terpaksa menanggung segala perbelanjaan mereka dengan kadar gaji yang sangat menghina selaku manusia, bukan lagi keutamaan pada masa kini. Sebaliknya Najib memperkenalkan dasar ekonomi yang lebih menyeluruh dan bersifat mikro berbanding hanya mampu bermegah-megah dengan mata seperti yang dilakukan oleh Mahathir dengan kesannya ditanggung oleh rakyat.

Pada zaman ledakan maklumat ini dan dengan segala kemudahan yang ada untuk menilai kembali apa yang berlaku pada zaman Mahathir bagi membandingkan dengan zaman sekarang, tidak sepatutnya pembohongan Mahathir diterima bulat-bulat.

Yang sahihnya, Mahathir kini tidak lebih daripada sekadar menjadi jurucakap Lim Kit Siang yang menjuarai slogan Malaysia Bankrap dari tahun 1963 lagi!


1 comment:

Anonymous said...

sebab MO1 curi duit..kalau setakat surat tanpa dokumen sokongan pun saudara percaya, mmg betul le..org2 yang pandai dalam umno ni dah tak de..isi surat tak dinyatakan jumlah yang dipindahkan ke akaun MO1. tak de tarikh duit dipindahkan. melalui bank mana dipindahkan ke akaun ambank MO1..surat kosong saja..alahai melayu ku..sokong biar kepada kebenaran tuan blogger..

 
Blogger Templates